Saturday, 11 November 2017
Fahaman ini disebut juga sebagai Wahabi atau Wahabisme
WAHABI (Dalam Bahasa Arabnya: Al-Wahhābīyya الوهابية) atau Wahhabisme adalah satu fahaman atau aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain (Makkah dan Madinah) yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga Diraja Bani Saud yang memerintah negara Arab Saudi sejak tahun 1924 lagi. Wahabi bukanlah suatu mazhab akidah ataupun mazhab fikah. Ia adalah sama seperti Syiah iaitu satu Fahaman Eksrim.
Fahaman ini disebut juga sebagai Wahabi atau Wahabisme. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya. Gelaran ini telah diberikan oleh British dan Yahudi berikutan mereka melihat gerakan golongan ini ini mengancam kepentingan dan penjajahan mereka.
Kecenderungan puak-puak ini adalah menggelar-gelarkan orang sebagai satu alat memecah belahkan orang Islam. Selain mengganggap mereka sebagai pendokong wahabi, puak ini juga menamakan kumpulan gerakan mereka sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud "Satu Tuhan".
Dari sudut pemikiran agama Islam, golongan wahabi ini adalah berasaskan ajaran Imam Hambali (ahli sunnah wajamaah satu daripada imam mazhab yang empat) manakala rujukan akidahnya pula mereka terpengaruh dengan tafsiran Ibn Taimiyyah. Maknanya, faham Wahabi ini adalah sebagai pelapis yang memperjuangkan tafsiran fahaman Ibn Taymiyyah.
Di negara-negara seperti Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania fahaman wahabi begitu dominan.
Antara kepelikan dalam fahaman wahabi ini adalah seperti berikut:
1. Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana hadith nabi melarang membuat binaan di atas perkuburan. [1]
2. Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi. Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala.
3. Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah.[2]
4. Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
5. Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam hadith [3], terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
6. Melarang membaca qasidah.
7. Melarang melagu-lagukan al Quran.
8. Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.[perlu rujukan]
9. Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.[4] Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
Seorang kiyai terkenal di Indonesia, Sirajudin Abas, dalam ketika mengupas mengenai kefanatikan fahaman Wahabi dalam bukunya berjudul '40 Masalah Ugama', menyatakan bahawa antara perkara moden yang dibawa oleh pengikut wahabi di bawah pimpinan Muhammad Abdul wahab adalah seperti berikut :
1. Apabila mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) pengikut hendaklah menganut fahaman Ibnu Taimiyah.
2. Dalam melaksankan hukum fiqah (Fiqh) pengikut dibolehkan menampal-nampal Mazhab (Talfiq).
3. Rujukan mereka hanya dengan mengambil sumber al Quran dan Hadis yang kuat / jelas sahaja. Mereka tidak memerlukan ijma ulama dan qias. Kedudukan majlis Ijma' ulama' dan qias hanya sebagai alternatif jika sesuatu masalah itu diambil berdalilkan al Quran dan hadis.
4. Melarang keras umat Islam berdoa dengan Tawassul (Perantaraan) orang yang telah mati.
Tawassul yang dibenarkan ialah sebagaimana terdapat dalam al Quran dan hadis (yakni dengan asma' al husna, amal soleh dan doa orang yang soleh).
Labels:
agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About
Popular Posts
-
MANTRA UNTUK SEMUA JENIS JUDI AGAR MENANG. TANPA SYARAT TANPA PANTANG. Assalamualaikum Wr. Wb sahabat-sahabat yang aku hormati sem...
-
TAWASSUL WALI SONGO UNTUK MENDAPATKAN ILMU ASMA'. Assalamualaikum wbt wt....sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira dim...
-
RAJA DARI SEGALA RAJA SHOLAWAT. SHOLAWAT AL FATIH.. SAYYIDUSH SHOLAWAT. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahab...
-
VIRAL SEMULA DIMEDIA SOSIAL VIDEO BERDURASI HAMPIR SETENGAH JAM ADEGAN HENJUT ATIKAH SUHAIMI DAN IDRIS KHAS TERSEBAR MELUAS!! AWAS VIDEO ...
-
ASMA' SUNGE RAJEH LENGKAP. IJAZAH ASMA' RAJEH DIRAJEH. 2 Sanad. Assalamu’alaikum wr wb para sahabat-sahabat ahli Kampus seka...
-
KUNCI MEMANGGIL KHODAM DOA NURUN NURBUAT. DOA NURBUAT - NURUN NURBUWAH - CAHAYA KENABIAN. Itulah beberapa penyebutan doa ya...
-
AMALAN ILMU SYAHADAT GHOIB. CARA UNTUK MENEMBUS ALAM GHAIB. ILMU MERAGA SUKMA. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-...
-
Saya bawakan batu petir asli yakni item rare utk pakaian diri shbt shbt yg ikhlas dan yakin diri..inshaAllah Batu petir ini sanga t...
-
3 CARA MEMBUKA MATA BATIN. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di man...
-
Kenalan : Salam, ada ke cara ringkas contoh pengiraan kepingan atap genting untuk rumah ? Ambo : Wasalam, cara pengiraan asas yang amb...
No comments:
Post a Comment