Trending

Sunday, 25 December 2016

SELAWAT KE ATAS RASULLULLAH SAW DAN HUBUNGANNYA DENGAN HAL GHAIB


SELAWAT KE ATAS RASULLULLAH SAW DAN HUBUNGANNYA DENGAN HAL GHAIB
Oleh Sahabat Shahpaskal
Nota Tuan Tanah (Bukan nota penulis) -- Dalam artikel ini juga ada menyentuh hal tawasul. Bila cakap hal tawasul, mesti dalam kepala orang terlintas satu perkara iaitu Menyeru Ruh secara jampi serapah. Dalam artikel ini dijelaskan bahawa tawasul adalah memohon izin Allah dan mengambil berkat Rasulullah. Kalau diizinkan Allah, semua benda boleh jadi dan tidak ada yang mustahil.
1. Semua kita telah, sedang dan akan berselawat ke atas Rasullullah SAW. Banyak yang dah tahu malah lebih mendalam ilmunya dari saya dalam bab selawat ni.
2. Tapi tak apa, kita refresh minda kita sikit-sikit bab pengenalannya. Lepas tu baru kita pergi ke bab kaitan alam sebelah. Selawat ni berasal dari bahasa Arab yang kata dasarnya sholat yang bererti doa atau pujian.
3. Ada selawat malaikat (doa memohon tambahan gandaan pahala dan keampunan) dan ada selawat orang mukmin iaitu berdoa memohon supaya ALLAH SWT limpahkan rahmat, menambah kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.
4. Ada pun selawat dari ALLAH SWT kepada hamba-Nya adalah yang berupa limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemuliaan
dan keberkatan dari-Nya.
5. Setiap kali kita dengar khutbah dalam sholat jumaat, pasti ada satu hadis femes Dari Anas bin Malik ra yang memetik sabda Rasullullah SAW yang ertinya “Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka ALLAH SWT akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (disyurga kelak)” - HR An-Nasa’I No.1297, Ahmad, sahih.
6. Hukumnya berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib dan sebahagian dari sholat kita iaitu di Tasyahud
(tahiyyat) akhir. Cara bacaan selawat pula yang paling afdal adalah sepertimana kita lakukan dalam sholat ini hinggakan diijmak para ulama bahawa kalau kita bernazar untuk berselawat kepada Nabi SAW, tak akan terlepas nazar melainkan selawat seperti dalam sholat tadi.
7. Walaupun secara umumnya ada 8 riwayat cara-cara bacaan selawat,tapi yang paling ringkasnya sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah seperti selawat di dalam tahiyyat seperti dinyatakan di atas (“Ya ALLAH Tuhan kami, selawatkan lah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya”). Hadis sahih An-Nasa’I 1292.
8. Selebihnya, kita kena kajilah sendiri. Rajin-rajinlah buka kitab dan bertanya guru yang berkelayakan. Sekarang kita tinjau kaitannya dengan perihal ghaib.
9. Kita juga telah diajar selepas selawat kepada Nabi SAW, kita disaran sambung dengan selawat kepada Nabi Ibrahim sa dan keluarganya sebagaimana sabda Nabi SAW (dari Ka’ab bin Ujrah RA, HR Bukhari dan Muslim).
10.Selawat gabungan ini adalah selawat bersifat tawassul yakni kita memohon ALLAH SWT memuliakan dan memberkati Nabi Muhammad SAW (serta keluarga / keturunannya) sepertimana Dia memuliakan dan memberkati Nabi Ibrahim as (serta keturunannya).
11.Bab tawassul ni, sila rujuk tulisan saya yang lepas. Seperti diajarkan kepada saya, banyak pengertian tawassul hari ini yang agak jauh dari yang diajarkan. Last-last kita pun terkeliru walhal Rasullullah SAW dah ajarkan cara-caranya. https://cintai-ulama.blogspot.my/…/arti-tawasul-dan-hukum-t…
12.Okey, kita move on. Siapakah keturunan Nabi Ibrahim as…? Dan siapa pula keturunan Nabi Muhammad SAW..? Bolehlah
baca kat sini sebagai rujukan mudah
13.Hari ni, kita terlalu teruja bila seseorang itu diawali gelaran keluarga yang bermaksud dia adalah keturunan Rasullah SAW. Malah ada yang mengaku terang-terang yang dia adalah keturunan dari Al-Hassani atau Al-Husseini.
14.Apa makna ini semua dan kaitannya dengan selawat..? Kita tahu yang selawat itu merangkumi kaum keluarga Rasullullah SAW dan juga keturunan Baginda. Jadi mereka-mereka ini termasuk dalam selawat (doa) kita semua yang jadi ummat Muhammad SAW.
15.So, sesiapa yang darahnya ada bernasabkan kepada Rasullullah SAW, berwaspadalah. Kalau masih melakukan
kemungkaran terutama yang besar-besar maka teerbuktilah mereka ini telah menderhaka kepada amanah yang mana semua umat Islam doakan setiap akhir sholat.
16.Bila dah derhaka, maka malanglah keseluruhan masyarakatnya akibat tercabutnya rahmat dan redha Allah SWT.. Tu
pasal, kadang-kadang nak tergelak juga, pangkal nama bukan main lagi bercirikan keturunan Rasullulah SAW tapi hakikat
perangainya… Tuhan saja yang tahu.. Mujurlah saya tak ada title macam tu tapi bukanlah pulak ertinya dapat pasport untuk
buat tak senonoh.
17.Selawat ni juga boleh digunakan dalam doa untuk penyembuhan penyakit. Cukup mudah, mohonlah ke hadrat Illahi dengan bersandarkan kemakbulan doa Rasullullah SAW agar doa kita juga dimakbulkan-Nya (seperti mana termakbulnya doa Baginda) Walaupun mungkin tak sembuh sekalipun, doa dan selawat ini mengajar kita lebih dekat dengan Pencipta kita dan Rasul-Nya.
18.Sementara tu, Kalau terjumpa makhluk jin, lafaz selawat juga boleh digunakan untuk test ke-Islaman mereka. Ia sama seperti salam (lihat tulisan sebelum ini). Kan zaman Rasullullah SAW dulu, kalau berperang dengan golongan musyrikin, bila ada yang memberi salam maka tentera muslimin tak dibenarkan mengapa-apakannya apatah lagi membunuhnya.
19.Sebab itulah juga sesiapa yang memberi salam dan berselawat secara sukarela ni ditakrifkan telah menerima Islam. Andai tetiba dia bertindak sebaliknya selepas itu (ertinya murtad), maka hukumannya adalah nyawa kerana ia telah ‘berhutang nyawa'.
20.Ertinya kerana nak selamat nyawa, ia berpura-pura masuk Islam tetapi sebenarnya palsu. Tu pasal para jin tak sewenang-wenangnya mengaku (menerima salam dan berselawat).

1 comment:

  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    ReplyDelete

About

Popular Posts