Kajian bergambar itu dipaparkan dalam penerbitan Jamrahtul Publication.
Kajian ini belum dibuktikan kesahihannya namun ianya cukup untuk membuka mata umat Islam bahawa institusi beraja Melayu yang ada di Malaysia mempunyai susur galur keturunan yang mulia.
Dipercayai Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid Al Alawiyah (bertemu hingga Saidina Hussein, cucu Rasullullah SAW), telah sampai ke Kelantan pada 1349 Masihi bersama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Sheikh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar).
Sepanjang misinya, Saiyid Hussein sempat mengahwini tiga puteri Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama Jiddah atau dikenali sebagai Danau Tok Uban.
Di sinilah bermula segalanya pada zaman dahulu. Anak Saiyid Hussein Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Ibrahim adalah anak kepada Puteri Linang Cahaya (Cik Siti Wan Kembang).
Salah seorang anak Saiyid Hussein ini dihantar ke Brunei untuk berdakwah dan akhirnya diangkat menjadi Sultan di Brunei dengan nama gelaran Sultan Berkat.
Begitulah indahnya bumi bertuah Malaysia dan Nusantara ini. Allah SWT muliakan keturunan Nabi Muhammad SAW untuk menjadi khalifah di bumi ini. Bersyukurlah kita sebagai orang Melayu dan orang Islam.
Kita menikmati hidup aman dan damai di negara ini kerana semuanya adalah dari Allah SWT. Ada asbabnya mengapa Malaysia ini sentiasa aman dan makmur dan berada dalam keadaan stabil. Semuanya untuk menjaga agama Allah SWT.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar
No comments:
Post a Comment