Trending

Sunday, 25 December 2016

METODOLOGI KOMUNIKASI DENGAN ROH…?



METODOLOGI KOMUNIKASI DENGAN ROH…?
Oleh Sahabat Shahpaskal
1. Dalam ratusan komen-komen kat artikel sifu, shahpaskal, banyak juga yang simpulkan dailog dengan roh yang diceritakan tak lebih macam novel khayalan dan kopi-ket Siri Bercakap Dengan Jin.
2. Habis dipukul-sama rata semuanya jin.. Yang komen sebut jin ni dia nampak ke jin nye..? Kalau nampak, cuba tangkap sekor bubuh dalam botol dan ambik gambonye macam pernah kami buat dulu, boleh tak..?
3. Yang pakai henpon berbalas cakap dengan sorang lagi tu apa eekk..? Sewel ke atau juga pakai jin..? Ye laa tak nampak pun kat depan dia, si kawannya tu, macamana kita nak gelarnya ..? Pakai gelombang..? Cer mai habaq macamana rupa gelombang tu..? Tak yah citer la kalau citernya setakat macam yang cikgu kelas fizik SPM selalu bagi tau tu.. Rasanya saya pun lebih tau..
4. Okeylah.. Saya nak kiaskan golongan yang kaki sanggah dengan analoginya macam ni. Seorang pandai kayu yang kerjanya bertahun-tahun buat rumah, dia mesti kena tahu kayu apa bagus untuk tiang, kayu untuk gelegar, untuk rangka rabung dan bumbung, jenang pintu dan tingkap, lantai, dinding dan berbagai-bagai lagi komponen. Takkanlah nak diordernya dari sawmill papan dinding jenis kayu berlian dan tiangnya kayu jelutung.. Sampai mati orang gelakkan, orang sawmill pun terguling-guling ketawa sakan..
5. Dah ada barang, lepas tu nak pasang macamana, apakah perlu nak ikut ira atau urat kayu pasal nak elakkan weak point kat kayu beluti tu, camana nak tebuk lubang pasak dan macam-macam hal lagi. Apa kata tetiba datang sorang budak ni baru graduet ‘U’ dan mula nak kenal dunia, siap ajar si tukang ni gitu gini.. Kalau kita yang jadi si tukang kayu ni, apa respon kita kat budak ni..? Mau dikentut ke mukanya…
6. Begitu juga dengan bab nak berkomunikasi dengan ghaib dah roh manusia sama ada masih hidup atau dah meninggal. Kita mesti kenal dulu jenis-jenis ghaib sama ada benda ghaib tu roh orang warak, roh orang mati secara tragis, roh terseksa, apakah ia jin saka belaan atau jin qarin, jin kapir yang bebas dan juga big-bossnya - iblis.
7. Dah belajar kenal mereka-mereka ni, barulah kita belajar pulak cara nak berkomunikasi. Kalau bab jin, tak semua reti bercakap. Ada yang reti bercakap tapi buat-buat tak reti, buat bodoh macam batu. Tu pasal kena tau adab dan tertibnya.
8. Okey, kita limitkan hanya kat bab roh saja. Yang paling penting, kita kena ada gurunya..
9. Tak keterlaluan kalau saya nak kata, ramai yang ada kebolehan bercakap dengan roh para wali ni adalah anak cucu mereka sendiri. Ertinya lebih kepada nasab. Kalau bukan cucunya, sape nak layan lebih-lebih beb.. Bukanlah nak cakap yang saya ni expert, keturunan itu ini tapi itulah hakikatnya. Begitu pun, kita semua ni berketurunan Bapa Adam a.s.
10.Selain tu, banyak pulak pra-syarat. Nampak mudah tetapi memakan masa yang lama malah mungkin puluhan tahun terutama untuk berhubung dengan roh-roh bertaraf wali-wali besar. Tak semestinya dah khatam hal-hal jin, boleh panggil roh para wali macam petik jari. Saya sendiri melalui pelbagai ujian hinggakan digelar belajar ilmu sihir. Akhirnya yang hak tetap yang hak..
11.Seterusnya antara pra-syarat lain, kita sendiri mau ingat. Nak mengadap wali-wali ni pun, kenalah kita ni dikenali mereka. Dalam beribu-ribu malah berjuta manusia merentasi berpuluh generasi, kita kenalah the special one - macam panggilan kat Jose Mourinho.. Kalau setakat biasa-biasa aje, sulit rasanya..
12.So caranya bagaimana..? Walau pun kita ni klaim diri kita cicit wali itu wali ini ni malah ada yang mengaku cicit Rasullullah SAW, dalam sehari berapa kali kita ingat kat mereka termasuk Baginda SAW. Sekali..? Ambik contoh Rasullullah SAW sendiri, berapa kali kita ingat kat Baginda..? Seratus kali..? Malah ada hanya buat dalam sholat, tu pun kalau genap sholatnya 5 kali sehari. Termasuklah saya sendiri, sholat pun selalu juga lalu ikut atas…terutama bila terlajak buat taik mata..
13.Makanya, rajin-rajinlah hadiahkan Al-Fatihah kepada semua mereka-mereka yang mulia ni. Kepada Rasullullah SAW kita banyakkanlah selawat, mungkin seratus kali di pagi hari dan seratus kali sebelah petangnya. Tak susah sambil mengadap FB pun boleh.. Tapi janganlah page mengarut..
14.Begitu juga kita ingatlah kat malaikat-malaikat Allah SWT yang siang malam jaga kita tanpa alpa, para sahabat, anbia dan juga orang yang menyampaikan Islam kat kita di sini. Kalau tak reti juga buat benda-benda begini, sesungguhnya kita ni manusia yang tak tau bersyukur. Hadiah Al-Fatihah ini macam bagi bunga, walaupun nampak kecil tapi amat bernilai.
15.Berbalik bercakap dengan roh. Sebenarnya kita juga boleh bercakap dengan roh orang hidup. Maaflah kalau saya terpaksa
gunakan sampelnya saya sendiri. Bukan masuk bakul angkat sendiri tapi tak ada sampel yang lebih hampir dengan saya melainkan diri sendiri.
16.Saya dah praktis untuk memanggil seseorang yang masih hidup dari jauh cukup sekadar selawat dan shahadah. Lebih 20 tahun dulu dah saya buat tapi bukan dengan semua orang saya boleh lakukan. Insan yang dipanggil mestilah dah menyatu (serasi) secara rohnya dengan saya. Dengan Shahpaskal rasanya dah menyatu kot.. Mungkin Shahpaskal ada pengalaman, dia boleh ceritakan bagaimana benda ni dibuat.
17.Mungkin kita tak tau ada sesetengah orang buat rawatan perubatan jarak jauh. Ada yang ubatkan orang patah dengan mengurut kaki ayam atau batang mancis dari kejauhan. Ada yang boleh tarik santau dari jauh dan juga menyantau orang dari ratusan kilometer. Ini semua membabitkan komunikasi alam roh.
18.Begitu juga ada yang kembar seiras, sorang jatuh sakit dan sorang lagi akan tau kembarnya dah sakit malah mungkin juga dia akan sakit sama. Inilah yang dikatakan roh saling berhubung, cuma kod hubungan saja yang masih belum mampu dipecahkan. Yang dah mampu, alhamdulillah…
19.Dengan roh yang dah meninggal pulak. Kaedahnya sama tapi lebih mudah sebab mereka-mereka ni boleh datang hanya dalam beberapa minit andai berkelapangan. Macam kita juga, ada time sibuk.. Ada malam yang mereka ada urusan penting sesama mereka.
20.Alam roh ni alam halus tapi penuh dengan ‘memori’. Kapasiti storage- nya besar. Sebenarnya banyak cara kita boleh re-call memori suatu peristiwa yang menimpa seseorang seolah-olah kita kembali share-kan memori yang tersimpan tu. Suasana berkenaan akan di-flash-kan kembali seolah-olah tayangan ulangan kat depan mata kita (mata hati).
21.Ada rekod yang tersimpan di dalam ‘jasad’ objek terbabit. Macam kita nak tau air zamzam yang kita beli tu tulin atau tidak, orang yang pandai alam roh, cukup pegang saja botol airnya dah tau itu air zamzam atau tidak kerana molekul -molekul air boleh kita ‘bangkit’kan seolah-olah bercakap bagi tau asalnya dari mana dan cara mana dia (air) tu datang ke Malaysia.
22.Ada yang sikit-sikit cakap, ROH ITU URUSAN Allah SWT. Memang benar tapi taklah pulak sampai haram untuk kita kaji. Kalau tak, tak adalah kitab-kitab pasal roh macam kitab Ibnu Qayyim dan banyak lagi. Kitab Ibnu Qayyim ni saya dah beli dan bacanya dalam tahun 80-an lagi.
23.Pada hemat saya dan sebagaimana saya diajar, yang kita tak boleh ialah pertikaikan hak dan ketentuan Allah SWT ke atas roh kita sebab ia milik mutlak-Nya. Kita tak dapat undur atau cepatkan saat tercabutnya roh kita dari tubuh yakni kematian. Yang inilah hak Allah SWT. Bila dah jadi hak mutlak-Nya, kita hendaklah redha akan kesudahan roh kita.
24.Kita kena faham yang Allah SWT kurniakan seseorang itu ada kelebihan bersifat ghaib. Lihatlah bagaimana ayam dipinggan boleh dihidupkan semula (ditiupkan roh serta dikembalikan tubuhnya) seperti dilakukan oleh Sheikh Abdul Qadir Jailani. Segalanya mungkin asalkan kita meletakkan Allah SWT itu sebagai Yang Maha Berkuasa.
25.Kita juga diharamkan mempertikai usia dan umur (roh di badan) seseorang sebab ajal maut ini dah tertulis nun kat atas sana. Gitu pun, digalakkan untuk mendoakan lanjutan usia seseorang moga dipinda-Nya demi kebaikan.
26.Yang paling sadis sekarang ni, ramai juga cakap ALLAH SWT panjangkan umur Tun Dr M (rohnya belum dicabut-Nya) semata-mata ALLAH SWT nak bagi dia (Tun M) tengok kerosakan hasil tangannya sebagaimana doa oleh seseorang. So, besederhanalah dalam politik, politik adalah politik.
27.Kalau kita tak meletakkan roh ini urusan Allah SWT, kalau anak isteri kita ‘dicabut’ rohnya di depan kita oleh Allah SWT, maka kita mulalah menyalahkan Allah SWT atas kematian orang kesayangan kita terbabit. Dan situasi ini seterusnya menyebabkan iman kita tergelincir. Dan selebihnya, silalah kaji sendiri..
28.Serupa juga kita boleh mengkaji pasal haramnya khinzir. Kita boleh kaji hikmah pengharamannya seperti kehadiran cecacing pita dan lain-lain bakteria TETAPI kita tak boleh kaji atau cari jalan yang boleh menghalalkan khinzir.
29.Contohnya seperti buat ujian bagi makanan termodifikasi, buat ubat supaya cacing-cacing ni mati dan lain-lain yang akhirnya boleh menolak pengharaman tersebut.. Sebabnya kita ni hanya makhluk dan Allah SWT itu Maha Bijaksana. Di sini pentingnya Sifat 20 yakni Allah SWT itu Maha Bijaksana.
30.Tidak ada yang mustahil bagi sifat Allah. Al Quran diturunkan untuk dikaji, tetapi lebih ramai orang termasuk ulamak lulusan universiti yang semakin ramai bertebaran sekarang ini, mengambil ayat-ayat Al Quran secara permukaan dan literal.

1 comment:

  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    ReplyDelete

About

Popular Posts