Saturday, 11 November 2017
Maksud wali Allah
Maksud wali Allah.
بسم الله الرحمن الرحيم
Imam Hasan Al Banna memasukkan perbahasan tentang wali Allah dalam usul ke 13 bagi usul 20 mungkin kerana pada zaman beliau selalu timbul persoalan tentang wali. Bahkan persoalan yang sama mungkin masih berlegar di kalangan masyaralat pada hari ini.
Siapakah wali Allah?
Adakah karamah yang ada pada mereka thabit dengan syara' dan bagaimana kita berinteraksi dengan mereka?
Ini bagi mereka yang mahu kenal asal usul Usul 20.
“Auliya” ialah kata nama jama bagi “wali” yang bermaksud karib, pembantu, orang yang didampingi, atau orang yang dibantu.
Pembantu dengan maksud mereka yang menolong Allah SWT dengan beriltizam dengan agama-Nya.
Karib atau orang yang didampingi bermaksud orang yang hampir dengan Allah SWT dengan bersungguh-sungguh dalam ibadat, atau mereka yang dihampirkan kepada Allah kerana sering melakukan apa yang diperintahkan dan tidak pernah melihatnya melakukan perkara yang ditegah.
Orang yang dibantu bermaksud mereka yang ditolong oleh Allah kerana dia adalah wali-Nya yang mukmin, kerana Allah telah berjanji akan menolongnya.
Pengertian wali dari segi syara’ ialah orang yang sangat kenal Allah dan sifat-sifat-Nya, sentiasa mentaati Allah dan menjauhi maksiat semampu mungkin, dan menjauhkan diri daripada berlebih-lebihan dalam kelazatan dan keseronokan yang diharuskan.
“Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa. Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat..”Surah Yunus, 62-64.
Wali-wali Allah selalu dikaitkan dengan karamah.
Karamah menurut syariat ialah perkara luar biasa yang tidak disertai dengan dakwaan bahawa ia adalah Nubuwah dan muqaddimah ke arah itu, yang Allah zahirkan ke atas mereka yang sahih I’tiqadnya dan zahir kebaikannya.
Karamah pernah berlaku kepada para sahabat Nabi SAW.
Imam Bukhari ada meriwayatkan tentang kisah dua orang sahabat Nabi SAW pulang selepas menemui Nabi SAW di malam yang gelap. Bersama mereka seakan-akan ada dua pelita di antara dua tangan mereka. Apabila mereka berpisah, setiap seorang diiringi satu pelita, sehinggalah mereka bersua dengan keluarga. Dua orang ini ialah Usaid bin Hudair dan ‘Abbad bin Bisr.
Jumhur ulama ahli sunah berpendapat karamah itu suatu yang mungkin berlaku pada logik dan berlaku secara realiti.
Mereka berhujah dengan apa yang dinyatakan dalam Al Quran tentang kisah Sayidatina Maryam yang mendapat buah-buahan musim sejuk pada musim panas dan buah-buahan musim panas pada musim sejuk, walaupun tiada sesiapa yang memasuki kamar Sayidatina Maryam.
Begitu juga mereka berdalil dengan kisah Ashabul Kahfi iaitu tujuh orang pemuda Rome yang menyembunyikan diri di dalam gua untuk menyelamatkan iman mereka selama 309 tahun tanpa cacat cela.
Kasih kita kepada para wali dengan yang selayaknya selagi berada dalam batas-batas yang dibenarkan dikira sebagai taqarrub kepada Allah SWT.
Allahu a’lam.
Rujukan: Syarah usul 20 Imam Hasan Al Banna (Rukun Faham) oleh Dr. Ali Abdul Halim Mahmud.
Labels:
agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About
Popular Posts
-
MANTRA UNTUK SEMUA JENIS JUDI AGAR MENANG. TANPA SYARAT TANPA PANTANG. Assalamualaikum Wr. Wb sahabat-sahabat yang aku hormati sem...
-
TAWASSUL WALI SONGO UNTUK MENDAPATKAN ILMU ASMA'. Assalamualaikum wbt wt....sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira dim...
-
RAJA DARI SEGALA RAJA SHOLAWAT. SHOLAWAT AL FATIH.. SAYYIDUSH SHOLAWAT. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahab...
-
VIRAL SEMULA DIMEDIA SOSIAL VIDEO BERDURASI HAMPIR SETENGAH JAM ADEGAN HENJUT ATIKAH SUHAIMI DAN IDRIS KHAS TERSEBAR MELUAS!! AWAS VIDEO ...
-
ASMA' SUNGE RAJEH LENGKAP. IJAZAH ASMA' RAJEH DIRAJEH. 2 Sanad. Assalamu’alaikum wr wb para sahabat-sahabat ahli Kampus seka...
-
KUNCI MEMANGGIL KHODAM DOA NURUN NURBUAT. DOA NURBUAT - NURUN NURBUWAH - CAHAYA KENABIAN. Itulah beberapa penyebutan doa ya...
-
AMALAN ILMU SYAHADAT GHOIB. CARA UNTUK MENEMBUS ALAM GHAIB. ILMU MERAGA SUKMA. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-...
-
Saya bawakan batu petir asli yakni item rare utk pakaian diri shbt shbt yg ikhlas dan yakin diri..inshaAllah Batu petir ini sanga t...
-
3 CARA MEMBUKA MATA BATIN. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di man...
-
Kenalan : Salam, ada ke cara ringkas contoh pengiraan kepingan atap genting untuk rumah ? Ambo : Wasalam, cara pengiraan asas yang amb...
No comments:
Post a Comment