Trending

Sunday, 25 December 2016

LAPISAN GHAIB DALAM KEHIDUPAN KITA


LAPISAN GHAIB DALAM KEHIDUPAN KITA.
Oleh Sahabat Shahpaskal
1. Ada beberapa teman yang berhajat benar nak jumpa saya melalui perantaraan orang-orang tertentu yang kenal saya. Ada ramai yang saya tolak, tapi beberapa orang tu saya jumpalah.
2. Rata-rata yang jumpa nak tanya status diri mereka dan juga misteri ghaib yang menyelubungi mereka. Ada yang cakap, ada atoknya datang dan tak kurang juga lembaga-lembaga aneh. Emm… Macam best aje.
3. Kerana nak layan keterujaan sahabat yang datang ni, saya akurlah. Tapi rata-ratanya masalah mereka tu kecil saja iaitu ada ilmu warisan dari nenek moyang mereka. Cakap mudah, nenek moyang mereka dulu ada kawan pendamping. Cakap kasar, ada saka.
4. Saya cuba mudahkan tulisan ni untuk kefahaman kita. Umumnya, kita ni hidup diselubungi empat lapisan. Nak mudah lagi, kita namakan saja sebagai dimensi.
5. Dimensi pertama adalah apa yang kita ada sekarang. Kita nampak, kita sentuh, kita makan dan berbagai lagi yang kesemyanya adalah normal bagi seorang manusia
6. Dimensi kedua pulak adalah dimensi alam jin. Di dimensi ini, pancaindera kita dapat berinteraksi dan bertindakbalas dengan masyarakat yang berada di lapisan alam jin. Ramai orang memiliki kebolehan ini baik yang putih atau hitam. Terserahlah..
7. Jadinya.. Ia tak semestinya seseorang itu mesti Islam saja yang nampak. Banyak kes yang bukan Islam juga dibuka hijab pancainderanya oleh ALLAH SWT untuk nampak. Ini termasuklah para dukun, tok sami dan ramai lagi perawat non-muslim. Kalau orang Islam, tu biasalah..
8. Dimensi ketiga pulak adalah alam roh. Di dimensi ini pancaindera kita boleh berhubung dengan alam roh. Tak kiralah sama ada roh itu roh atok nenek kita atau sesiapa asalkan ia orang Islam.
9. Roh orang bukan Islam, dah tah ke mana hala dah kena heretnya…Tu pasal yang bukan Islam ni, lazimnya agak kabur kerana roh bukan Islam telah menjalani proses di alam kubur. Roh orang Islam pulak lazimnya seksaan kubur ditangguhkan atas safaat Rasullullah SAW.
10.Dalam dimensi ketiga ini juga terdapat banyak lapisan. Kalau orang biasa-biasa, rohnya mudah di’hubungi’. Manakala roh para wali dan ahli warak yang berdarjat, kena lalui banyak tapisan. Kena ukur dulu baju dibadan sendirilah, kalau diri masih dicemari noda, alamatnya sulit sekali nak berhubung dengan mereka.
11.So, jangan buat tak senonoh yekk.. Depa nampak.. Sebab tu selalu kita dianjurkan melaksanakan tahlil arwah dan juga ziarah ke makam. Bukan ziarah nak berjoget atau sembah-sembah, cukuplah datang hadiahkan Al-Fatihah.
12.Sapa-sapa yang boleh masuk ke alam dimensi ketiga ni, hebatlah… Roh dan tubuh mereka dah menyatu dengan alam sana. Mereka ni orang biasa yang berada di alam kita, macam kita.. Cuma bila mereka ni masuk ke bilik peribadi untuk berwirid, pergilah tengok selepas setengah jam, tubuh mereka pun dah ghaib..Alih-alih mereka ni muncul semula.
13.Dimensi terakhir yakni dimensi ke empat pulak adalah lapisan para Nabi. Yang ni amat sedikit yang saya ketahui manusia biasa yang dapat menembusi pintu ghaibnya.
Jadi, sekadar nukilan ringan-ringan.. Itulah kehidupan kita yang penuh keajaiban yang diberikan Tuhan. Wassalam..

1 comment:

  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    ReplyDelete

About

Popular Posts