Trending

Wednesday, 14 December 2016

Kediaman yang tersergam indah lebih memberikan nilai sentimental



Kediaman yang tersergam indah lebih memberikan nilai sentimental jika pemilik berpeluang merekabentuk sendiri. Tanpa lakaran pelan, sukar membina rumah idaman yang menarik dan menepati citarasa anda. Biasanya reka bentuk bergantung kepada kos kediaman itu sendiri.


Justeru lukisan pelan perlu disediakan sebelum kerja pembinaan dimulakan kerana ia berperanan menjadi rujukan serta panduan kontraktor. Sebelum memulakan pembinaan, rancang dengan teliti segala perkara yang penting... dari segenap segi. Khidmat nasihat arkitek profesional bagi menyediakan pelan rumah perlu sebelum kelulusan pihak berkuasa tempatan. Ia penting supaya rumah yang bakal didiami memenuhi ciri keselamatan disamping keselesaan.


Jangan ketinggalan pilihan skema warna kerana ianya mempengaruhi suasana dan keceriaan kediaman. Cuba adunkan warna mengikut gaya yang seimbang dengan rekabentuk kediaman anda. 

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts