Trending

Sunday, 25 December 2016

PETI BESI KESULTANAN MELAKA


PETI BESI KESULTANAN MELAKA
Oleh Sahabat Shahpaskal
1. Shahpaskal pening kepala. Banyak bebenor yang bagi pesanan persendirian nak tanya pasal keturunan msg-msg dan berlanjutlah kepada cerita harta-harta yang katanya diwariskan nenak-moyang.
2. Fikir punya fikir, kita orang-orang Melayu ni taklah bodoh sangat, kaum kat Israel tu pun dilanda wabak harta sebegini, sampai nak runtuh dah Masjid Al-Aqsa di kerjakan dengan segala macam pengorekan. So, jangan pantas merendah diri yaa omm kalau dibilang teman-teman yang kita ini kurang waras kerna membutuhkan harta karun langsung kita gak keruan memburunya tapi awas… jangan sesekali hilang pedoman yaak.
3. Okeylah… Sekarang, kita nak sambung kembali cerita-cerita siapakah yang layak dapat mewarisi harta-harta Pulau Nangka dan bolehlah dinobatkan sebagai pewaris Kesultanan Melaka yang sah dan diakui di alam sebelah sana. Rasanya ni dah pengakhiran kot bab-bab ‘Mencari Ramli Pulau Nangka’ ni.. Kalau Ramli ada anak lelaki, kita buka bab baru.
4. Macam sambungan unifi juga, kena refresh. Jadi, kita refreshlah balik cerita Ramli ni, ringkasnya macam gini. Bila Sultan Mahmud Shah berundur dari bumi Melaka lebih sikit 500 tahun dahulu, Baginda ke Johor dan zuriatnya yakni cicitnya berjaya memerintah di Johor. Kerajaan Johor warisan Kesultanan Melaka ini berakhir dalam peristiwa Sultan Mahmud Mangkat Di Julang.
5. Bila mana peristiwa itu berlaku, isteri Sultan Mahmud bergelar Cik Pong yang sedang hamil ini dilarikan senyap-senyap ke Sumatera dan seterusnya bila bayinya dewasa, berjaya mendirikan Kerajaan Siak. (SILA LIHAT MENCARI RAMLI PULAU NANGKA).
6. Dan Kerajaan Siak pulak berakhir bila Sultannya yang terakhir, Sultan Syarif Kasim II secara sukarela joint Bung Karno untuk membentuk Republik Indonesia. Bung Karno ini adalah anak murid ghaib kesayangan Sunan Gunung Jati.
7. Semasa Sultan Syariff Kasim II membubarkan kerajaannya, beliau ada mempunyai satu peti besi yang amat rahsia. Peti ini menyimpan barang keturunan yang amat berharga yang diwarisi berabad-abad. Beliau tak punya zuriat. Dikhabarkan beliau membaling anak kunci peti besi ini ke Sungai Siak dan tinggallah peti besi berkenaan tanpa warisnya dititipkan kepada sesiapa pun.
8. Oleh kerana peti besi berkenaan ada ‘isi’ yang berdaulat lagi berdarjat, maka dah pasti ada penjaga ghaibnya yang bertugas memelihara keutuhan ‘darjat’nya dari dijarah orang yang bukan hak. Maka itu, ianya kebal dari dibuka oleh orang yang bukan empunya hak sehingga kini sebagaimana kebalnya dinding bunker harta Pulau Nangka.
9. So, apa pentingnya peti besi ini..? Dimaklumkan yang isi di dalamnya adalah barang berdaulat yang diwarisi turun temurun dari Sultan Mahmud, malah dari Oyangnya iaitu Parameswara yang mana dibawa ke Melaka ketika pembukaan Melaka dahulu. Nanti Tuan Isaac akan kupaskan susur-galur Kesultanan Melaka ini lebih detail.. Jangan terkojut udah laa…
10.Okey, dalam peti tu apa barangnya..? Nak jawabnya, kenalah waris-waris yang katanya dah beberapa ratus orang mengaku dia waris, sila mara ke depan… Ceritalah dengan jujur, ramai nak tahu ni… Kalau sesiapa yang mengaku keturunan Sultan Melaka dan dapat hak warisnya, pasti tahu apakah bendanya itu.. Kalau tak, cukuplah saya katakan mereka mungkin hanya sekadar waris pinggiran.
11.Saya sebut ‘dimaklumkan’ kerana saya diberi petunjuk bahawa sesiapa yang dapat membuka dan menzahirkan barangan di dalamnya untuk dedahan umum, beliaulah pewarisnya. Serentak itu juga, beliau juga bakal mewarisi kedaulatan Kesultanan Melaka dan seterusnya harta-harta warisan Sultan Melaka khususnya di Pulau Nangka.
12.Tak kisahlah dapat jadi sultan atau tidak, tapi ‘daulat’nya kelak akan semerbak mengharum di bumi nenek-moyangnya dan pada masa yang sama, ‘kekayaan’ silam dapat dinikmati cicit-cicit rakyat Melaka yang satu ketika dulu moyang-moyang mereka bersama-sama membangunkan Melaka.
13.Mana-mana orang yang klaim dialah pewarisnya, selagi tak dapat buka peti ni, cukuplah setakat gebang di kedai kopi… Takkan ke mana pun.. Sementelah itu, tak payahlah juga sembang nak dapat keris Taming Sari bagai.. Walau dapat berdozen keris serta pelbagai barangan lama dari ghaib, rasanya takkan sama dengan dapat mewarisi barang-barang warisan berdaulat ni.
14.Last sekali nak bagi klu sikit, cara bukanya mestilah dapatkan kunci asalnya dari dalam sungai ATAU panggil pandai-kunci (tukang kunci) untuk buat kunci baru. Kalau nak dapatkan kunci lama, ada beberapa ritual yang harus diikuti seperti dapatkan ‘kesenangan’ atau minyak wangi untuk ghaibnya yang jaga kunci.
15.Selepas tu, bertawasullah dan berinteraksilah dengan para leluhur serta pihak ghaib yang jaga kuncinya. Kalau kaedah kedua, macam biasa. Buat kunci baru dan bukalah. Dah dapat kuncinya, pergilah buka petinya. Dikhabarkan hanya dengan memasukkan anak kuncinya dan dengan dua kali pulas, maka terbukalah petinya. …. Jeng… Jeng…. Jenggg…..
16.Maka dengan terbukanya dan dapat dikucupi barangan keturunan ini, maka terzahirlah waris yang sebenar. Pokok pangkal kenalah ada redho ALLAH SWT. Nak redho Illahi, kenalah dapatkan restu para leluhur dan ghaib yang jaganya. Nak dapat restu leluhur, kenalah empunya diri ada ‘hak waris’ dan yang berminat tu kena ingat, bukan beratus orang yang ada diperturunkan hak waris.. Yang ada hanyalah ‘Ramli Pulau Nangka’.. Ada berani…?


1 comment:

  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    ReplyDelete

About

Popular Posts