Trending

Tuesday, 27 December 2016

Ilmu membuka tabir alam ghaib


..........." ILMU MEMBUKA TABIR ALAM GHAIB "...........
Assalam.....sahabat2 yg aku hormati semuanya, tidak kira di mana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Selawat senantiasa dihatur keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Dgn mengharap ridho Allah swt. Dan dgn kerendahan hati yg paling dalam, izinkan aku yg miskin ilmu ini berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat2 semua. Insa Allah...
Ilmu ini telah di ijazahkan pada aku oleh Pak guru Imam Badawi asal Cirebon, Jawa Barat, pada thn 18 Sep 2002 yg lalu. Orangnya sangat santun dan meredah diri. Beliau tidak akan bosan atau marah selagi muridnya belum dapat menembus 'Alam Ghaib' dan melihat Qorin atau (khadam) Jin yg selama ini tidak kita ketahui akan keberadaan mereka yg menjadi 'pendamping' kita. Dan beliau juga akan memberikan senjata2 ghaib pada murid2nya. Aku sendiri di kasi senjata berbentuk "sabuk" bila di gunakan seperti kilatan2 petir. Ok......mari kita sambung cerita tadi.
Ilmu ini berguna untuk memperkuat wadah kita, sehingga kita yakin dan boleh mengamalkan ilmu apa saja yg sesuai dgn kita..
BERIKUT AMALAN NYA :
MANTRANYA :
" QOOLA FA INNAKA MINALMUNDZIRIRIIN, ILAA YAUMIL WAQTIL MA' LUUM." 41x. (surah SAD:80-81)
DI LANJUTKAN BACA :
1.) Al Ikhlas. 1x.
2.) Al Falaq. 1x.
3.) An Nas. 1x.
4.) Ayat Qursi. 1x.
CARA2 NYA :
a.) Semua ayat di atas di baca jam 12 malam.
b.) Siangnya puasa putih 3 hari (sahur dan buka hanya nasi putih dan air putih).
c.) Setiap selesai sholat baca doa ini :
" YA ALLAH, YA MUHAMMAD, YA KHIDIR, YA SYEKH ABDUL QODIR AL JAILANI, HAMBA MOHON BERKAH DAN KAROMAH MU. BANGKITKAN LAH DAYA METAFIZIK DALAM BADAN HAMBA. BERILAH KEKUATAN ENERGI DAN KAROMAH ILMU INI DGN SEMPURNA PADA HAMBA. SEMOGA BERMANFAAT DI DUNIA DAN AKHIRAT." AMIN... YA ROBBAL ALAMIN....
Insya ALLAH, sahabat tidak akan takut dgn makhluk ghaib apa pun. Selesai proses penyatuan ilmu ini. Sekarang ilmu cara membuka tabir ghaib@khasyaf.
Asma' pembuka dan penutup Wadak ilmu ghaib. Aku pesan,jgn terus menerus membuka 'hijab' mata batin, kerana nanti ditakuti tidak dapat menutupnya lagi. Nanti kecoh jadinya, kemana2 sahabat pergi, sahabat dapat melihat hantu dan makhluk ghaib yg lainnya. Nanti orang kata sahabat dah gila, tunjuk sana tunjuk sini nampak hantu. Gunakan ilmu ini hanya jika perlu sahaja, setelah itu tutup kembali mata batin sahabat. Dan lagi satu aku ingatkan, jgn gunakan ilmu ini untuk melihat no.ekor.'4D'. Kerana setiap sesuatu ada Hukum Karma nya.
........" ILMU PEMBUKA PINTU KHASAF@GHAIB "........
Ini kunci pembuka alam ghaib.
1.) ASYHADU ALLA ILA HAILLALLAH,WA ASYHADU ANNA MUHAMMADARASULULLAH. 3x. (tahan nafas)
2.) ALLAHUMA SHOLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALI SAYIDINA MUHAMMAD. 3x. (tahan nafas)
3.) ASTAGFIRULLAHI ADZIM, ALLADZI ALILAHA ILLAH HUWAL HAYYUL QAYYUM WA ATUBU ILAIH. 3x. (tahan nafas)
4.) YA QAYYUM. 3x. (tahan nafas)
5.) YA FATTAHU. 3x. (tahan nafas)
6.) ALLAHU AKBAR. 3x. (tahan nafas)
7.) LAA HAULA WALAA QUWWATA ILAA BILLAHIL ALIYYIL ADZIIM. 3x. (tahan nafas)
Inilah ayat pembuka Khasyaf dan juga penutup Khasyaf@mata batin.
Semoga ilmu ini ada manfaat nya kepada sahabat2 yg ingin sangat melihat Alam Ghaib atau apa pun masalah2 menggenai dunia ghaib.
VERSI KE 2.
Ilmu Menembus Alam ghaib. Yg ini lebih mudah dari yg di atas. Ilmu ini juga boleh di gunakan untuk membuka Tabir Alam Ghaib atau Alam Bunian di mana saja.
ILMU MENEMBUS ALAM GHAIB@ ALAM BUNIAN.(passport)
Sebelum sahabat2 mengunakan ilmu ini, aku sarankan pada sahabat2, siapkan mental agar sahabat tidak terkejut dan takut ketika mata batin sahabat terbuka dan melihat cahaya2 yg terang benderang menerpa kehadapan muka sahabat. Itulah alam ghaib. Tanda2 terbukanya alam ghaib, sahabat akan mendengar suara angin yg menderu di sekitar kawasan melakukan ritual pembukaan alam ghaib dan juga seoleh2 di tempat situ ada gempa bumi. Sahabat juga harus mempersiapkan diri untuk bertahan dari serangan dan gangguan dari makhluk ghaib. Dari itu sahabat harus serahkan diri 100% kepada ALLAH SWT.
Kekuatan batin yg sudah terlatih secara rutin dan terus menerus akan membuat pandangan mata batin semangkin tajam, hingga dapat menembus dimensi dan menangkap fikuensi2 alam yg lebih dalam. Contohnya, dapat melihat 'flashback' kejadian masa lalu.
CARA MELAKUKAN NYA :
1.) Posisi duduk bersila/meditasi ke2 tangan di letakkan di atas lutut dan ke2 mata terarah lurus ke depan, tarik nafas dalam 4 hitungan/detik dan keluarkan dgn 7 hitungan/detik, kedua2 melalui hidung. Hitungan harus sama dan teratur.
2.) Pejamkan mata dan pusatkan 'KE 1 TITIK DI ANTARA KE 2 BELAH MATA'. Heningkan batin sehening2nya sambil mengatakan dalam hati sebanyak 13x.
" ALLAHUHUMMA ANTAS SALAM, QADIA HAJJADI, GHOIBBUSIRRI MASYA' ALLAH, LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAH."
3.) Tahan nafas dan pejamkan mata sampai nampak sinar ghaib putih. Jika tak tahan nafas, lepaskan dan tarik nafas kembali.
4.) Biarkan cahaya putih menjadi biru biruan lalu berubah lagi menjadi kekuning kuningan kemudian membesar dan pecah kemudian lenyap.
5.) Setelah lenyap akan nampak pemandangan aneh yg belum sahabat lihat sebelumnya. Itu lah alam ghaib yg di huni bangsa Jin. Sahabat juga merasai bau, warna, suara yg khas. Jangan terkejut dan takut bila melihat banyaknya makhluk Jin berselisih bahu dgn kita. Kadang2 menganggu, selalunya Jin Hantu Raya, Jin gendoruwo, Jin yg merip dgn manusia juga Jin2 Muslim.
Usah melawan mereka dgn tenaga fizik mau pun dgn ayat2 penghapus Jin syaitan. Secepatnya menghidar saja dari serangan mereka kerana sahabat belum biasa atau mahir dgn alam mereka, lagi satu mereka ramai geng sedangkan sahabat seorang saje.
6.) Berhasil atau tidak tergantung pada kualiti amalan sahabat dan juga batin sahabat.
Bila ilmu ini berhasil, sahabat mampu menembus alam ghaib. Sesuai dgn sifat ROH kita mampu menembus ruang dan waktu juga dimensi. Roh yg bersifat ghaib akan mampu menembus alam2 ghaib sehingga tak ada alasan kita untuk takut apa lagi mengingkari alam ghaib. Nasihat aku jgn lah gunakan ilmu ini untuk mencari keuntungan apa lagi menjadi bongkak kerana memiliki ramai sahabat2 dari golongan Jin. Angaplah mereka sebagai kawan sesama makhluk ALLAH SWT yg saling hormat menghormati dan menyayangi tanpa bermaksud menyakiti.
Seperti biasa, ambil yg positif dari cerita ini yg negetif jgn di ambil. Kekuatan yg tak bisa di tandingi adalah kekuatan daripada ALLAH SWT. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yg tak berkenan di hati sahabat2 semua, aku Tok Penjejak Badai dgn merendahkan diri memohon maaf dari sahabat2 semua........
TERIMA KASIH........
DI IJAZAHKAN OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.



4 comments:

  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    ReplyDelete
  2. Alamat kyai nya dmn?? Blh saya k sana pak

    ReplyDelete
  3. salam tok penjejak badai mohon ijin mengamalkannya . terimakaseh ya

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.
    Saya cari info rawatan jarak dekat di sekitar kelantan (Lemal) Untuk masaalah sihir berpenjaga.(untuk pesakit lelaki) kalo tak berubat, selagi tu lah kena seksa (diserang).
    semoga Allah membalas kebaikkan tuan puan.

    ReplyDelete

About

Popular Posts