Trending

Tuesday, 27 December 2016

APABILA BUKU BERTEMU DGN RUAS Pt 1


APABILA BUKU BERTEMU DGN RUAS. Pt.1.
TARIK PUSAKA DGN DOA NURBUAH.
Assalam.....sahabat2 yg aku hormati semua, tidak kira di mana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala Puji Syukur Kehadirat Allah s.w.t. Selawat senantiasa dihaturkan kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Dgn mengharap ridho Allah s.w.t. Dan dgn kerendahan hati yg paling dalam, izinkan aku yg miskin ilmu lagi dhoif ini berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat2 semua. Insya 'Allah....
Selalunya para sahabat2 membaca artikal2 tentang kejayaan aku, baik ketika berhadapan dgn gangguan2 makhluk ghaib, mahu pun tentang penarikan barang2 dari alam ghaib. Kali ini masih berkaitan dgn penarikan barang2 dari alam ghaib. Tetapi kali ini lain sikit ceritanya, kerana nyaris2 aku kehilangan nyawa, tetapi aku kehilangan seorang sahabat gara2 penarikan barang2/benda2 alam ghaib ini.
Cerita ini terjadi pada thn 2005 yg lalu, kisah terjadi di Indonesia.
Selalunya jika aku berada di Indonesia pasti aku akan tinggal di rumah saudara aku di Desa Setu Kulun, Cirebon, Jawa Barat-Indonesia. Nama dia Joko, datuk dia dan datuk aku adik beradik, sebelah emak aku. Selalunya jika aku sampai sana Joko dgn Imam(jiran Joko) pasti akan bertanya aku, kali ini mau tarik barang di mana...?
Mereka berdua ni suka sangat ikut aku tarik benda2 atau harta2 alam ghaib. Mereka akan memberi cadangan lokasi mana yg ada barang terpendam. Mereka tak mahir dalam tarik menarik, tapi suka ikut aku tarik. Sebab barang2 yg dapat di tarik akan aku berikan pada mereka. Pandai2 lah mereka nak buat apa dgn barang2 itu. Selalu nya mereka jual barang2 itu.
Dua hari setelah aku sampai, kami dah servey tempat yg akan kami tuju di malam nya. Setelah sudah tahu barang apa saje yg tertanam di situ, barulah aku sediakan barang2 yg akan digunakan sewaktu negosiasi untuk 'barter trade' barang yg ada. Malamnya sesudah sholat Ishak, kami bertiga pun bergerak naik motor Joko. Satu motor naik 3 orang macam bujang lapuk naik basikal, ha..ha...ha.
Sampai saja di air terjun gunung Pamijahan Tasik, terus buat tenda/tent sebab penat jalan jauh dah tu kena daki gunung walau pun lokasi air terjun tak tinggi tapi berliku dgn barang2 yg di pikul di belakang. Cari kayu2 bakar buat ungun api supaya nyamuk2 tak mengganggu. Semua pengsan kerana penat. Suboh baru bangun untuk sholat. Serapan apa yg ada dgn air kopi panas dan ubi rebus.
Tak mandi aku hari tu, bukan nya apa tapi air terjun tersangat lah sejuk, baik pagi atau pun tenggah hari....sejuk gila.
Setelah aku melakukan terawang dgn mata batin, di situ ada beberapa penghuni/penunggu ghaib. Di situ ada kerajaan bunian dan penunggu air, walau pun tak ganas aku tetap hati2. Aku meminta izin dari mereka, agar tak terjadi sesuatu yg tidak di ingini. Tetapi Puteri Bunian Melati Putih berpesan pada aku, agar berhati2 kerana katanya di tempat yg akan aku tuju buat ritual, berada di dalam kawasan Kerajaan Siluman Kera/Monyet yg agersif dan energi negetif. Aku tahu, kata aku pada dia.
Setelah semua barang2 keperluan sudah siap, kami naik ke tingkat dua air terjun yg ada batu hampar yg agak besar. Aku duduk di hadapan bersama barang2 sarana untuk penarikan dan sahabat2 aku duduk di belakang. Memang bergitulah selalu aku melakukan penarikan. Mereka duduk sekitar 2 atau 3 meter di belakang aku. Sebelumnya aku sudah membuat bulatan sebagai pendinding/ pagar dari makhluk2 ghaib. Biasanya belum ada makhluk ghaib pun yg pernah dapat tembus pagar yg aku buat.
Tugas mereka hanyalah membaca surah Al Ikhlas sebanyak 1500x ketika ritual di lakukan. Aku pun mula membakar dupa gunung kawi 2 biji di atas kain putih yg menjadi alas untuk meletakan barang2 sarana yg lain, seperti bunga 7 rupa, bakar setanggi 4 batang di pacak pada 4 penjuru pada kain putih tadi. Minyak Ponibasalwa dipercik2kan di atas kain mori putih 1 meter x 1 meter. Minyak Apel Jin, aku buka tutupnya, aku biarkan bergitu. Kopi pahit kopi manis, rokok keretek 2 batang, minyak misik putih dan minyak zafaron. Lalu aku percik2kan minyak cendana untuk mengumpan mereka agar datang buat negosiasi.
Aku pun mula merapal Asma Sungai Rajeh untuk Meraga Sukma. Sahabat2 aku sudah mula merapal surah Al Ikhlas. Setelah aku rasa cukup ASR meresap kesegenap tubuh, barulah aku baca kunci membuka alam ghaib.
" Allahhu Yatawaffal Anfusahina Mau- tihawallati Lamtamut Fi-Manamiha Fayumsikullati Qodho 'Alaihalmau- Tawayursilul Ukhro Ila-Ajalim Musammam, Inna Fii Zalika La Ayatin Liqaumin Yatafakkarun."
Setelah sekitar 30 menit kemudian, perlahan2 terbuka hijab ghaib di kawasan itu. Angin mula meniup dan berputar di tempat kami melakukan ritual. Bumi terasa bergegar, itulah tanda2 makhluk ghaib yg menunggu barang itu sudah datang.
Baru separuh dari sukma aku keluar dari raga, terdengar mereka di belakang menjerit. Bila aku lihat ke hadapan, ada satu makhluk seperti kera sedang melepaskan anak 'panah' berapi yg di tujukan pada aku dan mereka. Size nya besar 3 kali ganda dari manusia biasa dan berekor. Dia mengunakan senjata panah dan busur untuk menyerang kami.
Aaah......mati macam ni, pagar dinding yg aku andalkan selama ini tembus di terjah anak panah berapi. Aku lihat ke2nya Joko dan Imam terbaring sambil mengerang. Aku tak dapat tolong mereka saat itu, sebabnya aku terpaksa menangkis, mengelak dari segala penjuru dari serbuan anak panah yg di lepas kan ke arah aku. Nasib baik aku ada jurus silat ghaib, sudah belasan anak panah yg di lepaskan kepada aku.
Hati aku mula berkata ini tak boleh jadi, sampai bila aku nak elak. Aku panggil senjata ghaib milik aku berupa 'sabuk', Pemberian guru aku Bapak Imam Badawi. Bila ada peluang aku pun melepaskan senjata yg ada di tangan aku. Seperti kilat petir terus menyambar kena tepat di siku tangan kirinya. Tangan kirinya putus dan jatuh bersama busur panah yg dipegangnnya. Apabila jatuh sahaja ke bumi berdentum bunyinya seperti bom tangan yg dilontar, tangan dan busurnya berubah menjadi kepingan batu Jade sebesar tapak tangan orang dewasa yg berukir Naga dan Burung Cenderawasih. Siluman Kera itu terpekik langsing seperti bergaung2 kerana kesakitan akibat terputus tangan kirinya. Aku mahu mengejarnya tetapi Joko memanggil aku meminta tolong. Niat aku mahu mengejarnya aku urungkan dahulu. Jika sekiranya aku kejar pasti dapat.
Segera aku lari mendapatkan mereka. Joko sedang memegang tangannya di bahu kanan. Dia kata, ia tak apa2 hanya Imam saje yg teruk, bila di panggil2 oleh Joko tiada respond darinya. Bila aku buka bajunya, jelas di tengah dadanya sudah berubah menjadi biru kehitaman sebesar bola tenis. Aku siramkan air yg telah aku isikan dgn doa Asma Sungai Rajeh untuk rawatan ketika di rumah tadi. Bila aku sudukan air itu ke mulutnya dia termuntah, yg keluar hanya darah merah pekat. Tak apa lah asalkan ada respond darinya. Mukanya yg membiru sedikit demi sedikit berubah normal, tapi masih tidak sadarkan diri.
Bila Joko panggil aku, dia kata :
" Kang, tangan akang sudah membiru." bila aku tenguk, baru aku sedar pendinding2 yg selama ini belum pernah menghampakan aku, akhirnya tembus juga.
Cepat2 aku melakukan meditasi beberapa minit untuk mengeluarkan energi2 negetif yg menjalar ke tubuh. Sekitar 10 menit aku pulih sedikit, lalu pergi mengambil batu Jade yg masih ada di situ. Imam masih belum sadar dan aku masih belum pulih sepenuhnya, hanya Joko saje yg mampu membawa motor. Nasib baik kami bawa satu motor, jadi Imam di tengah Joko pandu, aku di belakang sekali.
Aku katakan pada Joko langsung ke Hospital/Rumah Sakit, hantar Imam ke sana. 3 hari di hospital, nyawanya tak tertolong Imam meninggal dunia kerana anak panah dari Panglima@Pengawa Siluman Kera. Segala perbelanjaan pengkembumian Imam, aku dan Joko yg siapkan. Setelah 3,4 bulan kemudian, oleh kerana rasa bersalah terhadap kematian Imam, Joko pun mengawini janda Imam. Hasil jualan barang2 yg di tarik dan juga Batu Jade yg kami dapat tempoh hari, semuanya berharga rp.50.0000.000jt, duit S'pore sekitar $5,600 dollars. Semua duit tu aku kasi Joko. Aku berjanji kepada mereka, Joko dan Imam aku akan serbu Kerajaan Siluman Kera, akan aku bakar hangus kerajaan Siluman Kera yg telah membunuh Imam. Itu janji aku kepada mereka.
Selepas seminggu kematian Imam, aku terus ke Pontian, Pekan Nenas, Malaysia. Aku tinggal di Pekan Nenas rumah uncle Bob aku. Pada malamnya, Kak Liza datang meminta pertolongan kepadanya(Uncle Bob). Kak Liza kata suaminya sakit kuat, dia meminta tolong untuk di ubatkan suaminya.
" Assalamualaikum...." Kak Liza memberi salam.
" Waalaikumsalam...." jawab aku.
" Abang Bob ada di rumah ke....? tanya Kak Liza.
" Sebentar ya Kak." kata aku ringkas, lalu memanggil Uncle Bob aku.
Aku tak pasti apa yg mereka bualkan, aku sedang memberi makan ikan di kolam yg aku buat 5 tahun yg lalu. Tak berapa lama kemudian Uncle Bob memanggil aku. Katanya Kak Liza meminta aku tolong. Katanya suami Kak Liza sakit kena gangguan ghaib. Aku tahu, Kak Liza meminta bantuan dari Uncle Bob, bukan aku. Uncle Bob ni pun bukan calang2 orang, cuma dia tidak suka orang kenal dia sebagai bomoh atau pawang. Walau pun dia orang S'pore, tetapi dia sudah menetap di Pekan Nenas sudah lama.
Pakcik aku ni pun satu, dia suruh aku yg pergi membantu suami Kak Liza, tentulah aku membantah.
" Uncle Bob, aku mana tahu ubat orang, sembarang aje Uncle Bob ni.
" Pergi lah Badai, orang minta tolong tu." katanya.
Dengar saje Uncle Bob cakap macam tu, Kak Liza melihat muka aku.
" Adik tolonglah akak, suami akak sakit tenat." kata Kak Liza mengharap.
" Akak, aku tak pandai ubat orang, kalau suami kakak sakit berat hantar saja lah ke Hospital Tun Aminah. Di sana kan suami akak dapat rawatan yg menyeluruh." kata aku.
" Akak dah hantar ke hospital tapi tak sembuh juga, keluarga akak suruh bawa dia balik. Lagi pun akak tak mampu nak bayar bil hospital." kata Kak Liza mengharap aku membantunya.
" Kak Liza tak cuba ubat cara kampung ke... ?" tanya aku pada Kak Liza.
" Sudah di panggil Pak Khamis bomoh kampung ni, tetapi dia suruh mencari orang lain. Hanya dua hari sahaja dia datang berubat, masuk hari ke tiga Bomoh Khamis di serang Angin Ahmar, terlantar di rumahnya." kata Kak Liza panjang lebar.
Uncle Bob pula mengapi2 kan aku, suruh pergi membantu.
" Tolonglah suami Kak Liza tu. Kasian dia." kata Uncle Bob sedikit memaksa.
Aku bercadang mahu ke Terenganu melawat rumah mak angkat aku di sana, dah aku sangkut di sini. Aku menjadi serba salah dibuatnya. Oleh kerana Kak Liza mengharapkan bantuan, aku katakan padanya.
" Kak Liza baliklah dulu. Esok saja Kak Liza aku ke rumah kakak, selepas sholat Ishak aku kesana."
Dia tanya kepada aku.
" Adik, ada apa2 keperluan yg akak nak di beli." soalnya.
" Tidak perlu apa2 Kak Liza." jawab aku ringkas.
" Adik.... duit pengerasnya berapa..? tanya Kak Liza, takut2 tak cukup duit mahu diberikan pada aku.
Merah padam muka aku apabila Kak Liza mempersoalkan tentang duit pengeras yg dia sebut. Aku katakan kepada Kak Liza dgn nada sedikit marah padanya.
" Kak Liza, aku hidup bukan dgn duit pengeras, aku ada kerja aku sendiri untuk menyara hidup, bukan dgn cara ini." kata aku tegas.
" Akak minta maaf Adik Badai, sebab semua bomoh yg di panggil meminta duit pengeras." katanya, sambil menunduk.
" Itu bomoh, aku bukan bomoh atau pawang." aku sanggah kata2 nya.
Aku tenguk Kak Liza seperti rasa bersalah, aku pun turunkan suara dan katakan padanya.
" Akak, aku tak pernah meminta duit pengeras ketika merawat orang, kerana mereka di dalam kesusahan, malah kita tambah lagi kesusahan mereka dgn mencari duit untuk di berikan sebagai pengeras. Sepatutnya kita yg memberi mereka duit bukan sebaliknya. Sekarang ketua rumah jatuh sakit, bermakna duit harian terputus. Bagaimana tentang makanan seharian, bagimana duit sekolah anak2 dan duit keperluan yg lainnya." kata aku perlahan, tetapi tegas.
Aku katakan padanya, esok malam aku datang rumahnya. Aku beri dia duit rm10 ringgit. Dia tak mahu mengambilnya, aku katakan padanya :
" Jika Kak Liza tak mau ambil duit ni, aku tak akan datang rumah akak esok."
Alhamdulillah, dia ambil duit yg aku beri kepadanya itu. Malam tu setelah selesai sholat Isyak, aku melakukan ritual Meraga Sukma untuk mencari puncanya penyakit suami Kak Liza itu. Ketika gerbang ghaib terbuka, perlahan2 aku membuat perjalanan astral menembus demensi, aku di bawa jauh masuk ke tengah hutan hingga sampai ke kampong orang asli.
Terlihat Tok Batin orang asli sudah berdiri tercegat di depan rumahnya. Di belakangnya berdiri sosok yg aku agak Hantu Hutan atau Jembalang Tanah setinggi pokok kelapa sedang mengendong suami Kak Liza. Kalau kes macam ni aku dah tahu. Aku katakan padanya.
" Kenapa Tok Batin menganiaya suami Liza sampai bergitu....?" Tok Batin merenung tajam kearah aku, sambil berkata.
" Tok Badai jgn campur urusan aku."
" Aku bukan nak campur, aku cuma nak tahu kenapa...?" balas aku.
Aku lihat Jembalang Tanah di belakang tok batin berligar2 bersedia mahu menerkam. Aku jerit padanya, sambil melaungkan Takbir 'Allahu Khabar' sambil membesarkan badan aku sama seperti jembalang tanah itu. Apabila melihat aku sudah bersedia dgn senjata "sabuk" yg ada di tangan, dia urung niatnya mahu menyerbu aku.
Aku katakan lagi pada Tok Batin :
" Lepaskan suami Liza, kalau tidak aku akan berkasar pada Tok Batin." Dia masih tak berganjak di situ.
Aku pun keluarkan jurus Sangkar Putung sambil aku laungkan Azan 3x. Bertubi2 batu bara sebesar bola tenis menjunam kepada mereka berdua. Terpekik2 tok batin orang asli dan hantunya minta di berhentikan dari terjahan batu2 panas berapi dan gegaran bumi, seolah2 terjadinya gempa bumi.
" Tolong...ampun Tok Badai, tak buat lagi dah." tok batin orang asli merayu meminta tolong.
Tetapi suami Kak Liza masih berada di tangan Jembalang Tanah tu. Aku katakan padanya :
" Lepaskan suami kak Liza kalau tidak aku hancurkan seluruh kampong ini dgn batu2 panas menyala dan gempa bumi untuk tenggelamkan kampong ini."
"Jgn...jgn, Tok Badai.." kata Tok Batin orang asli.
Aku bacakan surah As Saffat, ayat 1 - 10, lalu di sambung dgn azan 7x. Bumi di kawasan itu seperti dilanda gempa bumi dan kilat2 menyambar mereka, sehinggakan mereka tidak dapat berjejak di bumi seperti bertih di goreng dalam kuali.
Mereka terpekik2 meminta tolang :
" Tolong2... Tok Badai, jgn siksa kami macam ni. Ilmu apakah Tok Badai gunakan ini."
" Ini ilmu Allah, kalau kau nak merasa ilmu Allah boleh." kata aku.
" Jgn..Jgn, Tok Badai. Cukup...!" kata Tok Batin.
" Aku lepaskan dia, Tok Badai ambillahdia."
Tetapi sudah terlambat aku mahu menolong suami Kak Liza yg berada dalam gendongan jembalang tanah itu. Nyawa nya tak dapat di selamatkan lagi. Biar ALLAH yg menentukan hidup atau mati, aku telah melakukan segala yg termampu..Aku tanya Tok Batin itu lagi :
" Siapa yg menyuruh Tok Batin lakukan in." dia seolah2 mahu menghindar dari pertanyaan aku itu.
Sekali lagi aku katakan :
" Siapa yg menyuruh kamu untuk membunuh suami Kak Liza, aku beri kamu satu menit untuk menjawab soalan aku." dia lihat aku serius mengancamnya.
Dia pun berkata :
" Sudin yg suruh." katanya ringkas.
" Siapa Sudin..." kata aku tegas.
Dia jawab :
" Jiran Liza, kerana masalah tanah kebun."
Aku memberi amaran kepadanya, supaya pulangkan balik sukma Leman suami Kak Liza. Aku pun balik semula ke rumah Uncle Bob. Apabila aku buka mata jam sudah pukul 1.15 pagi. Uncle Bob belum tidur lagi, dia bertanya aku, apakah aku datang ke rumah Liza. Aku katakan padanya :
" Tak jadi lah Uncle Bob." kata aku ringkas.
" Kenapa tak pergi, kan dah janji dgn Liza nak datang rumah dia...?"
" Esok sahaja lah Uncle Bob." kata aku perlahan.
Terus aku pergi tidur. Penat setiap kali melakukan meraga sukma, badan terasa amat penat kerana kita kena kerahkan energi yg lebih saat meraga sukma.
Jam 11 pagi, datang seorang remaja mahu berjumpa Uncle Bob, aku tak tahu siapa. Tetapi aku lihat dia amat gelisah. Uncle Bob memanggil aku, katanya ini anak kak Liza, namanya Iskandar. Dia berkata bapa nya baru sahaja meninggal dunia jam 2 pagi tadi malam......
Sahabat2 sampai di sini dulu lah, aku dah penat 'taip' nanti aku sambung lagi, fasal cerita ini belum habis lagi. Belum sampai kemuncaknya lagi. Kerana ada perlawanan 4 penjuru dari tok2 batin orang asli yg menyerang aku. Sehingga aku terbaring koma di Hospital Tun Aminah, lalu di bawa balik oleh keluarga. Keluarga aku langsung pergi ke Hospital Tun Aminah dan membawa aku ke Hospital Besar S'pura(SGH), kerana Doktor di hospital Tun Aminah, menjelaskan nyawa aku tak dapat di tolong dan menyuruh keluarga bawa balik ke S'pore. Itu baru ending cerita ini. Nanti aku sambung balik ya cerita ini......Jgn marah haa...
Seperti biasa ambil yg positif dari cerita ini yg negetif jgn di ambil. Kekuatan yg tak bisa di tandingi adalah Kekuatan daripada ALLAH SWT. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yg tak berkenan di hati sahabat2 semua, aku TOK PENJEJAK BADAI dgn merendahkan diri memohon maaf dari sahabat2 yg aku hormati....
TARIK PUSAKA DAN BARANG GHAIB DGN DOA NURBUAH.
Dari segi ilmu hikmah dan tenaga dalam, banyak sekali khasiat dari do'a nurbuat ini. Seperti untuk urusan mahabbah/pengasih, kekebalan, menembus alam astral/ghoib, terawangan, dan bahkan untuk urusan tarik pusaka/ benda ghoib. Jika kita memiliki mental baja, do'a ini pun bisa dijadikan media untuk "meraga sukma" dan memasuki alam ghoib yang Insyaallah akan dibeberkan tatacaranya nanti dikemudian hari.
Nah untuk ilmu tarik pusaka/benda ghoib, boleh melalui tatacara sebagai berikut :
1.) Sediakan air kelapa hijau yang sudah diletak di wadah (kalau aku biasanya menggunakan mangkok)
2.) Tetes air kelapa hijau dgn 3 tetes minyak Misik. Boleh Misik Hitam, Ja'faron, Istambul, lebih bagus lagi Minyak Ponibasalwa 3 atau 5 jarum.
3.) Kembang tujuh rupa jgn lupa.
a.) Kopi pahit dan kopi manis.
b.) Rokok kretek/gudang garam 2 batang.
c.) Dupa Gunung Kawi dan setanggi Cendana atau yg berbau bunga.
d.) Kain Mori 1x1 meter.
4.) Bacakan doa Nurbuat 3x, lalu tiupkan ke wadah tadi yg sebelumnya sudah bertawasul terlebih dahulu seperti biasanya.
Bentang Kain Mori di atas tanah. Taburkan bunga diatasnya. Letakan kelapa muda di tengah kain. Percik2kan minyak Ponibasalwa di kain tadi. Bakar rokok kretek, dupa, setanggi.
5.) Kemudian letakan wadah tadi di tanah, lalu mundurlah 7 langkah.
6.) Lalu bacakan do'a Nurbuat berulang-ulang dgn niat untuk menarik pusaka. Dan biasanya akan banyak penampakan yg muncul seperti keselebatan sinar dan cahaya yg menghampiri wadah tadi. Cahaya dan sinar itulah yg nantinya akan mewujud menjadi pusaka atau mustika. Mangkin banyak kita membaca do'a Nurbuat, maka mangkin banyak pusaka atau mustika yg akan tersedot ke wadah.
7.) Lakukan pembentengan dan jika perlu perlawana terhadap makhluk penunggu yg akan mengganggu ritual.
8.) Dan jika dikira sudah cukup maka sudahilah ritual dgn perbanyak baca Hamdalah. Pusaka & mustika itu boleh bawa pulang.
9.) Lakukan ritual penarikan pusaka ini di lokasi yg tentunya sudah diterawang dan dideteksi bahwa di lokasi itu memang ada pusaka atau mustika nya. Jika belum diterawang atau kita belum tahu ada atau tidaknya, maka ritual ini akan sia-sia belaka.
TERIMA KASIH.......
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.





Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts