Pelakon Uqasha Senrose mengakui berasa hairan dan juga pelik apabila setiap apa yang dipamerkannya menerusi laman sosial akan dikecam oleh netizen.
Memetik Astro Gempak, Uqasha berkata dia sering menjadi sasaran kritikan peminat sejak menceburkan diri dalam industri hiburan.
“Apa sebenarnya salah saya kerana sering sahaja dikecam dan dihentam di media sosial.
“Saya juga hairan dengan tindakan sesetengah netizen yang tidak penat-penat mengecam dengan memuat naik komen-komen pedas di akaun media sosial saya.
“Boleh dikatakan dalam seribu komen yang diberikan netizen, hampir semuanya berbaur hentaman dan ada sesetengah itu mengaibkan saya.

Katanya lagi, dia sendiri sudah buntu untuk melakukan apa lagi demi menarik dan juga memenangi hati netizen.
“Sejujurnya saya tak tahu nak buat macam mana lagi kerana setiap perbuatan saya pasti dikecam dan ia seolah-olah menunjukkan ramai sangat yang tidak sukakan saya.
“Bahkan isu buka tudung dua tahun lepas pun masih dibangkitkan semula dan saya berharap agar netizen dapat memberi ruang kepada saya dengan menilai hasil kerja saya,” katanya.
No comments:
Post a Comment