Trending

Sunday, 25 December 2016

BERHUBUNG DENGAN SULTAN MAHMUD SYAH PEMERINTAH MELAKA ZAMAN DAHULU



BERHUBUNG DENGAN SULTAN MAHMUD SYAH, PEMERINTAH MELAKA ZAMAN DAHULU
(Shahpaskal sendiri tulis).
1. Umat Islam mempunyai beberapa kemampuan tetapi kelebihan yang paling ketara dan sedang cuba dilenyapkan secara halus adalah Tawasulan. Ini merupakan senjata yang mampu merungkai sebarang persoalan, termasuk menembusi tembok masa dan tarikh.
2. Sejarah yang saya mahu bawakan ini merupakan pertanyaan-pertanyaan langsung kepada manusia yang pernah hidup pada zaman dahulu, lebih kurang 500 tahun yang lampau, seorang pemimpin, sultan berjiwa rakyat lagi alim tetapi menjadi mangsa kepada fitnah terbesar yang menyelubungi raja-raja berdaulat Melayu zaman dahulu.
3. Saya tidak tahu siapa yang memulakan fitnah terbesar ini, sehingga hampir tiada sejarah yang jujur akibat menjadi
mangsa penjajahan, ia akhirnya tersorok dalam selimut masa.
4. Sempena kalendar Islam yang baharu, Awal Muharam, saya telah menemubual empat watak utama dalam sejarah nusantara dan bangsa iaitu Sultan Mahmud Syah (pemerintah Melaka semasa penaklukan Portugis), Puteri Gunung Ledang, Prabu Siliwangi (pemerintah kerajaan Pajajaran yang mana kotanya dighaibkan selepas berdoa kepada Allah) dan akhir, Sunan Gunung Jati.
5. Proses tawasulan ini dibuat oleh dua orang, mereka terdiri dari kenalan saya dan mereka semua adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah berfahaman Maturudiah dan Asyariah, khatam Sifat 20 dan diberi Tuhan beberapa kelebihan untuk mendengar, bercakap dan melihat hal-hal ghaib.
6. Menceritakan keadaan kota Melaka, Sultan Mahmud memberitahu bahawa ianya merupakan sebuah kota yang aman, kehidupan rakyat senang-lenang, kaya dan makmur. Tidak ada rakyat yang miskin melarat duduk dalam kota.
7. Kota itu pun dikelilingi oleh tembok yang disusun daripada batu-batu sungai, berketinggian paras dada. Keluasan kota Melaka adalah lebih kurang 2.5 hingga 4 kilometer persegi.
8. Istana yang didiami oleh Sultan Mahmud tidaklah besar seperti istana Melaka sebelum itu, ia agak kecil dan jika menurut ukuran moden, bersaiz sebuah rumah banglo mewah pada zaman sekarang.
9. Perkara ini mudah untuk difahami, kerana beliau sendiri seorang yang alim dan zuhud, kemegahan bukan menjadi opsyen utama bagi pemerintah seperti ini.
10.Dihadapan istananya terletak sebuah masjid yang agak besar, ia menjadi tempat pengumpulan rakyat Melaka, beliau sendiri yang menjadi imam pada kesemua waktu bersolat.
11.Istana beliau dengan rakyat tidak berpisah, istananya hanya dipagari oleh tembok kayu...beliau sendiri amat gemar berburu rusa, beliau akan mengambil bahagian daging rusa yang beliau suka dan isi yang lain akan dihadiahkan kepada penduduk Melaka yang menjadi jirannya.
12.Kedudukan istana beliau bukan berada di puncak bukit St Paul tetapi di kawasan kaki bukit, lokasinya juga bukanlah di tapak istana Melaka versi Sultan Mansur Syah yang didirikan sekarang.
13.Rumah-rumah Melaka diperbuat dari kayu kayan yang mahal dan terbaik seperti cengal dan meranti, dan seni rekanya
bergabung dengan batu. Rumah-rumahnya tidak tersusun rapat, antara sebuah rumah ke rumah yang lain terdapat ruang kosong
seluas lebih kurang satu bangunan rumah. Ini untuk mengelakkan kedudukan sebuah bangunan dengan rumah yang lain menjadi
terlalu sempit.
14.Jeti Melaka agak besar dan panjang, di sinilah terletak ratusan kapal milik pedagang khususnya rakyat kota Melaka sendiri yang majoriti merupakan kaum pedagang, tidak ada penduduk Melaka yang menjadi nelayan, bekalan makanan khususnya ikan atau barang keperluan lain dibeli dari pihak luar.
15.Ya seperti yang pernah diberitahu oleh ahli sejarah lain, kapal-kapal Melaka memang besar, jauh lebih besar dari kapal-kapal milik Portugis.
16.Tentera Melaka tidak memakai baju besi, mereka berpakaian baju Melayu biasa, tidak dipersenjatai dengan berat disebabkan Melaka tidak pernah diancam, tidak ada musuh luar malahan keadaan dalam kota juga aman, tidak ada penjenayah.
17.Melaka menjadi empayar bukan kerana kekuatan senjata atau kekuatan tenteranya, apa yang saya faham, keupayaan Melaka menjadi kuasa besar di nusantara adalah disebabkan kebijaksanaan berpolitik oleh orang-orang Melayu selain daripada kekuatan ekonominya.

18.Ini bersamaan dengan apa yang pernah saya fikirkan, menepati firasat saya, bahawa Melaka bukan sebuah empayar yang berpaksikan kuasa militari. Jika hendak disamakan dengan zaman moden, ia seperti Brunei sekarang ini, yang kaya-raya dan aman.
19.Beliau mengakui bahawa Melaka jatuh akibat keadaan politik dalam empayar yang semakin memburuk, kejatuhan juga disebabkan para pembesar Melayu yang sudah semakin hilang jati diri akibat kemewahan. Ini menjelaskan mengapa Sultan Mahmud terpaksa berundur. Bukan kerana Melaka itu lemah, sebaliknya, beliau sendiri kehilangan sokongan daripada pembesar Melayu yang bercakaran sesama sendiri.
20.Selain dari itu, kejatuhan Melaka juga disebabkan oleh bantuan dari warga asing yang diberikan kepada tentera Portugis. Warga asing dari India ini memberikan bantuan selepas hidup dalam keadaan sakit hati. Mereka ini telah membuat sumbangan ekonomi kepada kota Melaka. Tinggi mana sumbangan dan pengaruh mereka, mereka tetap gagal memperoleh kedudukan politik di kalangan pembesar Melayu atau pengaruh dihadapan mata Sultan.
21.Mereka tetap dianggap sebagai orang luar, sedangkan sang Sultan meletakkan keutamaan kepada rakyat asal Melaka sendiri
iaitu orang Melayu.
22.Pengunduran beliau juga bukan satu kekalahan yang tidak dijangka. Di atas sifat Allah Yang Rahman dan Yang Rahim kepada seorang Sultan yang alim dan warak, beliau diberi ilham untuk berundur kerana kejatuhan Melaka merupakan satu Rahmat, ia membawa kepada kesinambungan agama Islam dan pembukaan kerajaan-kerajaan Melayu lain seperti Empayar Johor dan lain-lain lagi.
23.Perkara ini diakui oleh beliau sendiri....semuanya disebabkan "survival" agama tetapi saya tidak meminta beliau untuk menghurai lanjut.
24.Portugis yang datang dengan misi untuk memurtadkan penduduk Melaka, sebenarnya gagal dalam misi mereka. Agama mereka tidak pernah berkembang luar dari tembok kota Melaka yang mereka dirikan. Akhirnya, Portugal sendiri tidak pernah menjadi sebuah kuasa besar, ia ditakdirkan menjadi sebuah negara yang miskin sehingga pada hari ini.
24.Saya kemudian bertanya, apa pendapat beliau terhadap akidah umat Islam khususnya Melayu di Malaysia pada hari ini?
25.Tinggal 50-50 sahaja, jelas beliau pendek. Sekaligus, memberi gambaran mengenai kerosakan akidah pada zaman sekarang.
26.Ini merupakan kali kedua, Sultan Mahmud Syah hadir dalam sesi perbincangan saya dan kawan-kawan mengenai sejarah. Beliau berpakaian Melayu yang diperbuat dari kain kasa. Bercekak musang tetapi kolar bajunya tidak bertulang. Bajunya ada corak bunga besar tetapi tidak tahu bunga apa, memakai samping. Ia tidak berdestar atau memakai mahkota. Kepalanya hanya dililit dengan sejenis kain.
27.Temubual dengan watak-watak yang lain itu, saya akan tulis jika ada mood.

1 comment:

  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    ReplyDelete

About

Popular Posts