Trending

Sunday, 25 December 2016

MENJAWAB KONTROVERSI TAWASULAN


MENJAWAB KONTROVERSI TAWASULAN..
Oleh Sahabat Shahpaskal
1. Mungkin banyak yang mempertikaikan akan beberapa hal yang terkait dengan tawasulan yang berbicara dengan roh dalam artikel kebelakangan ini khususnya ditulis oleh tuan tanah. Ada kata bodo laa, ada kata mengarut laa..
2. Sebenarnya, saya hanyalah nak berkongsi sedikit serita-cerita dibelakang tabir ghaib yang mungkin hanya segelintir dari kita yang tahu. Saya hanyalah individu yang menjemput para ghaib ini hadir dan selebihnya diserahkan kepada sahabat-sahabat saya untuk meneruskan bicara. Nanti kalau saya yang tulis, bias lak..
3. Kat sini, sukalah saya sarankan kepada yang berminat nak buat sendiri vetting processnya agar apakah benar perihal yang dinukilkan. Makanya, bagi yang belum arif tu, saya tunjukilah sikit tatacara macamana nak mengsahihkan cerita terbabit dengan memohon secara langsung kepada ALLAH SWT agar dipertunjukkan klunya.
4. Tatacaranya seperti berikut dengan masa terbaiknya nak lakukan sama ada waktu awal dhuha atau lewat malam.
5. Kita mulakan dengan sholat taubat, mohonlah ALLAH SWT ampuni sebarang dosa-dosa kita baik dosa lintasan hati kita, luahan lisan atau perlakuan anggota kita. Mohonlah janganlah ALLAH SWT jadikan dosa-dosa kita sebagai penghijab dari kita menerima rahmat-Nya dan juga redho-Nya.
6. Kemudian ikutilah dengan berastaghfirullah sebanyak 1,000 kali atau gandaannya. Mengapa gandaan 1,000 kali..? Mengapa pulak pahala amalan malam Lailatul Qadar adalah 1,000 bulan..? Carilah sendiri jawapannya…
7. Langkah ke-dua, kemudian buatlah sholat hajat agar ALLAH SWT menerima permohonan kita untuk petunjuk-Nya yang bakal kita lakukan dalam sholat istikharah berikutnya.
8. Buatlah tertib dengan bacaan ayat lazim mengikut kemampuan kita. Kan ramai kita ni dah mendalam ilmunya.. Kemudiannya kita susuli dengan wirid shahadah juga jumlahnya seperti di atas (1,000 kali). Tentu tahu kan wirid shahadah tu
apa..?
9. Langkah ke-tiga, kita bangun kembali dan lakukan sholat istikharah dengan kita kemukakan permohonan kepada ALLAH SWT untuk petunjuk apakah yang tertulis dalam page Shahpaskal ini ‘benar’ dari segi pokoknya atau tidak. Kemudian kita ikuti dengan salawat kepada Rasullullah SAW juga sebanyak yang di atas (1,000 kali).
10.Salawat ni penting kerana tanpa salawat tak terangkat doa dan permohonan kita. Ia juga mengesahkan dari siapa sanad sholat kita buat tadi. Kan rukun-rukun sholat tak ditulis dalam Al-Quran kerana sholat ini diwatikahkan secara langsung oleh ALLAH SWT kepada Rasul kita.
11.So, saya harap tertib ni dapat menjawab persoalan apakah benar apa yang tertulis kat dalam page Shahpaskal. Keseluruhan tertib tu tak lama mana pun, kurang 3 jam selesailah. Sebaik-baiknya lakukan selama tiga hari berturut-turut. Kang tanya lak mengapa tiga kali.. Kan banyak benda kena tiga hari termasuklah bilangan talak.
12.Harus diingat, saya katakan ‘pokok’nya yang penting dah dicerikan, gitu pun mungkin ada beberapa hal kecil tak ditulis atau tak sempat di’capture’kan.. Yang khilaf kecik-kecik ni, maafkan kami.. Sekian, wassalam..


1 comment:

  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    ReplyDelete

About

Popular Posts