Trending

Sunday, 25 December 2016

EXPLORER AND WARRIOR PARAMESWARA



EXPLORER AND WARRIOR : PARAMESWARA
Nota Shahpaskal : Saya suka Parameswara kerana ia mengingatkan diri saya, suka adventure. Kali terakhir beliau berhubung dengan orang hidup adalah lebih 100 tahun dahulu iaitu pada zama Sultan Abdul Samad. Lepas tu, langsung dah x de golongan ahli sunnah wal jamaah contact beliau.
1. Cadang hendak tulis tentang Jebat dan Tuah tetapi oleh kerana saya banyak tanya dan juga disebabkan oleh permintaan daripada Parameswara sendiri yang menyatakan masih ada keturunannya yang masih hidup dan mahu tahu kisah sebenar, jadi baginda meminta saya menulis sejarah baginda dengan segera.
2. Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama dan paling kurang popular berbanding dengan sultan-sultan yang lain, ini mungkin terkait dengan sejarahnya yang terlalu lama iaitu sebagai pengasas kesultanan dan empayar Melaka.
3. Temuramah ini dibuat pada 22 Nov 2016, sekitar jam 11 malam, dan berlangsung lebih kurang 45 minit.
4. Baginda memiliki personaliti yang agak tegas, khususnya dalam hal-hal yang bersangkut paut dengan keimanan tetapi amat mesra dan tidak kedekut untuk memberitahu saya beberapa perkara am yang berkaitan dengan kehidupan di alam ruh, sains, yakjuj dan makjuj, dajal serta beberapa sudut ilmu yang lain. Bagaimanapun saya tidak berminat untuk membicarakan hal-hal tersebut secara umum kerana ia akan menimbulkan konflik yang terkait dengan sains, ia khusus untuk pengetahuan peribadi saya sahaja dan tiga lagi rakan saya yang berada dalam majlis tawasul ini.
5. Baginda merupakan raja pertama membuka Melaka, sejarah raja-raja Melayu ini katanya, bukan berasal daripada Raja Suran seperti yang dilaporkan oleh teks sejarah susunan Inggeris, tetapi kisahnya berkait dengan anak Nabi Nuh iaitu HAM, keluarga tua kepada Keturah, isteri Nabi Ibrahim.
6. Parameswara bukan beragama Hindu seperti yang diceritakan sejarah tetapi menganut agama hanif, iaitu tauhid sebelum syariat Islam sampai. Baginda didatangkan mimpi dari Allah untuk membuka sebuah negeri di tepi laut. impinya menggambarkan negeri tersebut diselaputi cahaya, mimpi tersebut juga memberi gambaran bahawa Islam adalah agama yang benar.
7. Dari Palembang, baginda belayar dengan 6 kapal besar, disokong oleh kapal-kapal kecil dan lebih kurang 600 orang pengawal, termasuk perempuan, tukang kayu dan sebagainya. Yang paling aneh...baginda tahu saya memahami hal-hal ketenteraan, dalam hati saya, macam mana dia ni boleh tahu???
8. Dalam perjalanan baginda singgah di Temasik untuk melawat saudaranya, tidak timbul pula kisah pembunuhan gabenor Siam di sana seperti yang dilaporkan oleh teks-teks sejarah. Dari Temasik beliau menyusur pesisir pantai Tanah Melayu dan tiba di Muar tetapi kawasan tersebut tidak menyerupai permukaan geografi tanah yang dimimpikan baginda.
9. Akhirnya selepas beberapa ketika, baginda tibalah di Melaka. Yang ketika itu masih merupakan sebuah perkampungan kecil nelayan. Katanya, Selat Melaka pada zaman tersebut, sudah pun sibuk...malahan, Temasik menjadi pelabuhan utama ketika itu.
10.Bagindalah orang pertama yang membina tembok Melaka daripada batu, dan beliau juga memperkenalkan dinar emas yang dicetak dengan sejenis acuan.
11.Yang anehnya, selepas baginda memeluk Islam, beliau mengaku memakai gelaran Sultan Mansur Syah, sedangkan dalam teks sejarah, ia dinamakan sebagai Sultan Iskandar Syah. Yang pasti, makamnya di Melaka dan bukan di tempat lain.
12.Ketika ditanya di mana Melaka mendapat bekalan emas sebagai lambang kedaulatan sebuah kerajaan, rizab negara dan proses membangunkan negara, baginda menjawab dari gedung emas Nabi Sulaiman, yang dihantar kepada beliau secara ghaib dengan izin Allah.
13.Mengikut teks sejarah, Melaka dibuka selepas baginda menyaksikan peristiwa Kancil menendang Anjing. Ketika ditanya mengenai ini, beliau memberitahu, Melaka dibuka selepas mendapat mimpi, ia bukanlah dibuka secara tiba-tiba akibat peristiwa tersebut.
14.Kisah Kancil menendang Anjing ini merupakan satu metafora, orang-orang Melayu Melaka adalah Kancil, kekuatan bangsa ini bukan terletak pada kekuatannya berperang tetapi kecerdikannya...sehingga mampu bertahan selama 400 tahun dari penjarahan orang kafir.
15.Baginda sendiri memberitahu, kedaulatan Melaka akhirnya tumbang, selepas Perak mencatatkan sejarah sebagai sultan pertama yang membuat perjanjian bertulis dengan Inggeris iaitu Perjanjian Pangkor. Melaka tidak pernah tewas kerana walaupun kotanya dijarah Portugis tetapi kedaulatannya tetap berkembang sehingga kerajaan2 lain tertubuh dan Islam berjaya dipertahankan.
16.Saya bertanya lagi, Tuanku apakah cabaran yang paling utama sebagai pemerintah pada zaman itu..., baginda menjawab
"Akidah, kerana rakyat Melaka pada zaman itu masih kuat berpegang pada amalan-amalan yang syirik dan masih tidak mahu menyembah Tuhan Yang Maha Esa.
17.Usaha pengembangan agama dan emperkukuhkan tauhid rakyat, dibuat oleh baginda dengan dibantu oleh empat ulamak. Al Quran dan kitab-kitab agama dibawa masuk dari luar.
18.Saya ada juga bertanya tentang Pulau Besar, katanya, tidak ada apa-apa yang istimewa di situ, ia hanyalah sebuah pulau persinggahan dan menjadi tanda kepada pelayar, kedudukan negeri Melaka.
19.Daripada apa yang saya fahamkan, Melaka ini negeri yang berdaulat. Apabila RAHMAT ALLAH dicabut selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis, pedagang dan bisnes entreport Melaka jatuh merundum. Sungainya menjadi cetek. Dari segi lojik, sebenarnya saya sendiri berasa aneh mengapa raja-raja Melayu ini membuka Melaka sehinggakan berjaya menenggelamkan Temasik sebagai pelabuhan, anehnya, mengapa tidak dibangunkan sahaja Temasik menjadi empayar kerana kedudukannya 10 kali ganda lebih strategik.
20.Saya berfikir, Melaka maju bukan kerana kedudukannya sebagai pelabuhan tetapi semata-mata kerana RAHMAT dan REDHA Allah. Sebaik sahaja RAHMAT itu ditarik (semasa zaman Portugis), ia terus hilang kegemilangan sebagai negara pelabuhan. Stanford Raffles kemudian memajukan Temasik sebagai pelabuhan Singapura.
21.Soalan bonus mengenai alam ruh, yang ini boleh cerita sikit...ruh orang mukmin khususnya yang beriman, ada tempat-tempat yang disukai untuk pergi. Baginda sendiri suka akan negeri Melaka dan biasanya berada dalam masjid-masjid lama di negeri tersebut, atau pun masjid lama di Perak dan masjid Putrajaya kerana ia merupakan sebuah masjid yang berdaulat.
22.Baginda juga menjelaskan bahawa Nabi Sulaiman tinggal di Palestin tetapi memberi perhatian khusus kepada nusantara khususnya Tanah Melayu kerana di sini, penduduk ghaibnya, pokok-pokoknya, haiwan-haiwannya berzikir kepada Allah.
23.Sebelum pergi, baginda berkongsi kepada saya mengenai kejadian kiamat. Kisah tentang bagaimana matahari terbit dari barat. Barulah saya faham....kaitan antara kiamat, gempa bumi, perbuatan mungkar manusia sehingga akhirnya kutub berubah. Katanya, dahulu kutub ini tertegak tetapi sekarang sudah senget. Kemungkaran manusia telah menyebabkan banyak gempa bumi, gempa-gempa ini merupakan tanda pergerakan geografi bumi (kita punya darat kan terapung,,,sorry den tak tahu nak explain pakai bahasa sains) sehingga hilang keseimbangan dan menyebabkan kutub beralih arah/sendeng/senget. Sampai satu masa nanti, apabila keseimbangan ini hilang, kutub utara akan berpindah ke bawah, maka dari situ, menunggulah manusia akan peristiwa kiamat. Sebenarnya saya sudah lama terjumpa artikel dalam bahasa Inggeris bahawa kutub utara ini sudah beralih tetapi saya malas nak google, saya harap kalian boleh cari sendiri.
24.Bab-bab lain tu, bukan saya tak nak cerita tetapi saya khuatir dengan pemahaman para pembaca saya kecuali selepas memiliki asas Fardhu Ain yang kuat. Asas Fardhu Ain yang kuat ini adalah Ilmu Mengenal Allah, inilah yang pertama sekali diajar oleh Rasulullah dan inilah yang ditekankan oleh ribuan Rasul dan para Nabi. Mak bapak sekarang banyak hantar anak pi tahfiz dan tekankan anak supaya pandai baca Al-Quran tetapi terlupa nak suruh anak belajar Fardhu Ain. Akhirnya, anak setakat pandai mengaji sahajalah...bukan semua tahfiz mengajar ilmu Fardhu Ain dan SIFAT 13 atau 20.
25.Jadi tanggungjawab mak bapak ini sebenarnya berat...kena betul2 pastikan ilmu apa yang depa belajar, silap haribulan tergelincir iman walaupun zahirnya solat lima waktu tak tinggal.

1 comment:

  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    ReplyDelete

About

Popular Posts