Trending

Sunday, 25 December 2016

MAHSURI - APABILA LANGKAWI DIUJI


MAHSURI - APABILA LANGKAWI DIUJI
Nota Shahpaskal - Ini merupakan hadiah kepada para pembaca saya yang selalu membuat permintaan yang bukan-bukan ke atas saya, hahahaa.
1. Saya mulakan penulisan kali ini dengan hadiah Al-Fatihah khusus untuk Mahsuri dan orang dagang yang teranianya, Deramang, sebagai menghormati jasad dan ruh mereka yang teranianya kerana fitnah.
2. Kisah ini ditulis kerana ada permintaan dari rakan-rakan pembaca, sebaik sahaja berkumpul, sahabat saya, Kerol (dia kirim salam kepada kalian semua), di bawa ruhnya merentasi ratusan tahun yang lampau untuk melihat kisah Mahsuri secara nyata dan "live".
3. Saya pun terkejut, saya ingatkan setakat boleh tengok video dan imej bergerak, rupanya boleh "time travel", ini first time saya tahu, pengalaman beliau melihat kisah Mahsuri memang mengujakan tetapi terlalu banyak pengajaran dan tauladan yang boleh dipelajari.
4. Ketepatan kisah Mahsuri seperti yang sejarah nyatakan adalah dalam 80 peratus, mungkin kerana jarak tahunnya tidak terlalu jauh iaitu sekitar 1800an.
5. Mahsuri ini memang cantik, berat dalam 52 kg, wajah cerah, ada tahi lalat menghampiri ke hidung, mata bundar dan bulat, pendek kata, keindahan wajahnya mengatasi mana-mana anak gadis di Langkawi dan Kedah pada zaman itu.
6. Ibunya ketika beliau dihukum bunuh berusia sekitar 43 tahun, beliau amat manja dengan sang ibu, tidak bergaul dengan anak gadis lain, sentiasa menjaga maruah dan adab, sehingga menjadi buah mulut orang kampung, ada yang memuji dan ada yang mengeji.
7. Tutur katanya amat lembut, jika menghadiri kenduri kendara, Mahsuri hanya akan duduk disamping sang ibu, tidak pernah meninggalkan orang tua tercinta walau sesaat.
8. Sejak dari usia belasan tahun, sudah ada orang yang datang meminang, tetapi demi kasihnya pada si ibu, Mahsuri tidak pernah mendahulukan nafsunya untuk menyambut cinta seorang lelaki, sehinggalah takdir Allah menentukan wanita sesuci embun ini berkahwin dengan Wan Derus pada usia sekitar 24 atau 25 tahun (Mahsuri juga meninggal sekitar usia tersebut)
FITNAH
9. Ketika Wan Derus keluar negara, datang pula pedagang dari luar (Deramang) yang mahu bermastautin di Langkawi, selepas puas berjalan, ternampaklah rumah Mahsuri di Padang Mat Sirat, kawasan rumah Mahsuri luas dikelilingi sawah padi, lokasinya memang tempat beliau dibunuh, yang sekarang ini diabadikan sebagai kawasan bersejarah.
10.Deramang ini, datang dari Acheh, selepas memberi salam, Mahsuri keluar, maka terjadilah perbualan yang berlangsung hanya selama beberapa minit (Mahsuri di atas rumah, Deramang di bawah tangga) berkisarkan tentang tunjuk arah ke rumah Tok Penghulu, ayah Mahsuri iaitu Pandak Maya berada di belakang rumah kerana sedang berkebun dan menyaksikan kejadian itu.
11.Malangnya, ada saksi berhati iblis yang melihat kejadian tersebut, maka dengan pantas fitnah tersebar kononnya Mahsuri berdua-duaan dengan lelaki lain ketika suaminya ke luar negara.
12.Maka fitnah ini dipanaskan lagi oleh anak Tok Penghulu yang sememangnya sudah lama berdendam akibat pinangannya ditolak Mahsuri satu ketika dahulu. Orang kampung berkumpul di depan rumah Tok Penghulu dan mendesak Tok Penghulu menjalankan hukuman berlandaskan Islam (Hudud).
13.Lagi pun saksi, yang menyaksikan perbualan Deramang dengan Mahsuri adalah melebihi 4 orang.
14.Maka kisah ini tersampai kepada ayah Mahsuri, Pandak Maya mempertahankan anaknya, kerana ketika kejadian, beliau berada di rumah, tetapi fitnah terlalu kuat bertiup, suara ramai mengatasi kekuatan seorang ayah.
HARI PENENTUAN
15.Esok, jam 11 pagi, perbicaraan dan hukuman akan dijatuhkan.
16.Pagi-pagi orang kampung sudah berkumpul di hadapan rumah Pandak Maya. Mereka mengeji Mahsuri.
17.Mahsuri sudah menyedari bahawa nasibnya akan berakhir buruk, wanita sesuci embun itu keluar memakai baju kurung dari satin, berwarna putih, pendek kata segala-galanya putih.
18.Beliau kemudian diikat di sebatang tiang yang didirikan oleh orang-orang Tok Penghulu sambil diketuai oleh anak lelaki beliau, terserlah nafsu gila pada mata lelaki muda itu, dia mengukir senyuman kepuasan.
CUACA PANAS
19.Jam 10.30 pagi....masa ini Kerol tiba2 kembali (proses tawasul ini dibuat pada jam 11 malam bertarikh 25 Nov 2016), "pergh panas-panas", beliau mengadu kepada saya, sambil memberi gambaran keadaan cuaca di padang Mat Sirat. "Aku kena amik angin dulu, sebelum kembali ke zaman silam".
20.Menurut Kerol, cuaca memang luar biasa, panas terik padahal baru pukul 10.30 pagi tetapi Kerol tidak menolak kemungkinan ini disebabkan pengaruh cuaca kepulauan.
21.Orang-orang kampung mendesak supaya hukuman yang disandarkan kepada syariat dijalankan. Kecuali beberapa suara yang duduk di belakang, membantah hukuman tersebut tetapi suara mereka tenggelam demi sikap manusia yang terlalu cepat menjatuhkan hukum dan lekas dimamah fitnah (ini terjadi sehinggalah sekarang).
22.Mahsuri kelihatan tenang, apabila penghukuman selama setengah jam dibacakan oleh Tok Penghulu. Saya lupa nak beritahu, ketika ini, ibu Mahsuri sudah pun melarikan diri kerana tidak sanggup melihat anaknya dianianya orang, beliau difahamkan mengambil perahu untuk balik ke kampung asalnya di Siam.
23.Tidak ada desiran angin, seluruh alam sunyi sepi, tidak ada kokok ayam, itik, lembu, burung-burung pun tidak kelihatan....wanita itu benar-benar redha. Hanya linangan air mata menjadi tanda, bertapa hati yang remuk, dek fitnah manusia.
24.Deramang yang diikat di tiang sebelah, terpinga-pinga kerana tidak tahu, apa salah dosanya...lelaki yang tidak bersalah ini, akhirnya mati dihunus dengan keris. Jenazahnya dikebumikan jauh dari kampung kerana beliau bukan orang asal.Al-Fatihah.
25.Hukuman dijatuhkan pula ke atas Mahsuri, bagaimanapun, wanita itu merayu supaya beliau tidak ditikam dengan keris, sebaliknya menggunakan senjata keluarga milik Panda Maya, keris panjang Sundang yang merupakan senjata perang orang Melayu.
26.Sebelum senjata dipersiapkan (diambil dari rumah Mahsuri oleh orang2 anak lelaki Tok Penghulu), Mahsuri menurunkan sumpah bahawa Langkawi tidak akan maju kecuali dengan redha Allah. (Sumpahan tersebut tidak menyebut pasal 7 keturunan).
27.Apa yang ditentukan Allah akhirnya berlaku ...Mahsuri ditikam dengan sundang tepat pada bahagian rahim atas tuduhan kononnya beliau mengandungkan benih haram.
28.Hanya satu yang keluar dari bibir merah wanita muda itu, "ALLAH', ketika ini saya tidak dapat menahan sebak, pada catatan ini, jiwa lelaki saya yang macho lagi gagah perkasa, benar-benar tersentuh.
ALAM ADALAH SAKSI YANG NYATA
29.Mengalirlah darah membasahi kain satin cerah milik Mahsuri. Terdapat garis-garis cecair putih antara aliran darah tersebut, inilah yang disebut sebagai Mahsuri berdarah putih.
30.Darahnya mencecah tanah tetapi ia tetap segar dan tidak hitam seperti darah manusia yang lain. Berpindahlah alam makhluk Tuhan yang tidak pernah kenal erti dosa (suci).
31.Serentak dengan itu, cuaca bertukar, dari panas, turunlah bingkisan hujan....10 minit, kemudian kawasan rumah tersebut dilanda ribut, orang kampung melarikan diri, kecuali orang-orang Tok Penghulu yang menguruskan jenazah Mahsuri dan Deramang. Ada sebahagian orang kampung melahirkan kesal kerana bersubahat dengan fitnah tersebut selepas melihat tanda-tanda yang ditunjukkan alam.
32.Ia juga sebagai petunjuk bagaimana sekumpulan orang menggunakan hukum Allah untuk menegakkan kepentingan diri sendiri. Hal ini bukan luar biasa kerana ia masih berlaku sehingga ke zaman kita.
BERATUS TAHUN KEMUDIAN...SEKARANG, JAM 11.30 MALAM-SUMPAH MAHSURI MASIH ADA
33.Sumpah Mahsuri masih ada.
34.Melalui petunjuk yang kami dapat, seluruh penduduk Langkawi khususnya di masjid-masjid, diminta untuk membuat majlis tahlil khusus kepada Mahsuri dan Deramang, kemungkinan 3 kali Jumaat (bergantung pada petunjuk yang didapati oleh orang-orang alim) untuk mengangkat sumpah ini.
35.Mahsuri tidak ada anak kecuali anak saudara, selepas kematian beliau, Pandak Maya berpindah mencari isterinya di kampung mereka di Siam.
36.Selepas hukuman dijatuhkan, ada sebahagian orang kampung berjumpa Pandak Maya memohon maaf tetapi nasi sudah menjadi bubur.
37.Ada beberapa pengajaran di sini, khususnya yang berkait dengan hukuman yang berlandaskan hudud, mereka yang akan melaksanakan hukuman, sepatutnya memanjangkan akal dan tidak bergantung semata-mata pada empat saksi tersebut, mereka yang menegakkan hukuman ini kalau dari sudut tasawuf haruslah bersih dari menerima duit riba, hakim-hakimnya orang yang warak dan alim.
38.Tidak ada yang salah tentang hukum Allah, cuma manusia selalu menggunakan hukum Allah untuk kepentingan diri sendiri.
39.Dengan ini, saya mengakhiri kisah sedih ini dengan hadiah Al-Fatihah kepada Mahsuri, Deramang, ruh orang tua Mahsuri dan sekelian orang Islam yang menjadi mangsa fitnah. Saya juga menghadiahkan AL-Fatihah kepada seluruh alam yang merupakan makhluk Allah serta memberi tanda dan petunjuk kepada orang-orang yang terpelihara dari fitnah khususnya beberapa penduduk Langkawi yang suara mereka tenggelam dalam kumpulan penfitnah serta pendokongnya.
30.Lupa nak bagi tahu, kubur Mahsuri bukanlah terletak di makam sekarang, ia terletak tidak jauh dari kawasan makam. Saya fikir untuk mengelak hal-hal khurafat.


1 comment:

  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    ReplyDelete

About

Popular Posts