‘Usik-usik jadi rapat’ – Uqasha Gembira Usaha Rapatkan Fattah Dan Fazura Berjaya Sehingga Mereka Bertunang
KUALA LUMPUR: Pelakon Uqasha gembira usahanya merapatkan Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin berjaya memutikkan bibit cinta, seterusnya membawa pasangan itu ke alam pertunangan.
Uqasha atau nama penuhnya, Nik Zaris Uqasha Senrose, 24, berkata pada awal penggambaran drama Hero Seorang Cinderella (HSC), Fattah dan Fazura yang melakonkan watak utama agak ego serta banyak membuat hal sendiri.
Melihat situasi itu, Uqasha berusaha mendekatkan mereka berdua tetapi tidak menyangka Fattah dan Fazura saling jatuh cinta.
“Ketika awal penggambaran drama itu, mereka agak ego. Jadi, saya cuba usik-usik mereka untuk mendapatkan keserasian. Alhamdulillah, sejak itu saya lihat mereka mula rapat dan menjadi lebih akrab ketika menjalani penggambaran di Pulau Perhentian, Terengganu.
“Ketika itu, saya dapat berasakan bibit cinta antara mereka sedang berputik. Saya sangat gembira kerana akhirnya saya berjaya merapatkan hubungan mereka,” katanya.
Pasangan itu pada sidang media, petang semalam mengesahkan mereka mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu di kediaman keluarga Fazura di Petaling Jaya, Selangor, namun menepis dakwaan sudah bernikah sebelum berlepas ke Tanah Suci.
Mengakui terharu mendengar berita itu, Uqasha berkata, dia gembira apabila Fattah, 27, dan Fazura, 34, sepakat untuk hidup bersama kerana pada pandangan matanya, pasangan itu begitu secocok serta sangat romantik.
“Saya dan Fazura sudah seperti adik-beradik dan saya gembira melihatnya bahagia. Mereka berdua begitu romantis apabila bersama.
“Alhamdulillah, Fazura yang saya anggap seperti kakak sendiri dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaganya. Saya harap Fattah akan mencintai dan menyayanginya hingga akhir hayat,” katanya.
No comments:
Post a Comment