Trending

Sunday, 25 December 2016

PRABU SILIWANGI PENJINAK HARIMAU DAN PENCINTA ALAM



NATIONAL GEORAPHIC SPECIAL - PRABU SILIWANGI, PENJINAK HARIMAU DAN PENCINTA ALAM
(Susunan artikel ini begini, prakatanya dimulakan oleh Sahabat Shahpaskal, tulisan berangka merupakan catatan pengalaman saya sendiri (Shahpaskal).
SEDIKIT SELINGAN TENTANG TAWASUL BERDAILOG DENGAN GHAIB..
Saya jawablah sikit tentang persoalan berdailog dengan orang-orang ghaib. Tawasulan dalam konteks ni lebih kepada ‘bermunajat’ agar diizin dan diredhoi ALLAH SWT untuk saya boleh menjemput dan berkomunikasi dengan orang-orang ghaib. BUKAN TIDUR DAN MENYEMBAH KUBUR. Orang ghaib yang dimaksudkan adalah semua orang mukmin @ warak yang pernah hidup di tanahair kita atau di tanah seberang. Yang tak warak tu, saya tak berani nak jemput… Dalam sesebulan ni, adalah dalam sepuluh orang hadir dan pintalah Tuan Shahpaskal nukilkan apakah yang pernah disembangkan, insha Allah ceritanya menarik…
Berbalik kepada tawasul, caranya agak mudah bagi yang dah advance, tak macam saya yang masih amatur lagi. Umumnya, ia lebih kepada bagaimana nak menjemput orang ghaib ni datang kepada kita supaya boleh kita berbual-bual dengan mereka. Tapi pra-syarat mestilah ada keupayaan berhubung dengan alam ghaib.
Methodnya, selalunya dimulai dengan salam, hadiah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas serta ‘salawat’ kepada Rasullullah SAW dan diikuti hadiah kepada nenek-moyang kita kalau mereka tu golongan para wali. Kalau pun bukan wali-wali, cuba-cubalah, mungkin redho ALLAH SWT ada di situ.
Malah kita juga boleh bukakan jemputan ini (ghaib) datang kepada kita dan kita boleh mohon ghaib ni kemudiannya untuk dijemput oleh kawan kita yang tak duk sekali dengan kita asalkan ghaib ini setuju ke sahabat kita tu. Bila ghaib ni setuju, ghaib ni akan bagi pass-word sebagai ‘kunci’ jemputan dan kita mintalah sabahat kita jemput beliau dengan pass-word yang diberi.
Saya dah cerita pasal salam dan salawat. Lagi bab salawat ni, sebenarnya ia amat penting dan sesungguhnya tiada doa tanpa salawat. Dengan bersalawat, kita sebenarnya memuliakan ‘pilihan’ ALLAH SWT yang mana telah memilih Muhammad SAW sebagai utusan terakhir-Nya.
Dah tentulah ALLAH SAW melahirkan kegembiraan-NYA kerana kita, umat Muhammad/Islam ini merai (bersalawat ke atas) pilihan-NYA dan dengan ini ALLAH SWT menurunkan rakmat-NYA
ke atas kita (sebagaimana disebut bahawa sekali kita berselawat kepada Rasullulah SAW, sepuluh kali ALLAH SAW bersalawat @ merahmati kita - sila rujuk tulisan yang terdahulu).
Inilah juga secara ringkasnya yang dikatakan Nur Muhammad yakni ALLAH SAW telah menetapkan bahawa alam ini dijadikan-NYA untuk dikhalifahkan oleh khalifah terakhir-NYA - Muhammad SAW. Dan ini juga telah termaktub dalam tiga lagi Kitab Langit sebelumnya. Bab Nur Muhammad ni, saya tak ulas lanjut yaa.. Biarlah orang handal-handal yang lain gebangkan..
Bab diizinkan dan diberi redho oleh ALLAH SAW tu. Saya tak berani nak komenlah. Selain tu, diri kita juga hendaklah sentiasa diisi dengan kalimah yakni jangan pisahkan diri dari amalan sholat sunat taubat, hajat dan sunat lain-lain. Kalau diri kita dimuliakan ALLAH SAW, nescaya apa saja kita mintak dari-NYA yang sesuai dengan fitrah kita manusia akan ditunai-NYA.
Disamping itu, jadikanlah amalan berishtifar, wirid shahadah dan salawat pada setiap sholat waktu atau setiap malam. Bilangan wiridnya tak terhad, mungkin seratus kali Setiap satu lalu ditingkatkan beberapa ratus lagi (tergantung kepada kemampuan). Juga amalkan hadiahkan Al-Fatihah kepada para Nabi, khalifah Al-Rasyiddin dan lain-lain lagi. Sekian, wassalah.
1. Ini merupakan kali kedua saya berdialog dengan pemerintah kerajaan Pajajaran, iaitu Prabu Siliwangi.
2. Kalau kita google image Prabu Siliwangi, kita akan melihat gambarnya yang berwatak garang dengan seekor harimau putih berbelang hitam yang sentiasa mengiringi potret wajahnya.
3. Hal ini menimbulkan ribuan pertanyaan, adakah Prabu ini berdamping dengan jin? ketika hidupnya. Sejarah mencatatkan bahawa Prabu Siliwangi ini sebagai seorang raja yang beragama Hindu tetapi rekod-rekod ini salah, ada juga rekod yang mencatatkan beliau sebagai seorang raja yang beragama Islam. Nah...catatan ini lebih tepat. Memang ia beragama Islam kerana pada pertemuan kami yang pertama dahulu, beliau sendiri bermohon kepada Allah untuk meminta jamin keselamatan dan dipermudahkan kesemua urusan kami khususnya cucunya.
4. Prabu memberitahu bahawa harimau tersebut merupakan kurniaan Allah kepadanya. Beliau merupakan seorang raja yang amat menyintai alam sekitar. Oleh kerana mendalamnya kecintaan beliau terhadap alam beserta makhluk-makhluk seperti haiwan, satu hari, tiba-tiba datang seekor harimau yang terus jinak datang kepada beliau.
5. "Harimau itu bukan golongan jin. Ia merupakan haiwan sebenarnya. Kami bersahabat, saya tidak pernah menunggang harimau tersebut sebagai tanda rasa hormat kepada haiwan ini," katanya.
6. Saya (Shahpaskal) menyatakan keinginan untuk rapat dengan alam haiwan, memandangkan saya sendiri suka haiwan dan hutan-hutan. Saya mempunyai impian, kalau orang lain suka ilmu-ilmu sakti, saya berfikir alangkah baik kalau saya dapat sahabat di kalangan haiwan, bisa bercakap dengan haiwan dan pokok-pokok, memahami bahasa alam dan tumbuhan, jadi saya tanyakan kepada Prabu, apakah petua atau ilmu yang boleh dikongsi.
7. "Hormatilah alam....sentiasalah hadiahkan Al-Fatihah kepada alam," katanya ringkas. Jawapan ini ringkas tetapi saya sudah mengerti maksudnya. Respect the nature, setiap sesuatu adalah makhluk. Mereka berzikir, mahupun haiwan, batu atau pokok. Semuanya adalah makhluk, kesemuanya mengeluarkan getaran dan getaran ini diterjemahkan sebagai kalimah syahadah.
8. Manusia ini adalah khalifah, tetapi kita selalu mementingkan diri sendiri. Kita tolak tanah, runtuhkan hutan, cemarkan air yang menjadi sumber kehidupan ribuan makhluk termasuk golongan jin
tetapi kita lupa mereka semua adalah makhluk Allah. Sebatang pokok mampu merasai sakit, ia juga rumah kepada serangga, burung, tupai dll. Kita selalu takut dan beranggapan bahawa golongan jin adalah musuh manusia sedang kan mereka juga makhluk Allah dan sentiasa memberi ruang kepada manusia yang mahu membuat pembangunan. Kalau kita memahami hakikat indahnya alam ini, saya fikir, satu hari nanti, tidak mustahil, jika manusia biasa mampu berkasih sayang dengan haiwan buas, as long wujud, rasa hormat.
9. Seterusnya saya bertanya, mengapa Prabu memohon kepada Allah untuk "menghilangkan" kerajaannya dari dunia nyata ketika kerajaan Majapahit mahu menyerang. Bukankah lebih baik berjuang dan mempertahankan tanahair? Kehilangan kerajaan Pajajaran ini menjadi polemik di Indonesia, ada orang yang mahu melihat secara lojik, beranggapan bahawa ia lenyap akibat diserang kerajaan lain.
10.Katanya, beliau berdoa dan memohon supaya kerajaan beliau dighaibkan kerana tidak mahu menyaksikan pertumpahan darah yang banyak disamping demi kesinambungan agama Islam itu sendiri.
11.Beliau tidak mahu orang di Jawa berfikir bahawa Islam itu disebarkan dengan mata pedang.
12.Akhir pesan beliau kepada anak-anak muda yang berhimpun dalam sesi kali ini, "Berpeganglah Pada Rukun Iman dan Jagalah Tauhid", jangan sampai menjisimkan Allah dan menyamakan Tuhan dengan makhluk.
13.Ok Sekian sahaja artikel kali ini, sebenarnya banyak, saya sudah lupa apa yang kami bualkan.

1 comment:

  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    ReplyDelete

About

Popular Posts