Trending

Sunday, 25 December 2016

PEWARIS SULTAN MELAKA


PEWARIS SULTAN MELAKA… ADA LAGI KE..?
Oleh Sahabat Shahpaskal
1. Soltan Melaka kena tangkap…? Emm.. Dua-dua lawak. Yang mengaku Soltan memanglah lawak sebab berangan kot nak gambarnya ada kat setem pos Melaka.. Yang menangkap juga tak kurang lawak, dah tau benda tu karut, anggap sajalah tuan punya badan mentalnya kurang betul. Yang kena tipu dek soltan lawak ni juga anggaplah tahap daya fikirnya dah terminal, dah tak bercantum sel-sel otak sebab dah kena lawak.. Last-last semua jadi pelawak..
2. Saya sebenarnya tak kenal pun calon-calon pewaris Kesultanan Melaka sekarang ini atau pernah pun terlibat dan juga tak ada sekelumit hasrat nak terlibat dalam mencari siapakah pewaris Sultan Melaka yang kesultanannya dikuburkan oleh penjajah Portugis lebih lima dekad dulu.
3. Bukanlah kerana saya bukan orang Melaka, saya tak sayangkan warisan daulat Raja Melayu Melaka ini. Tetapi saya terbelenggu dengan realiti yang saya ada pengetahuan tentang hal pewarisan ini dah lama dah tetapi malas nak ambil port sangat kerana pengetahuan saya agak menongkah arus berbanding pendapat khalayak ramai sekarang.
4. Sebagai menunjangi prinsip keilmuan, saya kongsikan sikit perihal pewarisan Raja Melaka ini dalam perspektif alam sebelah. Ia agak straight forward je tanpa keluk lengkuk ke sana ke sini. Tak payah mengaku-aku bahawa "akulah" pewarisnya, pewarisnya dah jelas kat alam sebelah. Calon-calon memangnya tak wujud - sebab… Sila teruskan membaca tulisan ini…
5. Kita semua tahu Sultan Mahmud (almarhum) meninggalkan Melaka dengan separa-sukarela demi menjamin kesinambungan keturunan beliau dan juga jiwa rakyatnya terpelihara dari terus di bunuh oleh penjajah. Ada perjanjian iaitu penjajah tidak boleh menyebarkan agamanya melebihi kawasan kota yang dirampas.
6. Serta penjajah juga tidak boleh membawa pulang harta-harta sah milik Kerajaan Melayu Melaka kerana ada sumpahan. Begitu pun, bab harta ini, Portugis cuba juga hantar pulang ke Portugal namun agak kecewa kerana tak dapat banyak barang berharga. Yang dah dibawak naik kapal pun kapalnya tenggelam. Sumpahanlah katakan.
7. Last-last Portugal kini jadi negara ekonominya sakit tenat yang dikiaskan ‘Kumpulan Negara Pigs’ iaitu Portugas, Italy, Greek dan Sepanyol… Negara yang zalim menjajah tanah-tanah Islam suatu masa dulu. Malaysia pulak…? Sendiri tahu, sendiri mau ingat bro…
8. Bab waris ni.. Waris yang sah hanyalah ada seorang saja pada tiap masa. Ia adalah dari jujukan keluarga yang sama yakni oyang turun ke atuk, atuk turun ke bapak, lalu turun ke anak dan ke cucu dan seterusnya. So, kesimpulannya, waris yang sah dah memang ada turun-temurun siap dan terpacak lagi tu. Tak yah klaim itu klaim ini.
9. Mesti ada pulak yang tanya, kalau generasi sekian-sekian tu tak ada anak lelaki, macam mana pulak..? Emm.. Kalau ada redho ALLAH SWT, maka okey aje.. Ada buktinya.. Dan insha Allah ianya akan berterusan ke akhir zaman, walaupun tak terzahir kesultanannya di mata rakyat kebanyakan tetapi di alam sebelah, ianya diperakui.
10.Tuan punya badan tu memang dah terang-terang tahu yang dia adalah pewaris kerana warisan ini diamanatkan dengan baik dari satu generasi ke satu generasi. Digambarkan.. Cerdik orangnya, agak lebih berumur dari saya dan seorang yang tebal ilmu agamanya serta ada pengetahuan dalam hal-hal ghaib.
11.Orangnya kat mana..? Haa… Yang ni payah saya nak cakap sebab belum jumpa lagi (tak mahu jumpa pun…), cuma dikhabarkan dan dapatlah saya wajahkan sikit-sikit orangnya.. Secara jujurnya, tidak ada mana-mana sedara atau adik-beradiknya yang tahu dia adalah pewaris. Yang tahu nanti, anaknya bila saat dia nak meninggal dan akan diwasiatkan hal ini. Tapi kalau dah dizahirkan masa kita hidup ni, rezeki kitalah nengoknye ditabalkan..
12.Pewaris ni ada daulat tak..? Ada.. Mungkin tak keterlaluan kalau saya cakap beliau dah cukup syarat dianggap wali kecil. Macamana pulak yang dok sibuk sekarang ni pasal orang tu orang ni waris yang layak jadi Sultan..? Kalau tanya saya, jauh panggang dari api.. Maap yaa saya cakap terus terang..
13.Umumnya.. Pewaris ini akan dibekalkan oleh moyangnya ‘suatu’ barang fisikal yang istimewa lagi berdaulat. Barang berdaulat ni dah tentu ada khodam istimewanya, bukan sembarangan khodam. Sebab si dia juga akan jadi Sultan untuk kalangan ghaib. Tujuan keistimewaannya ni adalah untuk memberikan bukti bahawa si dia adalah lain dari yang lain. Tapi bukan keris Taming Sari. Keris ni dah ada orang lain buat booking…!
14.Mesti ni jadi kontroversi, macam cerita piramid hinggakan ada orang tu siap pergi ke Kelantan dan Terengganu lagi katanya nak cari piramid Melayu.. Lepas tu gebang satu Malaya cerita piramid tu tipu.. Bro, hang ke laut sangat dah tu…Janganlah jadi seperti kiasan nelayan sungai menduga bapak kertang di laut dalam.. Maaf ye bro.. Jadi aktivis budaya udah laa… Tak yah lah masuk gelanggang orang, pastu tembak orang tu tembak orang ni walhal hujung pangkal pun tak tau..
15.Berbalik pasal Pewaris Melaka. Pertama, si dia mestilah bernasab langsung dari Sultan Mahmud (almarhum) dan bukan lah sekadar cicit-cicit Tun itu Tun ini atau Berndahara itu Bendahara ini. Darah birulah katakan..
16.Selain itu, si dia mampu menerima amanah uruskan harta berbilion Ringgit yang tersimpan di Pulau Nangka dan
beberapa tempat lagi di sekitar tapak lama kota Melaka. Bukan mengambil-semula ya.. Sebab yang akan mengambilnya nanti orang lain, bukan si waris ni. Cuma si waris ni adalah penerima atau kata orang sekarang, penerima titipan amanah. Habis, si Ramli tu tak nak ke harta-harta ni..? Kompom la dia tak nak… Kalau tak dia yang dulu rembatnya.. Inilah yang dikatakan yang punya hak tetap punya hak..
17.Hemat saya, harta kat Pulau Nangka tu bernilai lebih 30 Bilion Ringgit pada harga semasa. CM, Pls take note yaa…Ko pulun lah Pulau Nangka tu sampai botak rata, takkan dapat hartanya melainkan ikut susur-warisnya.. Kalau betul aturannya, barang ni naik sendiri, tak payah nak gorek-morek bagai..
18.Harta ni, jumlahnya cukup biayai bajet Kerajaan Melaka untuk kira-kira 80 tahun berdasarkan bajet tahun 2017 yang berjumlah RM350 juta tanpa mengambil-kira kenaikan kos perbelanjaan tahunan seperti gaji dan inflasi ke atas projek pembangunan. Tapi tu pada andaian kebocoran sifar.. Andaian yang amat mustahil terjadi melainkan semua pemimpin kat Melaka jadi warak sewarak-waraknya.
19.Tetapi kena ingat, kenaikan kos boleh ditanggung pulak oleh janaan keuntungan simpanan sebab harta ni dapat sedebuk..! Dengan pulangan 5.0% setahun dari jumlah RM30 bilion, setahun dapat RM1.5 bilion.. Wow kayoo sedara seMelayu-Islamku kat Melako…
20.Dengan itu juga, untuk memanfaatkan jumlah harta sebanyak ini, mungkin satu pungutan suara boleh dibuat oleh rakyat Melaka sama ada mahu mempunyai kembali seorang sultan atau tidak. Ni harta berdaulat yang pernah dizahir dan dipegang manusia, bukan sekadar harta angan-angan milik Ahmad Albab.
21.Macamana pulak kalau tak nak ada Sultan… Kalau tak nak ada Sultan semula, mungkin harta-harta ni terpendamlah untuk seterusnya. Kalau dah zahi pun dan sekalipun dah digudangkanr, pasti harta-harta ni pulang ke resting place nye..Macam harta yang naik pesawat hilang dulu tu, dah balik pun ke lubang asalnya di selatan tanahair.. (jangan tanya detailnya yaa..).
22.Jika rakyat Melaka nak berSultan, dah tentulah banyak gubalan dan pindaan undang-undang kena dilakukan. Mungkin sukar tapi tak mustahil… Jika di situ ada redho ALLAH SWT, tiada kuasa yang mampu mengatasi kehendak-Nya..
23.Sebenarnya banyak tinggalan berharga di tapak kota Melaka. Kerana kekangan undang-undang khususnya peruntukan dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 berkaitan harta karun yang tidak bersifat menang-menang dengan pencari harta antik, maka tak ramai yang hati kering nak mencuba.
24.Apa-apa pun, warisnya kena buka laluan dulu barulah orang luar boleh usahakan. Kalau tak, bila kita scan, kosong aje.. Walhal berlambak tu terutama duit syiling lama. Ada yang nak cabar ke..? Silakan… Saya duk tepi tumpang tengok.. Tapi kalau ada orang bertaruh dan gomen bagi blanket imunity yang hasilnya gomen ambil 30%, baki 70% saya punya.. Emm.. Menarik untuk dicuba tu..
25.Macamana pulak dengan Ramli Pulau Nangka..? Haa…Pastinya orang berbeza tetapi dua individu ni (bakal Sultan Melaka dan Ramli Pulau Nangka) boleh berkerjasama.. Maksud kerjasama di sini ialah, Ramli Pulau Nangka yang akan keluarkan harta Sultan Mahmud tu dan diserahkan kepada waris ni untuk rakyat Melaka rasai manfaatnya.. (Ramli Pulau Nangka ni lah yang akan memandi-tabalkan waris ni sebagai Sultan).
26.Sat lagi adalah pulak akta baru yang mana menjadi kesalahan bila sebut nama Sultan Melaka… Tak apalah.. Biarlah rakyat Melaka yang tentukan bila tiba waktunya.. Sejauh mana saya optimis akan hal ini…? Bagi saya, ianya melampaui keraguan … atau kata lain,percentagenya melebihi paras ambang untuk markah A+ dalam SPM.
27.Harap-harap lepas ni Tuan Shahpaskal janganlah diperangi oleh para pengklaim-pengklaim Sultan ni. Kesian kat dia, dia tukang tampal saja while saya pulak hanya tukang report.
28.Oh yaa…Ternampaklah pulak.. Cantik-cantik nye duit syiling Melaka ni.. Banyak pulak tu.. Berselerak kat tepi sungai di bawah bukit St Paul.. Ada nampak tak..? Kalau tak ada, buat-buatlah ada..


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts