Trending

Sunday, 25 December 2016

BERCAKAP DENGAN ROH…MEH BUAT ULANGKAJI



BERCAKAP DENGAN ROH…MEH BUAT ULANGKAJI
Oleh Sahabat Shahpaskal.
1. Kesian kat kawan-kawan kita, para jin khasnya jin-jin muslim, asyik dikambing-hitamkan apabila ada sikit saja masalah yang tak dapat dirungkai oleh mata kasar. Sikit-sikit angkara jin, sikit-sikit angkara jin. Betul ke..?
2. Kalau termengandung anak luar nikah, agaknya angkara jin juga kot… Nasib baiklah ada macam-macam ujian termasuk ujian DNA. Dan tak kurang juga yang kata orang-orang sakti zaman dahulu pun berketurunan jin.
3. Ramai yang membidas tuan rumah kerana katanya yang datang bersembang tu semua adalah jin-jin sahaja. Teringin juga nak jemput insan mulia lagi berilmu yang kata itu adalah ‘jin’, tolong tangkapkan jin-jin yang hadir tu. Kalau tak dapat tangkap, siaplah ko..
4. Bertuah kita, ramai yang terer-terer dah muncul dari persembunyian (Ada banyak dalam komen). Ramai betul yang ilmunya tinggi-tinggi..Tahniahlah.. Cuma tolong jawab sikit, sila rujuk artikel Puteri Saadong yang lalu. Guru mengaji saya yang ‘ghaib’ tu apa fenomena yang menimpa dia sebenarnya..? Kena sorok dengan hantu kopek ke..? Atau dia asalnya memang keturunan jin-jin..? Tapi IC nya taklah pulak kata berbapa dan beribukan jin… Bapanya pulak memang orang kampung semua tahu ia manusia.
5. Selain itu juga, saya ada lagi atok sedara (adik-beradik tokwan perempuan saya), juga ghaib. Time darurat sebelum merdeka dulu beberapa kali kena tangkap pasal dia kaki bangkang. Tangkap-tangkap, bawak ke balai polis tetiba ghaib dan balik ke rumah. Last-last dibiar gitu je. Yang ni nak cakap macamana ekk..?
6. Tu belum masuk lagi bab buyut saya. Dah direkodkan masa nak meninggal kira-kira 500 tahun lalu, beliau pergi duduk menyepi di atas batu di satu puncak bukit, berbaring di sana. Tetiba ada pancaran cahaya putih menyambar tubuhnya lalu tubuhnya ghaib. Yang tinggal hanyalah capal dan jubah yang jadi alas perbaringannya. Fenomena apakah ini..? Atau akukah yang gilaaa…
7. Sebenarnya banyak lagi rahsia Illahi yang jauh dari pandangan mata dan capaian panca-indera kita, yang biasa
-biasa ni. Yang tebal ilmu, sila duk jauh-jauh. Sini elanggang orang setakat ilmunya ada-ada saja. Bagaimanapun, saya juga diajar jangan terlalu angkuh dan ambillah ikhtibar peristiwa Nabi Musa a.s dengan seorang lelaki yang dikatakan Nabi Khaidir a.s.
8. Ada yang kata dah menuntut tinggi sampai tanah seberang. sampai dibilang semua para wali songo sebagai sanad ilmunya. Baguslah.. Saya pun asalnya tanah seberang. Dan sering ke sana menziarahi mereka. Saya tak nak komen apa-apa pasal tu. Juga saya tak nak komen nama-nama gurunya yang terkenal seantero dunia tu (meminjam kata tukang komen, bukan cetusan saya yaa…).
9. Saya hormati semua itu. Cuma saranan saya, kalau benarlah mereka berilmu amat tinggi, pintalah ‘ilmu terselindung' yang guru-guru mereka ini ada. Banyak manfaatnya terutama untuk kita di akhir zaman. Dan ada pulak kata, zaman ni dah moden lah. Tapi kena ingat, ada negara barat tu sekarang tengah kaji satu jenis kain yang boleh buat pemakainya halimunan, baik dari intipan radar, body sensor atau pandangan lahiriah. Tahu kain apa tu…? Cer tanya pak kiai - pak kiai.. Patutnya mereka tahu ni.. Okey, kita move onn……
10.Semua tahu roh ni urusan ALLAH SWT. Dah saya terangkan dulu yang kita wajib TIDAK SESEKALI mempertikai ketentuan roh kita yang ditentukan-Nya. Mudah sebut, roh ni nyawa kitalah walaupun ada sedikit bezanya. Ia milik ALLAH SWT sepenuhnya dan tak mampu dikawal oleh kita. Dah ulas pun dulu bezanya.
11.So.. Janganlah kita menangis meratap atau menyanyi-nyanyi kalau ditakdir-Nya kita atau keluarga kita tetiba mati. Kerana kematian kita tu hak mutlak Dia. Jadi, bukanlah kita diharamkan kaji atau bercerita pasal roh. Contohnya macamana pulak ada kaum keluarga saya yang time nak-nak sangat meninggal, siap panggil anak cucu berhimpun untuk salam-salaman pasal katanya dia dah nak ‘pergi’. Lepas selesai, beliau duk baring langsung ‘pergi’.
12. Apakah yang nak ‘pergi’ tadi dah syirik kerana mendahului Tuhan..? Pastinya tidak - sebab bakal si-mati tadi dah maklum bahawa signal (ilham) dah sampai yang dia nak ‘pergi’. Dan ia mintak anak-cucunya redha bahawa hayatnya juga dah berakhir. Inilah ketentuan-Nya. Tak percaya lagi..?
13.Malah doktor yang pakar dan tak pakar pun ALLAH SWT bagi pengetahuan (kena ingat…semua ilmu di dunia ni milik-Nya ), ada kala siap bagi tahu keluarga pesakit tu, tolong bawak balik si anu ni pasal dah tak ada harapan lagi nak hidup. Biarlah dia meninggal kat rumahnya..
14.Apakah doktor tadi telah syirik atau kufur kerana mendahului ALLAH SWT..? Tidak..! Asal saja si doktor ni buat keputusannya berdasarkan penilaian ilmu yang dia ada TETAPI tidak melangkaui ‘hak’ ALLAH SWT yang membuat final judgement..
15.Yang duk sibuk kata terdapat tanda-tanda orang nak mati, 100 hari lagi, 40 hari lagi dan macam-macam tanda atau buang tebiat tu macamana..? Semuanya ALLAH SWT dah bagi ‘ilham’ dan ilmu ikut kehendak-Nya kepada siapa dan bila. Bila ilmu ini dicatatkan oleh seorang muktabar dan tersebar, maka jadilah ia kitab pedoman. Sesungguhnya Dialah Yang .Maha Mengetahui.
16.Bab bercakap dengan orang mati pulak. Beberapa tahun dulu saya suka ikut sorang kawan ni yang saya anggap mahir bab-bab buang saka dan sihir. Ada kala yang kena sihir ni, kenanya dah bertahun-tahun. Bila suluh-suluh, pesakit ni ada masa lah dengan seseorang yang dah pun arwah. Bila tanya pesakit ni, apahal ko kena..? Dia tak nak bagi tahu.. Malu kot…
17.Last-last kenalah panggil roh yang meninggal tu. Siap diceritakan sebab-musabab.. So, kami ambik jalan tengah. Ubatkan yang terkena sihir ni, mintak dia pergi mohon maaf pada waris si mati yang masih hidup dan intak jugak dia maafkan perbuatan si mati kepadanya. Kes setel…
18.Bab buang saka pulak. Ni banyak kes jadi. Bila nak buang benda ‘jin’ saka ni, jin ni bagi tahu yang dia adalah ‘pembantu’ atau ‘body-guard’ keturunan si anu ni. Ada perjanjian, katanya. Kita tanya lagi, apakah dia nak bermufarakah (dipisahkan) dengan si waris ni, jin ni cakap terserah pada waris yang ada. Kalau nak pisahkan, dia nak sesuatu tanda perpisahan. Kalau boleh, janganlah secara paksa. Kalau tak nak buang, kenalah ‘jaga’ dia elok-elok. Tanya balik apa amalan arwah kat jin sakanya, yang ni dia tak nak bagi tahu…
19.So, jalan tengah kenalah panggil roh arwah. Dah panggil, roh arwah cakap dia sayang akan ‘sahabat’nya, jadi mintaklah waris-waris yang ada teruskan ‘amalan’ bagaimana nak jaga 'sahabat’nya itu. Akhirnya, kami tak pisahkan dan cuma cakap pada waris, arwah tak nak waris-warisnya ‘buang’ sahabat beliau.. Apa yang boleh kami bantu, kami tunjukkan caranya macamana nak membelai sahabata ni. Jin ni jin Islam. Kalau bukan Islam, malas nak ambil pusing..
20.Kengkawan… Nampak tak kat mana aplikasi bercakap dengan roh ini..? Ada yang pelik..? Tak ada kan..? Sebenarnya ni benda biasa-biasa saja. Tak payahlah nak bertekak macam nak berperang. Bab ilmu-ilmu begini pun, ramai doktor moden yang dapat, cuma nak dipraktikkan secara terbuka, tak bolehlah.. Kalau tak, tak ada la kes kat Hospital..… yang femes kat Jalan Ampang kena bukak tingkap besar-besar pasal jin saka seseorang VVIP ni nak keluar. Jangan tanya sape ekk… Rahsia.
21.Kalau nak cerita bab syirik dalam berubat ni, kat hospital tu pun jadi pusat syirik. Tak percaya..? Cuma sedar atau tak.. Ada yang cakap, mujur ‘aku dapat ubat bagus yang DOKTOR ni bagi, inject kat buntut sikit, dah ok..kalau tak… tak tau laa..”. Cuba tukar sebutan doktor tu kepada “mujur pak DUKUN tu bagi ubat, sembur air sireh kat badan aku, kalau tak, tak tau laa…”.. Emm.. Sama tak..? Jadi, hati-hatilah.. Nak kata saya dengan geng saya buat kerja syirik, fahami dulu A sampai Z, baru ulas..
22.Bab tawasulan.. Dalam perubatan sihir dan saka kat atas tadi pun bentuknya juga tawasulan. Tawasul dalam erti lebih besar iaitu munajat. Kita bermunajat dengan ALLAH SWT atas apa juga perkara. Nak naik gaji, nak bagi boss lebih toleran dengan kita, nak ubat orang, nak tengok alam ghaib dan macam-macam lagi. Tak payah gi beratib kat kubur ekk..Tu amalan puak satu lagi.
23.Ni tak.. Sikit-sikit kita kata bida’ah, sikit-sikit bida’ah. Rasanya saya kupas dah macamana nak bermunajat, nak rasa ‘seronok’nya bermunajat, silalah buat. Yang tak percaya konsep munajat (tawasul) ringkas macam sholat taubat, sholat hajat, wiridan dan salawat, waa tak mampu nak tolong laa.. Jangan kata sholat taubat, hajat dan wiridan tu mengarut, sudahlah.. Nanti kita naik keretapi cantik-cantik tapi half-way tergelincir landasan.. Parah beb..
24.Dalam beberapa penulisan sebelum ni, jadi cemuhan pun ada. Contohnya kisah Tok Mat Kilau. Ada yang kata karut, katanya masa tu orang melayu dah ada senapang dengan meriam bagai. Bab Tok Mat Kilau, apa yang ditulis tu adalah apa yang diceritakan. Mungkin ada yang mengaku dia keturunan beliau, dipersilakan ‘panggil’ beliau dan tuliskan apa yang dibualkan beliau. Pastinya tuan tanah sedia bagi ruang.
25.Saya banyak juga tahu pasal Tok Mat Kilau, sebabnya arwah moyang saya kawan baik beliau. Malah moyang perempuan saya sendiri pun meninggal sekitar 1978 pada umur 115 tahun. Moyang pompuan ni ada la cerita sikit-sikit pasal perjuangan Tok Mat Kilau, kisah yang ditulis oleh tuan tanah. Lebih kurang laa…
26.Bab persenjataan Tanah Melayu. Senjata kita terutama meriam berat-berat zaman dahulu, dikhabarkan dibuat melalui karomah. Bukanlah industri terbuka. Kalau industri terbuka, tertanya-tanya juga saya kat mana ‘bekas’ kilangnya. Mesti tapaknya ada. Entahlah.. Saya bukan ahli sejarah..
27.Saya sebenarnya dah cuba panggil Tun Sri Lanang dan Tuan Munsyi Abdullah. Kedua-duanya hadir tetapi membisu bila diajukan beberapa pertanyaan. Mereka berdua enggan bercerita dan mimik muka kedua-duanya agak kurang ceria seperti merahsiakan sesuatu. Berhajat juga nak tanya pasal nukilan-nukilan mereka. Insha Allah kalau ada kesempatan, kami cuba panggil lagi.
28.Lagi bab bercakap dengan ghaib. Nak bezakan yang datang itu jin Islam, jin kapir, iblis atau wali-wali.. Rasanya dah berkali-kali tulis perihal nak bezakan hal ni. Toloooglah baca.. Kesian kat tuan tanah, asyik polimek yang sama jugak.
29.Ada pulak kata kalau sekadar tawasul, senanglah nak kaji dan sahihkan hadis. Memang pun ulama-ulama dulu buat tawasul (munajat) ni. Cuma bezanya, ilham sampai supaya mereka kena mengadap guru itu guru ini untuk pengsahihan sanad. Usaha kena ada beb.. Semua tak datang ke lutut. Nak anak pun kena buat projek beb.. Bukan alih-alih gugur dari langit. Nak buat projek, kena ada ilmu. Ilmu agama, ilmu keibu-bapaan dan macam-macam lagi.
30.Malah nak zahir atau establishkan angka ‘sifar’ pun hasilan munajatan. Tapi tengoklah pulak sape yang buat..Kalau tukang kayu mohon ALLAH SWT turunkan ilham tentang ilmu hisab, tak betullah..Orang bukan Islam yang giat berusaha pun sama, ALLAH SWT tetap turunkan ilmu-Nya kerana sifat ALLAH SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Adil. Fahamilah sifat-sifat ALLAH SWT, kat situ banyak rahsia.
31.Buat sahabat yang banyak membaca, pasti tahu hal ini. Begitu juga pembentukan jadual berkala unsur-unsur kimia..Dan sebab munajat (tawasul) inilah juga, seorang ulama Melayu dapat menulis kitab akan formula buat emas - yang mana formula ini adalah formula di zaman Nabi Musa a.s. Apa yang peliknya.
32.Manakala bab berhubung dalam alam ghaib dengan beberapa insan istimewa. Yang ni sulit saya nak ceritakan secara detail kaedahnya. Cakap mudah, kita mestilah dikenali di alam sana. Para wali-wali ghaib kenal kita. Jin-jin baik Islam mau pun bukan Islam kenal kita. Dan begitu juga kalangan manusia hidup yang ada ilmu dalam pun tahu kita walaupun sekadar terserempak dan hanya berjabat tangan.
33.Cukuplah setakat ini. Harap penjelasan ini embantu sahabat-sahabat semua. Wassalam.

1 comment:

  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    ReplyDelete

About

Popular Posts