Trending

Tuesday, 7 November 2017

TINGGALKAN PERKARA YANG MERAGUKAN




Ithni

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hadis Rasullullah SAW

TINGGALKAN PERKARA YANG MERAGUKAN

Hadis dan huraian
 Riwayat : At-Tarmizi
 Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
 Tinggalkan apa yang membimbangkan kamu kepada apa yang tidak membimbangkan kamu.
 Hadith ini Hadith Hasan soheh yang bermakna: Tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.
 1. Nabi melarang umatnya dari melakukan atau melibatkan diri dalam sesuatu perkara yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram.
 2. Melakukan perkara-perkara yang diragui boleh menyebabkan seseorang itu tercebur ke kancah dosa.
 3. Banyak perkara yang membimbangkan dan meragukan didalam dunia ini, oleh itu jauhilah atau tinggalkanlah perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah yang merugikan, dan pilihlah perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan dan kebajikan demi kebahagian dunia dan akhirat.
Tazkirah

AL QUR'AN ITU MENJADIKAN ANCAMAN KEPADA PENDOSA DAN BERITA GEMBIRA KEPADA ORANG SOLEH

Firman Allah SWT

قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأۡسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنۡهُ وَيُبَشِّرَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرًا حَسَنًا

”tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.”

Surah Al-Khafi ayat 2

*آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ*
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts