Trending

Tuesday, 27 December 2016

Petua untuk menghancurkan memecahkan dan mengeluarkan batu karang


PETUA UNTUK MENGHANCURKAN / MEMECAHKAN & MENGELUARKAN BATU KARANG.
Sakit batu karang bukanlah satu penyakit biasa yang boleh dipandang sebelah mata. Bagi sesiapa yang kurang minum air tu eloklah beringat sebelum kena…
Suatu masa dulu ada salah seorang pakcik aku yang pernah kena sakit batu karang ni.
Menurut pakcik aku , bila time sakit batu karang ini menyerang…. Ooohhh… sakitnya bukan kepalang. Nak duduk tak boleh, bila baring terasa sakit yang amat, makan memang takde selera langsung, nak buat satu benda pun semuanya tak kena… bak kata hidup ni serba serbi tak keruan…!
Mana tak sakitnya, cuba bayangkan batu karang yang ada kat dalam laut tu. Nampak memang lah cantik, tapi ada bucu-bucu atau gerigi tajam. Haa… cuba bayangkan batu karang tu dalam saiz yang sebesar guli atau segenggam penumbuk budak kecil ada di dalam pundi kencing. Benda itu bergerak-gerak dan menyucuk-nyucuk di dalam pundi tu.
Lama juga dia menahan kesakitan tu. Tapi alhamdulillah, lepas dah bermacam-macam ikhtiar dicuba baik cara moden dan cara tradisional, akhirnya sakit tu sembuh.
Caranya dia ada ambil ubat yang doktor bagi dan pada masa yang sama minum air doa dan makan penawar yang aku beri.
TANDA TANDA SAKIT BATU KARANG.
Dalam kebanyakan kes, pesakit batu karang memang tak pernah ‘diberi signal’ langsung sehinggalah kesakitan yang amat sangat itu menyerang. Bila pergi check dgn doktor, masa itulah baru sedar batu karang tu membesar sedikit demi sedikit daripada saiz sebutir beras hinggakan dah jadi sebesar duit syiling 50 sen.
Tapi bagi sesetengah orang mungkin juga akan mengalami gejala-gejala berikut :-
1.) Sesekali terasa sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara 5 hingga 15 minit.
2.) Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen/perut bawah.
3.) Air kencing berdarah.
4.) Air kencing keruh dan berbau busuk.
5.) Selalu rasa mual dan muntah-muntah.
6.) Sentiasa terasa hendak kencing tapi bila pergi tandas, kencing sikit saje yang keluar atau tak keluar langsung.
PETUA MERAWAT BATU KARANG :
Ini ada beberapa petua merawat sakit batu karang yang pernah aku terima daripada beberapa orang. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi memandangkan ada antara petua-petua tu yang aku rasa sukar untuk mencari bahan-bahannya maka aku tak sertakan di sini.
BAHAN2NYA :
PERTAMA :
1.) Setelah Pokok Pisang(sebarang pisang. pisang tua setelah diambil buahnya) ditebang, sampai ke tunggulnya/ perdunya. Kemudian tebuk lubang ditengah perdu itu(gunalah parang), tutup dengan plastik & ikat dengan tali rafia, biarkan semalaman. Keesokkan harinya, perdu pisang itu, akan mengeluarkan "AIR PATI" nya. Ambil senduk, dan cedok air pati itu kedalam jag(pastikan ianya ditapis guna penapis kain).
2.) Air Pati Pisang itu, diminum(1 hari - diminum sehingga habis)
sambung kaedah tebuk diperdu pisang yang sama selama 3 hari. ulang kaedah yang sama.
3.) Gunakan pokok pisang yang baru keluar "Jantung"nya, pelepah tak buka lagi. Bila tebang pokok pisang, boleh guna pisau atau golok. Tebang 3 jengkal dari tanah.
4.) Gunakan " Tempurung Kelapa" ketika mengorek keluar isi/tengah pisang tersebut. (jangan sesekali menggunakan logam/ pisau/ golok/ cop gali)
Tebang pokok sahaja boleh gunakan pisau atau golok.
5.) Tudung lubang pisang tersebut, menggunakan " Kain Putih '.
6.) Keesokkan harinya, bolehlah diambil "Air Patinya". Kemudian korek lagi guna tempurung.
7.) Lusa, sekali lagi ambil "air PATI" nya. 3 kali ambil semuanya. Itulah caranya.
KAEDAH MINUM AIR PATI PISANG.
*- Bismillah.....
*- Solawat nabi- 11x.
*- Niat :
" Ya Allah, keluarkan lah penyakit Batu Karang yang ada dalam diri-ku ini."
PERHATIAN....!!
SEMASA MENGAMALKAN PETUA INI, PESAKIT, apabila hendak KENCING(mesti kencing dalam bekas(plastik), supaya dapat dilihat " BATU KARANG " itu betul2 sudah keluar atau belum.
Apabila BATU KARANG sudah keluar , PETUA untuk memastikan BATU KARANG tidak berulang lagi. Maka petua ini perlu dilakukan.
BAHAN2NYA :
+ Jintan Putih 3 sudu besar.
+ Masak gunakan dalam Periuk Tanah, guna api kecil sahaja, 3 gelas air sehingga tinggal 1 gelas.
+ Campurkan GULA BATU INDIA(3 sudu besar), tapis guna penapis kain.
+ Setelah air suam suam kuku minum airnya.
+ Amalkan 7 hari.
PETUA TAMBAHAN :
MEMECAHKAN & MENGELUARKAN BATU KARANG.
🔸 Setelah pokok Pisang ditebang(seeloknya utk buat ubat, yang terbaik ialah Pokok Pisang Awak@ Pisang Abu(kategori kelat banyak).
🔸 Ambil umbut pisang(yg berada ditengah pokok pisang), ambil umbut muda direbus/ dicelur, dibuat masakan, samada( sayur air/ sayur lemak atau dibuat Kerabu)
🔸 Amalkan selama 7 hari.
2.) PETUA RAWAT BATU KARANG DGN JAGUNG.
a.) Ambil tujuh tongkol jagung. Buangkan isinya. Kemudian rebus dengan 5 gelas air sehingga air tinggal setengah.
b.) Amalkan minum air rebusan ini 3 kali sehari.
3.) PETUA KELUARKAN BATU KARANG DGN JINTAN HITAM.
a.) Ambil serbuk Jintan Hitam sebanyak satu sudu teh. Campurkan dalam segelas air panas bersama 3 sudu madu asli. Gaul sebati dan minum sehingga habis.
Dikatakan minum ramuan ini akan membuatkan Batu Karang itu pecah dan keluar dgn sendirinya. Insya Allah.....
4.) PETUA SEMBUHKAN BATU KARANG DGN LOBAK PUTIH.
a.) Amalkan minum Jus Lobak Putih setiap pagi. Cara ini juga mampu mengeluarkan Batu Karang tu dgn sendirinya.
Malah kebanyakan orang yang aku tanya lebih menyarankan petua cara ini. Cuma tak ramai yg sanggup minum Jus Lobak Putih, sebab rasanya memang tersangatlah pahit.
PANTANGAN BAGI PESAKIT BATU KARANG.
Dilarang makan 7 bahan ini :
(1 & 2) - Menyebabkan kerap Kencing.
(3 / 4 / 5 / 6 & 7)
Boleh menyebabkan tumbuh balik Batu Karang.
1.) Petai.
2.) Jering.
3.) Rebung(segala jenis rebung)
4.) Buah Langsat.
5.) Keladi.
6.) Buah Dokong.
7.) Buah Tembikai.
8.) Buah Ciku.
Semoga petua ini bermanfaat kepada sahabat2 yg mengalami penyakit Batu Karang ini. Aamiin....
TERIMA KASIH....
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.






Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts