Trending

Sunday, 25 December 2016

CONSPIRASY OF THREE JEBAT TUAH AND SULTAN


CONSPIRASY OF THREE-JEBAT, TUAH AND SULTAN (THE TRUTH BEHIND PERTIKAMAN)
Oleh Gang Shahpaskal (Shahpaskal aka Isaac Imanan, Sahabat Shahpaskal, Kerol Jumper and Zarissa Zuha Zam).
1. Sejarah Empayar Melaka ini banyak yang hilang, teks-teks mengenainya seperti yang ditulis oleh Tun Seri Lanang atau Musyi Abdullah juga hanya dikumpul dan disalin semula selepas lebih kurang 200 tahun. 200 tahun sejarah sudah banyak berubah, ditokok tambah atau ia masih fakta yang betul cuma orang tidak tahu kisah sebenar.
2. Akhirnya selepas lebih kurang 600 tahun, fail sulit yang membabitkan konspirasi peringkat tertinggi di antara Hang Jebat, Hang Tuah dan pemerintah Melaka, Sultan Mahmud Syah dibuka oleh Gang Shahpaskal untuk tatapan umum. Ia merupakan konspirasi yang terhebat belum pernah dicatatkan sejarah dan hanya dibuka oleh mereka yang terlibat melalui usaha Tawasul.
3. Artikel ini ditulis selepas kami menemuramah watak-watak yang terlibat khususnya kedua-dua pahlawan di atas, dan kemudian membuat pemeriksaan silang (cross check) dengan tiga saudara mereka yang lain iaitu Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi. Jarak hubungan dan temuramah yang dibuat ke atas watak-watak ini adalah dalam tempoh lebih kurang sebulan, sebagai penulis, saya perlu memahami sedikit sebanyak psikologi watak terkait, elemen penyiasatan dan objektif serta matlamat kepada sesuatu konspirasi.
4. Pendek kata, otak penulis yang digarap dengan ilmu akal, kena "sharp" dan memori kena sentiasa dikemaskini. Mengapa saya kata demikian...kerana dari dulu saya memang berfikiran, agak mustahil, Hang Tuah akan membunuh sahabat baiknya , sedangkan beliau merupakan panglima perang yang terkenal dengan kelicikan akal...sudah pasti beliau mampu berkonspirasi dengan Hang Jebat bagi mencari jalan lari yang terbaik.
5. Hang Jebat lahir di Kampung Duyung, berkahwin dengan orang Melaka dan mempunyai seorang anak lelaki tetapi bukanlah, namanya Hang Nadim. Bab anak ni, Hang Jebat tidak mahu menghuraikan lebih lanjut, wajahnya kesedihan. Bagi saya, Hang Jebat merupakan seorang patriotik. Sifatnya ibarat "jenis main langgar, walaupun di depan itu, gunung". Jiwa "Rebel".
6. Tawasulan ini dibuat oleh Sahabat Shahpaskal, saya cuma jadi detektif. Kami kemudian menghantar Kerol Jumper untuk melihat memori alam. Terbukti, Hang Jebat erupakan seorang lelaki Melayu yang setia, amat merendah diri (pakaiannya biasa-biasa sahaja macam orang kampung), amat tangkas bermain silat dan senjata, bezanya, Hang Tuah agak taktikal dan berfikiran panjang.
7. Pertempuran Hang Jebat dan Hang Tuah sebenarnya merupakan pakatan antara kedua-dua sahabat itu dengan guru serta pemerintah mereka iaitu Sultan Mahmud Syah. Konspirasi ini terjadi disebabkan, sudah timbul FITNAH bahawa Sultan Mahmud banyak dipengaruhi serta lebih mendengar kata kelima-lima sahabat tersebut sehingga mengenepikan peranan menteri atau pegawai negeri lain. Ini menimbulkan hasad dengki dan perpecahan.
8. Sultan Mahmud harus berbuat sesuatu memandangkan beliau sudah mendapat "ilham" dari Allah bahawa negerinya akan diancam perang, kesetiaan dan perpaduan di kalangan rakyat Melaka harus diselamatkan.
9. Maka, pada saat tiba, Hang Jebat mula berlakon "amukan" di dalam istana Melaka, habis semua menteri bertempiaran lari. Lakonan ini tidaklah sampai mengorbankan nyawa. Orang Melayu dahulu dididik dengan iman yang tinggi, bukan sesuka hati mahu mengorbankan nyawa orang. Hal ini kemudian disampaikan kepada Sultan, baginda menitahkan Hang Tuah mengadap Jebat. Seperti mengikut skrip yang sudah dikarang, Hang Tuah bergegas ke istana.
10."Pertempuran" tersebut dijadualkan berlaku selepas solat Duha. Para pengikut Hang Tuah dan penduduk Melaka menunggu di luar istana, pahlawan tidak terbilang itu kemudiannya, memasuki ruang istana. Seperti yang sudah dirancang, kedua-dua sahabat itu bersilat, suara jeritan ditinggikan. Pada hal, mereka berlakon.
11.Langsir tingkap istana diruntuhkan, supaya penduduk Melaka dapat menyaksikan pertempuran. Orang ramai yang berkumpul, bertambah. Sebaliknya, di dalam istana, jika ada masa, kedua-dua sahabat ini berbual kosong, masing-masing menangisi nasib yang bakal mereka hadapi selepas ini? Adakah mereka akan berjumpa, bertanya khabar, berpencak silat....? selepas lakonan ini tamat.
12.Hang Jebat memberitahu saya, mereka berlakon selama 2 malam, tiga hari. Keadaan ini menjadi lama disebabkan Hang Tuah sedang mencari peluang bagi membolehkan Jebat melarikan diri, disebabkan terlalu ramai orang yang berkumpul disekeliling istana bagi menyaksikan perhitungan tersebut.
13.Mereka cuma makan sisa makanan yang ada di dapur istana, ini ditampung dengan amalan zikir serta puasa. Selepas memasuki hari ketiga, pengikut Hang Tuah yang setia menunggu sejak hari pertama sudah mula tinggal sedikit. Peluang yang diintai untuk membolehkan Jebat melarikan diri tiba.
14.Dengan berbekalkan darah binatang yang diambil dari dapur istana. Hang Tuah keluar dengan membawa bantal panjang yang diselimuti dengan langsir istana. Darah binatang ditompokkan. Ia mendokong bantal tersebut seraya memangku jenazah sahabatnya.
15.Menjelang magrib, apabila petang beransur gelap. Hang Tuah membuka seluasnya pintu istana. Perabot dalam balai rong bersepah. Pengikut Hang Tuah dan penduduk Melaka yang berada disekeliling mula berlari dan berkumpul di hadapan istana. Peluang ini diambil oleh Jebat, sepantas kilat, Jebat melompat keluar dari tingkap belakang istana.
16.Berlinang air mata Jebat, bagai disayat pisau hati pahlawan tersebut, kecewa disebabkan FITNAH, dan kerana itu, demi cintakan tanah air, beliau korbankan kepentingan diri, berpisah dari guru (Sultan Mahmud Syah) dan sahabat baiknya, Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu.
17.Tetapi Allah Maha Adil, orang yang teranianya tetap terbela. Nama Hang Jebat terus harum dan wangi dipelihara Tuhan Yang Maha Esa. Tidak menjadi bahan celaan.
18.Sepantas kilat beliau balik ke rumahnya, isteri dan anaknya sudah siap berkemas...mereka sekeluarga lari membawa diri, menuju ke utara tetapi saya tidak pasti utara Melaka kah atau Perak.
19.Pada masa yang sama, Hang Tuah memberi amaran kepada penduduk Melaka dan orang-orangnya yang berkumpul bahawa dirinya sudah amat terluka disebabkan kehilangan sahabat baiknya. Tidak ada seorang pun yang akan menguruskan jenazah Hang Jebat kecuali beliau sendiri. Maka, tidak ada sesiapa pun di kalangan orang bernyawa di situ yang berani mempersoalkan keputusan Hang Tuah.
20.Nah.....600 tahun kemudian. Hang Jebat berdiri di mata ghaib Sahabat Shahpaskal dan Kerol Jumper. Kisahnya akan ditulis semula oleh saya. Selepas berpuluh tahun, selepas mendengar kisah ini, pandangan saya terhadap Sultan Mahmud Syah, Hang Jebat dan Hang Tuah, berubah. Inilah sejarah sebenar. Pengorbanan.
21.Makam Hang Jebat bukanlah di tempat sekarang. Selepas beberapa tahun, beliau kemudian kembali ke Melaka. Kuburnya terletak berhampiran jalan, saya fikir mungkin di Kesang, Melaka.
22.Saya menamatkan catatan saya dengan hadiah Al Fatihah kepada Sultan Mahmud Syah, Hang Tuah dan Hang Jebat. Artikel ini ditulis dengan jujur dan bersesuaian dengan amanah yang dipikul oleh saya.


1 comment:

  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    ReplyDelete

About

Popular Posts