Trending

Wednesday, 28 December 2016

Kepala di pancung bercantum semula


KEPALA DI PANCUNG BERCANTUM SEMULA.
ASMA NURUL BASHIROH.
Assalam....sahabat2 yg aku hormati semua,tidak kira dimana pun berada. Baik dari dunia nyata mahu pun dunia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Selawat senantiasa dihatur keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Dgn mengharap ridho Allah swt, dan dgn kerendahan hati yg paling dalam, izinkan aku yg miskin ilmu dan dhoif ini berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama para sahabat2 semua. Insya Allah....
Surau kecil di hujung sawah hanya diterangi lampu gaslin semasa aku bersama Awang Leh sampai. Kira2 selepas Isya' kami sampai ke situ. Cepat2 aku memberi salam, lalu dijawab oleh seorang lelaki tua yg berjanggut serta bermisai putih.
Sewaktu aku naik ke tangga surau dia berpaling ke belakang memerhatikan kami. Dia hanya menoleh saja tetapi meneruskan semula berzikir. Cuma dia seorang saja ada di situ.
" Hemmmm...,inilah Lebai Kidam." aku berbisik pada Awang Leh. Awang Leh hanya anggukkan kepala.
Tetapi dia tidak terus naik ke surau. Dia masuk ke bilik air di depan surau mengambil wuduk. Bilik air itu hanya dikepung dgn dinding yg diperbuat dari daun nyiur. Ianya kelihatan terlalu usang dan sudah sepatutnya diganti. Di situ pula tidak ada paip air, kecuali perigi. Air perigi itu melimpah sampai ke atas, kerana kedudukannya berhampiran dgn sawah. Di sekeliling permukaan tepi perigi ditambak dgn kayu2 beruti besar.
"Jaga sikit, kayu tu licin." ujar Awang Leh tatkala keluar dari bilik air. Aku mengangguk lalu masuk pula ke situ.
Aku juga mengambil wuduk, kerana belum pun menunaikan Isya'. Awang Leh meminta aku menjadi imam dan kami pun bersembayang berjemaah. Selesai sembayang kami pun berjabat salam dgn lelaki tua yg aku sangkakan Lebai Kidam.
" Oh, surau Lebai Kidam kat depan lagi." orang tua itu memberitahu.
" Saya ni Wak Jemadi, orang sini panggil Kiyai Jemadi." katanya perlahan.
Semasa dia bercakap itu biji tasbih dikiranya juga. Dia terus berzikir walaupun sedang bercakap dgn orang. Aku agak Kiayi Jemadi ini tentu lebih hebat dari Lebai Kidam yg sedang kami cari itu. Aku diberitahu oleh Pak Long Daud mengenai gurunya Lebai Kidam di Serting dekat Kuala Jempol. Sebelum itu dia menyuruh aku menemui sepupunya di Bukit Perah di Batu Kikir. Sebab itulah aku datang dari Kuala Lumpur bersama Awang Leh yg berasal dari Temerloh.
Aku ingin sangat berjumpa dgn Lebai Kidam itu fasal dikatakan pernah berguru dgn To' Kenali di Kelantan. Banyak keistimewaan Lebai Kidam ini menurut cerita Pak Long Daud.
Awang Leh ini bukan saja kawan baik aku. Tetapi dia bolehlah dikira murid aku juga. Ini bukanlah bermakna aku layak dipanggil guru, tetapi sekadar termampu saja. Sebab itulah aku mengajak Awang Leh sama2 mencari Lebai Kidam yg disebutkan tadi.
Sebenarnya Awang Leh juga mempunyai pertalian dgn keluarga Orang Kaya Semantan di Pahang. Sayangnya dia tidak mahu berbangga sangat dgn keturunannya. Kalau mahu dikira berkebolehan, aku agak Awang Leh bukanlah sembarangan anak muda. Mesti ada juga sedikit isi di dada.
"Jadi anak2 ni cari Lebai Kidam....?" tanya Kiyai Jemadi.
Aku mengangguk kepala.
" Siapa nama anak2 ni....?"
Aku pun memperkenalkan diri aku dan Awang Leh.
" Baguslah...." katanya perlahan.
" Lebai Kidam tu tinggi ilmu agamanya, eloklah muda2 macam ni belajar." dia menambah tetapi terus menunduk mengira2 biji tasbihnya.
Jam di tangan sudah hampir pukul 10:00 malam. Pada mulanya aku bercadang mahu cepat saja menuju ke surau Lebai Kidam. Mana tahu orang tua itu sudah tidur apabila kami sampai nanti. Bagaimana pun menurut Pak Long Daud kalau sudah pukul 12:00 pun, Lebai Kidam sanggup menerima tetamu di suraunya itu.
Katanya, Lebai Kidam itu menghabiskan masanya di surau saja. Jarang dia balik ke rumah. Lagipun suraunya terletak berhampiran dgn rumahnya.
Tetapi apabila aku melihat keluar tidak ada kelihatan api rumah orang. Kawasan tersebut bolehlah dikatakan melalui tengah sawah. Ketika aku memberhentikan kereta(sebenarnya kereta Awang Leh), kami menyangka sudah sampai ke surau kepunyaan Lebai Kidam. Rupanya kami sudah tersilap. Surau itu terletak di kawasan sawah melalui jalan tanah merah. Kedudukan terpencil sedikit, kecuali di sebelah daratnya ada rumah kediaman sebuah. Jadi, seperti apa yg diterangkan oleh Pak Long Daud memang itulah surau yg kami cari.
Setelah memikirkan bahawa Kiyai Jemadi ini orangnya sudah tua memandangkan pada susuk tubuhnya, aku pun teringat saja mahu bertanyakan tentang kisah Penghulu Naam yg kononnya berlaku tidak jauh dari situ. Tujuan aku hendak bertemu dgn Lebai Kidam juga ada hubungannya dgn cerita Penghulu Naam itu.
" Saya kira To' Kiyai tau cerita Penghulu Naam tu....." aku cuba menduga.
Dia mendongak sedikit memerhatikan muka aku. Tetapi tidak lama, dia kembali menundukkan kepalanya sambil jarinya mengira2 buah tasbih.
" Penghulu Naam tu bukan di sini, tetapi di Seri Melewar ." dia menjelaskan.
" Lama dah ceritanya tu, masa negeri perintah Yamtuan Melewar lagi." katanya terbatuk2 kecil.
Sudah lama juga aku mendengar cerita mengenai Penghulu Naam seorang pembesar di Seri Menanti. Rupanya Seri Menanti itu terletak jauh dari Serting, terpaksa berbelok ke Kuala Pilah menuju ke Seremban. Dari sanalah akan ditemui simpang di sebelah kiri menuju ke Seri Menanti.
Dari Pak Long Daud, aku mendapat tahu Penghulu Naam ini menjadi Penghulu Hulu Muar kira2 lebih 200 tahun dulu. Semasa pembesar2 Negeri Sembilan mahu menjemput raja dari Tanah Minangkabau merajai Negeri Sembilan, Penghulu Naam termasuklah salah seorang yg bersetuju menjemput raja berkenaan.
Apabila raja di Tanah Minangkabau menghantar Raja Khatib untuk membuat persediaan di Seri Menanti sebelum kedatangan raja sebenarnya, Raja Khatib telah mengistiharkan dirinya raja lalu berkawin dgn anak Penghulu Naam.
Tidak lama kemudian Raja Melewar datang hendak menyerang, Raja Khatib pun melarikan diri tidak tahu kemana, hinggalah sekarang ini. Tinggallah Penghulu Naam berseorangan menentang angkataan Raja Melewar. Bagaimana pun tidaklah berlaku peperangan, kerana Penghulu Naam mudah saja dapat ditawan.
Penghulu Naam pun dijatuhkan hukuman bunuh dgn pancung leher. Perintah Raja Melewar ini terpaksa dipatuhi oleh pengikut2 Penghulu Naam kerana mereka tidak berdaya mahu menentang. Pada waktu senja itu Penghulu Naam pun dipancung, tetapi tidak sempat dikebumikan. Esoknya pengikut2 Raja Melewar terkejut melihatkan Penghulu Naam hidup dan balik semula ke rumahnya.
Perkara Penghulu Naam hidup semula walau pun kepalanya sudah terputus dari badan akibat dipancung dipersembahkan kepada Raja Melewar. Baginda menitahkan supaya Penghulu Naam ditangkap semula dan dipancung. Perintah ini dijalankan dgn tidak siapa pun berani membantahnya.
" Setelah dipancung hendaklah dikebumikan....." demikian perintah yg disampaikan kepada petanda oleh seorang pembesar.
Petanda pun menjalankan hukuman pancung. Setelah kepala dan badan Penghulu Naam terputus, jenazahnya dikebumikan segera. Esoknya selepas embun turun, dia hidup semula. Kepalanya bercamtum semula dgn badan. Kemudian datang titah bertanyakan kepada Penghulu Naam bagaimanakah cara mahu membunuhnya.
" Katakan pada Raja Melewar, kalau nak bunuh juga hamba, hendaklah dikebumikan kepala dan badan hamba lain2(maksudnya berasingan)." ujar Penghulu Naam.
" Kalau begitu jalankan titah....." pembesar yg ditugaskan Raja Melewar itu menyuruh pertanda(algojo) melaksanakan seperti yg dicakapkan oleh Penghulu Naam.
Setelah dilakukan seperti yg dicakapkan oleh Penghulu Naam, esoknya dia hidup semula. Penghulu Naam balik ke rumahnya makan dan minum. Dia hidup seperti sedia kala seolah2 tidak ada apa2 pun berlaku terhadap dirinya.
" Nampaknya awak pembohong To' Penghulu." utusan Raja Melewar memberitahu.
Utusan itu sebenarnya takut kepada Raja Melewar, kerana selagi Penghulu Naam tidak mati, sudah tentulah raja itu murka. Jumlahnya, tiga kalilah Penghulu Naam dipancung, tetapi kepalanya bercantum semula dgn badannya.
" Kami tak bohong." sahut Penghulu Naam macam menyindir.
" Tapi, awak buat kerja tak sempurna. Awak tak tanya kami macam mana hendak dikebumikan kami bila dah putus nyawa." katanya tegas.
Barulah utusan Raja Melewar merasa dirinya tergesa2 dalam menjalankan perintah raja.
" Beginilah To' Penghulu. Tolong hamba kali ni, kalau To' Penghulu tak dapat dibunuh tuanku akan murka." jelasnya merayu2 dgn penuh harapan.
" Dah tiga kali jumlahnya Tok Penghulu dipancung tetapi tak juga mati, kalau kali ini Tok Penghulu tak juga mati seisi kampung akan mendapat susah. Tolonglah hamba kali ini To' Penghulu." utusan itu sujud beberapa kali ke kaki Penghulu Naam.
Dgn tenang Penghulu Naam menghampiri Utusan tersebut. Dia berbisik sesuatu ke telinga Utusan berkenaan. Kelihatan Utusan Raja itu tersenyum sambil mengangguk2kan kepala. Orang2 kampung yg melihat kejadian itu, tidak tahu apakah yg dicakapkan oleh Penghulu Naam kepada Utusan itu.
Hanya Utusan Raja mengarahkan Petanda menjalankan hukuman pancung sekali lagi. Setelah kepala Penghulu Naam bercerai dari badannya Utusan Raja memerintahkan supaya kepala dan badan itu dimandikan dan disembayangkan mengikut aturan agama.
Kemudian kepala dan badan itu dikebumikan berasingan sebagai dua jenazah di dua buah bukit yg dipisahkan oleh sebatang anak air. Sejak itu tidak adalah lagi kedengaran mengenai Penghulu Naam hidup balik.
Khabarnya....." jelas Kiyai Jemadi perlahan.
" Selama 44 malam orang2 kampung mendengar suara kepala Penghulu Naam menyeru supaya badannya bercantum semula." katanya menambah cerita aku seperti yg diceritakan oleh Pak Long Daud.
" Sampai sekarang ada kuburnya di Seri Menanti tu." ujar orang tua itu menyandarkan belakangnya ke dinding surau.
" Kubur sebelah kepalanya di panggil Bukit Tempurung, dan sebelah badannya dipanggil Bukit Tabuh." dia memberitahu.
Demikian juga yg diberitahu oleh Pak Long Daud kepada aku. Kononnya nama Bukit Tempurung itu mengambil sempena kepala Penghulu Naam yg dikebumikan di situ, kerana bagi penduduk2 di situ tempurung bererti tengkorak kepala.
Begitu juga dgn nama Tabuh adalah sempena dari tubuh Penghulu Naam yg dikebumikan di situ. Nampaknya cerita Kiyai Jemadi itu tidak bertentangan dgn cerita Pak Long Daud. Aku juga berharap akan dapat menokok tambah lagi bila bertemu dgn Lebai Kidam nanti.
" Apa amalan Penghulu Naam tu Pak Kiyai....?" Awang Leh bertanya tidak sabar2.
Orang tua itu tersenyum mendengar pertanyaan Awang Leh. Dia terbatuk2 kecil tetapi tidak terus menjawab. Jarinya tetap tidak berhenti2 mengira biji tasbih.
" Tentu Tok Kiyai tahu apa amalannya....." desak Awang Leh lagi.
Dia tersengih2 sambil membetulkan duduk silanya.
" Tok tak tau apa yg diamalkannya." jelas orang tua itu tersenyum.
" Tetapi tidaklah mustahil boleh berlaku kejadian seperti Penghulu Naam itu kalau diizinkan Allah." katanya mendehem.
Orang tua berkenaan tidaklah menyebut dgn jelas akan amalan tersebut, tetapi dia ada menyebut " Lam " dan "Buntat Embun."
Aku juga mendengar tentang sejenis binatang yg hidup di air di kenali sebagai 'Lam' ini. Lam ini halus sebesar hujung lidi, bertubuh lembut seperti cacing dan panjangnya kira2 sepanjang jari kelengkeng budak.
Kononnya bagi orang yg mengamalkannya terpaksa menggoreng serta memakannya. Ada setengah pihak mengatakan 'makruh' saja hukumnya memakan jenis binatang mamalia 'Lam' ini. Dari Awang Leh juga dia mengatakan datuknya juga tahu mengenai " Buntat Embun " Mat Kilau(bukan M.Daud Kilau). Datuknya menerangkan memang orang yg kita lihat pada zahirnya sudah mati, akan hidup semula apabila embun turun, kalau dia mengamalkan "Buntat Embun" ini.
Kata datuk Awang Leh, memang Mat Kilau(pahlawan Melayu) memiliki "Buntat Embun" pemberian orang Bunian. Sebab itulah Mat Kilau yg dikatakan mati serta dikebumikan di Bunut Payung itu hidup semula, asal saja jasadnya terkena 'embun'.
Kisah Mat Kilau sudah aku tulis sebelumnya.
" Makhluk Allah bila tiba masanya akan mati juga." Kiyai Jemadi mengingatkan kami.
" Tetapi tak mustahil kalau Allah izinkan, tulang2 yg berselerakan itu boleh dicantumkan semula." katanya tersenyum.
Dari Kiyai Jemadi inilah aku mendapat tahu bahawa mereka yg mengamalkan "Buntat Embun" seperti Mat Kilau itu, hanya mati pada penglihatan mata biasa saja. Apabila embun turun dia hidup semula, kerana sebenarnya dia belum mati lagi. Tanda2 kematiannya hanya diketahui oleh orang2 yg mengetahui tentang "Buntat Embun" itu saja.
Begitu jugalah "Lam" yg dimakan oleh orang2 yg mengamalkannya. Sekalipun angotanya terputus akibat dipancung atau ditetak, ianya akan bercantum semula apabila embun turun pada sebelah malamnya. Ertinya kalau diletakkan di bumi, tentu dia hidup semula.
Kecualilah kalau dibawa naik ke rumah.
"Jgn anggap perkara2 macam ni aneh, cuba anak2 baca Surah Al Kahfi dalam Quran....." ujar Kiyai Jemadi terangguk2 macam batang tebu dipuput angin.
Bagi aku kata2 Kiyai Jemadi ini memang sudah difahami. Begitu juga dgn Awang Leh yg merupakan sahabat aku, walaupun dia mengaku aku gurunya. Kami memahami akan kejadian2 yg dikatakan aneh oleh setengah2 pihak itu, sebenarnya tidak ada yg aneh. Hanya orang2 yg tidak memahami akan kuasa Allah saja menganggap perkara2 demikian aneh.
"Jadi anak2 ini nak pergi ke surau Lebai Kidam di hulu sana....?" dia bertanya.
" Iyalah, lagi pun Tok Kiyai nak tidur." beritahu aku perlahan memerhatikan orang tua itu terkuap2.
" Tetapi Rasulullah mengingatkan banyakkan berjaga diwaktu malam itu lebih baik dari tidur." katanya sambil menghela nafas.
" Tapi bukan berjaga untuk main terup(daun pakau).....berjaga untuk melakukan amal ibadat." tegasnya mengankat muka sedikit merenung ke muka aku.
Walaupun mukanya bertentangan dgn aku, tetapi tidaklah jelas sangat rupa paras orang tua itu. Mukanya agak terlindung sedikit di sebalik bayang serbannya, walaupun lampu gaslin di tengah surau terang benderang.
" Saya faham maksud Tok Kiyai....." ujar aku lalu bangun minta diri.
Awang Leh juga bangun sambil berjabat tangan dgn orang tua tersebut.
Semasa dalam kereta aku bertanya pada Awang Leh sama ada sudah pernah sampai ke Serting atau belum. Rupanya Awang Leh sama seperti aku belum pernah lagi sampai ke situ.
" Kalau dari Temerloh boleh ikut jalan Manchis, kemudian ke Durian Tipus dan Simpang Pertang. Dari sana lebih dekat jalan ke Serting ni....." Awang Leh menjelaskan.
" Tapi, kawan tak pernah pun masuk ikut Manchis." katanya tersengih2 memaut tangan ke stereng.
Aku sendiri ke Serting pun kerana mengikut pesanan Pak Long Daud. Dia yg mahukan aku menemui bekas gurunya itu. Katanya Lebai Kidam itu pernah belajar dgn To' Kenali di Kota Bharu.
Kira2 hampir pukul 12:00 malam barulah aku dan Awang Leh sampai ke surau Lebai Kidam. Keadaan suraunya sama dgn suasana di surau Kiyai Jemadi yg kami temui sebelumnya. Letaknya di tengah sawah sedikit dan terpencil dari rumah2 orang di darat kampung.
Sebaik kami memberi salam, kami pun dipersilakan naik.
" Tok tak tidur lagi......?" aku menegurnya.
" Tok ni memang lambat tidur." jawabnya perlahan.
Tetapi dari cara dia menyambut kedatangan kami, dia seolah2 sudah tahu kami akan datang ke situ. Dia sudah menyediakan kami dgn kopi o panas, serta tiga buah cawan tertangkup di depan kami.
Dgn tidak banyak soal jawab, dia pun menuangkan kopi o ke dalam cawan di depan kami. Kami juga dihidangkan dgn rebus ubi yg masih panas lagi.
" Emmmm.....rezeki kita bersama." dia menghulurkan kepada kami pinggan berisi rebus ubi panas tadi.
" Alhamdulillah....." sahut aku lalu mencekup ubi rebus itu.
" Nak balik malam ni juga ke Kuala Lumpur.....?" tanya Lebai Kidam menghirup kopinya.
Aku agak terkejut dgn pertanyaan tersebut. Dia seolah2 tahu kami datang dari Kuala Lumpur, di samping niat kami mahu balik malam itu juga ke Kuala Lumpur.
" Emmm.....nak balik juga....?" ulangnya apabila kami diam tidak menyahut apa2.
Aku mengangguk. Memang kami akan balik juga ke Kuala Lumpur malam itu. Hajat kami hanya mahu menemui Lebai Kidam. Mungkin pada lain masa kami akan datang lagi mengunjunginya.
" Bila pula nak datang lagi....?" tanyanya lagi seolah2 faham apa yg terbendung dalam jiwa aku.
" Tenguklah dulu....." sahut aku perlahan.
" Eloknya dapat cepat sikit datang, tapi malam ni tadi kami berhenti dulu dekat surau Tok Kiyai Jemadi." aku menerangkan.
" Apa buat di situ....?" dia tidak lepas merenung muka aku.
" Berhenti sembayang Isya....." jelas aku sambil meneguk kopi o.
" Tok Kiyai tu bercerita mengenai kisah Penghulu Naam." kata aku selanjutnya.
Lebai Kidam menungkat tangan ke dagunya. Sekali-sekala dia mengusap jangut sejemputnya. Dia hanya terdiam saja mendengar cerita aku tadi.
Aku juga menceritakan mengenai keanehan2 yg dianggap oleh Kiyai Jemadi sebagai tidak aneh. Begitu juga dgn cerita Penghulu Naam yg kononnya sudah dipenggal leher hingga kepala bercerai dari badan, tetapi masih boleh bercantum semula. Kiyai Jemadi juga merasa tidak heran dgn peristiwa Mat Kilau yg mati dan dikebumikan di Bunut Payung, Kelantan 90 tahun dulu, tiba2 muncul semula di Pahang. Semua kata2 Kiyai Jemadi ini aku ceritakan kepada Lebai Kidam.
" Awak semua jumpa dgn Kiyai Jemadi tu....?" soalnya mendehem sedikit.
" Iya....." aku mengangguk perlahan.
" Saya dan kawan saya ni, Awang Leh berhenti sekejap di surau tu. Kami sembayang Isya di situ. Tapi dia dah selesai sembayang ketika kami sampai." jelas aku tersengih2.
" Dia ceritakan fasal Penghulu Naam itu saja....?" Lebai Kidam macam mahukan penjelasan.
" Cerita fasal Tok juga, katanya elok belajar agama dgn Tok, dia suruh kami belajar betul2 dgn Tok." Awang Leh pula mencelah.
" Dia kata Tok anak murid Tok Kenali dari Kelantan, rugi kalau tak belajar dari Tok." dia menambah tersengih2 juga memerhatikan Lebai Kidam.
Lebai Kidam terdiam. Dia mengusap2 janggut sejemputnya perlahan. Kemudian dia menghela nafas macam mengeluh pendek.
" Awak semua dapat jumpa dia, dapat bercakap2 dgn dia....?" soalnya lagi.
" Iya....." kata aku.
" Memang, memang tak ada yg aneh. Benar cakap dia tu, tak ada yg aneh kalau memahami kekuasaan Allah....." ujar Lebai Kidam macam tergenang air di pelupuk matanya.
Bila melihat Lebai Kidam seolah2 menangis, aku dapat memahami bahawa setiap orang yg tegus zikirnya memang mudah menitiskan air mata bila menyebut nama Allah. Dia akan jadi gementar seluruh tubuhnya bila disebutkan Allah di depannya.
" Maha Besar Allah." keluhnya sambil mengesat air mata yg mula mengalir.
Aku dapat membayangkan bagaimana Kiyai Jemadi menceritakan tentang diri Lebai Kidam. Mungkin orang2 yg tinggal di sekitar kawasan suraunya tidak menyedari akan ilmu Lebai Kidam. Malah boleh jadi kebanyakan mereka menganggap Lebai Kidam lebih banyak membuang masa di surau dgn meninggalkan tanggung jawab dalam mencari nafkah keluarganya.
Sebab itulah penduduk di situ tidak menghiraukan sangat Lebai Kidam. Sebaliknya Kiyai Jemadi yg tinggal agak jauh sedikit dari situ dapat membayangkan tentang ilmu agama Lebai Kidam. Dia sendiri mengakui akan kehebatan tasauf Lebai Kidam itu. Memang Kiyai Jemadi sendiri berulang kali mengingatkan kami supaya belajar sesuatu dari Lebai Kidam. Kalau sudah bertemu dgn Lebai Kidam itu, adalah rugi kalau tidak mempelajari ilmunya, demikian Kiyai Jemadi menasihatkan.
Semua kata2 Kiyai Jemadi itu diberitahu oleh Awang Leh kepadanya. Aku juga bersetuju Awang Leh menerangkan kepadanya, kerana kami bimbang Lebai Kidam enggan mengajar. Setahu aku seperti yg dipesankan oleh Pak Long Daud, siapa saja datang menemuinya mahu belajar, Lebai Kidam menyatakan dia tidak berilmu.
Kami sudah datang jauh berbatu2 dari Kuala Lumpur semata2 mahu menemuinya. Tentulah menghampakan kalau dia tetap enggan menerangkan sesuatu. Oleh itu aku sangat berharap dia tidak menolak untuk mengajar kami sesuatu.
" Maha Besar Allah." keluh Lebai Kidam tersengguk2.
" Maha Suci Allah....Laillahhaillallah Muhammadarasullallah....." dia menekup mukanya sekuat hati.
Aku membiarkan saja dia berkelakuan begitu. Dalam masa ini tentulah dia begitu terharu atau tidak dapat menahan perasaan. Hanya dia saja mengetahui perasaannya ketika itu, sedangkan aku dan Awang Leh hanya dapat melihat dari segi lahir saja. Teringat juga aku akan pesan Kiyai Jemadi supaya jgn memberitahu Lebai Kidam yg kami singgah bersembayang di suraunya. Tetapi apa boleh buat semuanya sudah terlanjur. Awang Leh sudah terlepas cakap sambil menceritakan apa yg dicakapkan oleh Kiyai Jemadi itu.
Bagaimana pun, aku berfikir kami boleh meminta maaf kepada Kiyai Jemadi. Apabila kami balik nanti, kami akan singgah sebentar di suraunya. Tetapi boleh jadi dia sudah tidur sekiranya kami singgah di situ. Oleh itu aku berbisik pada Awang Leh supaya balik selepas subuh esoknya.
Apabila kami terangkan pada Lebai Kidam keputusan akan balik subuh esoknya, dia sangat gembira. Dia ajak kami bermalam di suraunya saja. Lagipun tidak ada apa2 yg perlu untuk kami berkejar balik cepat ke Kuala Lumpur. Sebelum tidur sempat juga Lebai Kidam bercerita mengenai Penghulu Naam yg dipancung oleh Yamtuan Raja Melewar di Seri Menanti. Dia juga sependapat dgn Kiyai Jemadi, boleh jadi Penghulu Naam itu mengamalkan memakan binatang "Lam" itu. Tetapi dia tidak dapat mempastikan sama ada Penghulu Naam itu mengamalkannya.
"Lam" itu sendiri kononnya apabila dipotong sekalipun dicincang lumat, dalam beberapa saat dia akan bercantum semula. Lebai Kidam juga menerangkan ada sejenis binatang yg terdapat di Pulau Langkawi, jenisnya sama macam bentuk pacat atau lintah tetapi besar kira2 sebesar lengan(Gamat). Binatang ini juga akan bercantum semula sekiranya dipotong putus hanya dalam beberapa saat.
" Kejadian Allah tidak ada yg anehnya....." dia menerangkan.
" Kalau mahu dikira aneh, cuba fikirkan kejadian Adam yg tidak ada emak atau ayah seperti manusia sekarang, tetapi cuma dijadikan dari tanah dan lumpur kering yg dibentuk." jelas Lebai Kidam lagi.
Aku hanya mengangguk saja. Manakala Awang Leh pula kelihatan sudah mengantuk bercampur letih. Ini disebabkan dia memandu kereta, tentulah terasa letih. Apalagi perjalanan yg jauh berbelok2 menempuhi jalan di Bukit Putus, kemudian memasuki jalan tanah merah menuju ke surau Lebai Kidam ini.
Walaupun aku terasa juga letih, tetapi kerana keinganan aku mahu mendengar cerita2 dari orang tua itu, maka aku tahankan saja.
" Tidaklah aneh pada fikiran orang yg tidak memahami kekuasaan Allah, bagaimana tanah debu dan lumpur kering itu boleh dibentuk menjadi Adam dgn tidak ada ibu yg mengandungkan, dgn tidak ada ayah yg boleh menyebabkan ibunya mengandung....." beritahu Lebai Kidam mencepak2 bibir.
" Sebab itu....." katanya macam mengingatkan aku.
" Jgn awak semua mengatakan itu aneh, ini ajaib, itu mengherankan, ini menakjubkan. Cubalah takjub dgn kekuasaan Allah. Siapa yg jadikan langit ini dgn tak bertiang....? Siapa jadikan laut dgn tidak payah digali....? Siapa masinkan air laut dgn tidak payah ditabur garam....? Siapa....." dia kembali tersengguk2 sambil mengucap beberapa kali.
Subuhnya cepat2 aku mengejutkan Awang Leh supaya segera bangun, kerana Lebai Kidam sudah lama selesai mengambil wuduk. Subuh itu kami dapat berjemaah dgn berimamkan Lebai Kidam.
Semasa menghatar kami sampai ke pintu tatkala mahu balik Lebai Kidam tiba2 bersuara.
" Sebenarnya Kiyai Jemadi tu dah 50 tahun dulu meninggal dunia. Memang di situlah suraunya....."
Aku berpandangan dgn Awang Leh. Tetapi Lebai Kidam menepuk bahu aku.
" Itulah sebahagian dari kekuasaan Allah, tak ada yg anehnya. Kamu semua sudah bernasib baik." jelasnya tersenyum.
Untuk mempastikan kata2 Lebai Kidam itu, aku dan Awang Leh berhenti di tempat kami bertemu Kiyai Jemadi sebelah malamnya. Disebabkan sudah hampir pukul 7 pagi, keadaan sekeliling sudah terang disinar matahari. Kami dapat melihat dgn jelas surau yg kami naiki dan bersembayang Isya di situ.
Surau tersebut sudah hampir mahu roboh. Disana sini kelihatan sawang dan sarang labah2. Tempat aku duduk semalamnya berdebu dgn habuk tetapi seluar aku tidak kotor. Lantainya juga penuh dgn tahi lipas. Lampu gaslin yg terpasang tidak ada kelihatan pada alang tengah surau, tetapi kelihatan sarang labah2 di situ. Sementara Awang Leh yg pergi melihatnya tidak ada apa2 di situ. Yg ditemuinya hanya bekas perigi atau perigi buta yg ditumbuhi rumput2 memanjang. Kami dapat melihat dgn jelas kesan2 tapak kasut kami di tangga surau. Lantai surau itu juga kelihatan sudah reput, mungkin akan roboh kalau kami naiki.
" Kita balik sekarang....." aku memanggil Awang Leh.
Ada sesuatu yg menggerunkan hati ketika aku meninggalkan surau buruk tersebut. Aku tahu Awang Leh juga merasa takut, tetapi dia cuba pura2 menunjukkan ke beranian di depan aku.....
Seperti biasa, ambil sisi positif dari cerita ini, yg negetif jgn diambil. Kekuatan yg tak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt, Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yg tak berkenan di hati para sahabat2 semua, aku. TOK PENJEJAK BADAI, dgn merendahkan diri memohon maaf.......
TERIMA KASIH.........
ASMA NURUL BASHIROH.
Aku ijazahkan Ilmu Trawangan Sapu Jagad (Asmak Nurul Bashiroh) warisan Kanjeng Sunan Kalijaga.
ASMA NURUL BASHIROH.
1.) BISMILLAHIRROHMANIRROHIM, YAA ALLAH YAA NUURU YAA BASHIIR. 256x.
2.) BINUURIKA YA ALLAH, NAWWIR BASHIIROTII LIKASYFI UMUURIN ‘AN ‘UYUNI TAGHOYYABAT. 18x.
3.) Doa di baca 7x :
" CAHYA-CAHYAKU CAHYA NUR MURUB, MURUB MUBYAR MUBYAR PADANG TRAWANGAN, SUKMA JATI JATINING SARI, DUMADI ADOH KATON CEDHAK KATON, JAGAD IKI DAK UNGAK KATON KABEH. ALLAH NYUWUN PADANG SIR KUN FAYAKUN, MAYANE KANG ORA KATON, KATON MELOK SEJATINING URIP, KATON PADANG SEJATINE KODRATULLAH, BYAR PADANG JAGAD IKI DAK UNGAK KATON MELOK BYAR SAIKI. ALLAHUMMA RASA MULYA BADAN IMAN JENENG JOHAR, URIP KANG MENGKU, URIP MBESUK MANUNGSA KANG LUWIH SEMPURNA. YAA HUU SHOLLALLAHU ALAIHI WASALAM."
CARA RITUALNYA :
Puasa 3 atau 7 hari mutih. Bila puasa 3 hari mulai puasa hari Selasa Kliwon. Kalau puasa 7 hari mulai puasa hari Rabu legi.
KHASIATNYA :
Bila sudah menguasai ilmu ini dengan sempurna mana kita bisa melihat jarak jauh, dibalik tembok/dinding,
kandungan isi bumi (harta karun, mineral, sumber air, menemukan barang hilang, melihat kejadian yang akan datang, alam jin, dan manfaat yang lain.
Tetapi ilmu ini bukan ilmu Meraga Sukma, ini hanya ilmu 'Terawang', melihat dgn mata batin. Bagi pemula, mungkin melihatnya dgn mata tertutup. Tapi jika sudah biasa dgn mata terbuka pun boleh melihatnya.
Jgnlah gunakan ilmu ini untuk kejahatan, apalagi sombong. Jgnlah gunakan ilmu ini untuk meneropong number ekor 4D atau melihat sesuatu yg tidak layak kita lihat. Terutama sekali bagi ahli2 Kampus Tok Badai. Aku akan tarik balik ilmu2 ini dari sahabat2 yg melanggar amaran aku ini.
PENGIJAZAH :
Ustadz Arifin Maulana Syekh Ainul Yaqin.
Imam Besar Masjid Babussalam Purwosari.
DI IJAZAHKAN OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.

1 comment:

  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    ReplyDelete

About

Popular Posts