Trending

Saturday, 11 November 2017

Syukur Itu Menjadikan Kita Bahagia




*Syukur Itu Menjadikan Kita Bahagia*
*Kisah seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak..*
 "Suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput:
 "Wahai siput, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga Anda begitu membenci saya?"
Siput menjawab :
"Korang kaum katak mempunyai empat kaki & dapat melompat ke sana ke mari,
 Tapi saya mesti membawa cengkerang yang berat ini, merangkak di tanah, jadi saya merasa sangat sedih"
Katak menjawab:
"Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing2, hanya kamu je cuma melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami (katak)"
Dan seketika itu, ada seekor helang besar yang terbang ke arah mereka, siput dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang, sedangkan katak dimangsa oleh helang...
Siput terharu...
 Akhirnya baru sedar...
 ternyata cengkerang yang di milikinya bukan merupakan suatu beban...
 tetapi adalah kelebihannya...
Nikmatilah kehidupanmu
 Tidak perlu dibandingkan dengan orang lain.
 IRI HATI kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan...
Rezeki tidak selalu berupa emas, permata atau wang yang banyak, bukan pula saat kita di rumah mewah & pergi berkereta
 Rezeki sebenarnya adalah *jiwa dan hati yang tenang
 Kerana ketenangan dan kebahagiaan itu amat sangat mahal...
"Kerana bukan kebahagiaan yang menjadikan kita berSYUKUR...
 Tetapi berSYUKURlah yang akan menjadikan hidup kita bahagia*
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa'Ala Ali Sayyidina Muhammad
 Istiqamah Zikir Petang..
 jangan Tinggal..
SAYYIDUL ISTIGHFAR
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts