Trending

Sunday, 25 December 2016

SEMBANG-SEMBANG DENGAN GHOIB


SEMBANG-SEMBANG DENGAN GHOIB… WALI TUJUH TANAH MELAYU..
Oleh Sahabat Shahpaskal
Assalamualaikum..
1. Terima kasih atas kesudian membaca tulisan saya dan maklumbalas saudara/i atasnya amat dihargai atas dasar perkongsian ilmu. Nah…. Sekarang izinkan saya ulas lagi sikit-sikit beberapa perkara sekadar ilmu yang saya ada.
2. Bab nama-nama Wali 7 tu, ia adalah transkrip lisan perbualan Sultan Abdul Samad sebagai jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh Tuan Shahpaskal dan saya hanyalah tulis semula butiran yang dingomongkan.
3. Mungkin ada kejutan sikit tapi tak apalah, tak semua yang kita jangka boleh berlaku, samalah dalam mengisi mana-mana borang rasmi, perihal jantina yang ada hanyalah lelaki atau perempuan tetapi Islam dah sebut satu lagi jantina iaitu khunsa. Itulah istimewanya Islam.
4. Nama-nama tu adalah ulama yang menduduki majlis kewalian sekarang. Mungkin dulu majlis kewaliannya berbeza, mungkin…. Kita kena ingat, wali ni ada yang jadi masa era permulaan dakwah dan ada ketika era pertengahan Islam menyinar. Yang ada sekarang ni, bolehlah dikatakan era akhir zaman. Dan ada juga yang terkhilaf petik nama dan status mereka. Biasalah … Kita berurusan dengan ghoib..
5. Umumnya Wali ni ada tiga macam kategori. Yang tertingginya tentulah WALI PEMERINTAH di mana dia sendiri adalah pemerintah (sultan) macam Sultan Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh dan beberapa nama lagi. Dia jugalah ahli ilmuan dan juga panglima perang.
6. Kat Nusantara ni, wali pemerintah yang menonjol hanyalah Sheikh Syarif Hidayatullah aka Sunan Gunung Jati. Beliau juga sering disalah-anggap dengan seorang lagi panglima perang dizamannya yang tak perlu saya sebutlah namanya. Banyak orang tersalah dalam perkaitan ini. Sunan Gunung Jati adalah pior dari raja Arab, anak kepada Sultan Abdullah hasil perkahwinan puteri Prabu Siliwangi yang bernama Ibu Rara Santang. Adik Syarif Hidayatullah terus menetap di Arab menggantikan arwah
bapanya setelah bapanya mangkat.
7. Kategori keduanya adalah WALI ILMU atau lebih kita kenali sebagai ulama bertaraf wali. Semua Wali Songo kecuali Sunan Gunung Jati adalah wali ulama dan pendakwah pelopor. Kalau kat alam Tanah Melayu ni, kita lebih kenali mereka sebagai Tok Mufti atau penasihat agama kepada pemerintah. Wali golongan ni lazimnya jadi penasihat sultan atau pemerintah dan juga guru agama yang ulung. Tok Kenali adalah dalam golongan ini.
8. Kategori ketiga adalah WALI PAHLAWAN. Wali kategori ni jarang mengajar ilmu agama secara khusus tetapi ilmu agamanya tetap tinggi kerana berguru kepada ulama bertaraf wali. Ilmunya memenuhi keperluan peribadinya serta kaum keluarga terdekat. Wali ni sering mengepalai pasukan perang atau ketua yang memberontak melawan kuasa penjajah. Dikatakan antaranya Tok Mat Kilau yang berguru dengan seorang wali di Terengganu.
9. Barisan wali-wali ini ada tugasan khusus masing-masing. Sesuailah dalam mereka menunaikan tugasannya, mereka dikurnia Illahi, ilmu laduni dan juga karomah. Masa mula-mula Islam sampai, mereka lebih ke arah memperkenalkan Islam dan ilmu-ilmu dalam yang dikurnia Illahi ini menjadi kelebihan nyata kepada mereka dalam menentang cabaran mereka berdakwah
terutama pengaruh sihir.
10.Berbalik pada komen diberikan. Ada yang tulis pangkat-pangkat wali, saya berpendapat itu hanyalah bersifat akademik sahaja. Wali tidak akan menulis tentang diri dan darjat mereka melainkan jika kita rapat dengan wali-wali kanan sama ada kerana kita anak murid kesayangannya atau ‘cucu’nya. So, dapatlah sikit info yang rare ni.. Saya tak yakin si penulis yang tulis pangkat-pangkat tu adalah wali. Maaflah.. Bukan nak membesar diri tetapi hakikat praktikalnya macam tu lah..
11.Sepengetahuan saya juga, ketika ini hanya ada dua wali qutub yang istimewa iaitu Sheikh Abdul Qadir Jailani dan Sheikh Syarif Hidayatullah. Kedua-dua ini ada diwariskan sesuatu yang mana tidak ada pada wali-wali lain. Sulit untuk saya kupaskan apa dia yang istimewanya tu.. Tang ni kena face to face chit-chat.. Tapi malangnya saya lak tak reti nak melepak kat mamak terutama nak jumpa orang tak biasa.. Al-maklumlah spesis pemalu sikit..
12.Bab wali nusantara ni istimewa, memanglah istimewa kerana cantuman kesaktian dan karomah. Kan kita semua tahu bahawa bangsa keturunan Qenturah ni penuh dengan bermacam kesaktian. Sebenarnya setiap dari tiga induk keturunan Nabi Ibrahim a.s ada kelebihannya masing-masing.
13.Keturunan Siti Sara diberi keistimewaan harta dan kuasa. Keturunan Siti Hajar pulak dengan mukjizat ibu segala ilmu yakni Al-Quran. Kita yang berbangsa melayu ni, macam dikatakan kat atas tu telah dianugerahi Illahi bermacam kesaktian. Mungkin kita tak tahu kot yang para wali ghaib nusantara banyak ikut embantu saudara-saudara di Tanah Arab berjihad dan tercatatlah banyak benda pelik di medan perang.
14.Mesti ada yang tanya apa fungsi Wali 7 kita laar ni.. Emm… Banyak.. Contohnya macam dalam pemilihan YDP Agong baru-baru ni. Seseorang Sultan yang nak dipilih jadi YDP Agong, restu Wali 7 akan dipinta dan lazimnya yang diputuskan adalah sepertimana yang mereka restui. Sebabnya…? Merekalah (Wali 7) inilah tunggak yang menjaga daulatnya (daulat ghaib) negara kita.. Cukup takat ni yeekkk… Malas nak sentuh hal-hal lain.. Nanti banyak lak hal-hal sensitif keluar.
15.Banyak cerita sebenarnya tentang peranan para wali ghaib ni. Harta-harta Nabi Sulaiman a.s pun mereka-mereka ni lah yang jaga beserta dengan bala tenteranya.. So, wali-wali ni dah wujud lama dah. Antara yang paling terkenal adalah Imam Asif bin Barkhiya. Malah hingga sekarang, beliau (Imam Asif) masih bertugas menjaga amanah berkenaan.
16.Emm… Ada yang berhajat nak harta Nabi Sulaiman a.s..? Dipersilakanlah… Tapi kenalah kenal dan diperakui kewarisan
nya oleh kerajaan langit (bukan gomen ayah pin yeek) serta Imam Asif yang memegang amanah menjaganya. Pokoknya mesti ada
redho ALLAH SWT.. Masuk bab ni saya serender… Setakat nak cerita-cerita bolehlah.. Bukan dalam kemampuan guwei… Huu huu…

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts