Trending

Saturday, 25 November 2017

Mari Berkenalan Dengan Mekanik Jelita Ini


Selama ini, kita memikirkan bahawa pekerjaan sebagai mekanik adalh milik kaum lelaki sahaja. Tidak menghairankan apabila kita berfikiran begini, kerana seperti yang kita ketahui pekerjaan membaiki kenderaan ini adalah satu pekerjaan yang berat dan boleh mengotorkan badan.
Kita boleh melihat fizikal seorang mekanik, yang pastinya agak keras dengan pakaian, badan serta kuku yang hitam kerana minyak daripada enjin kenderaan.


Tetapi mesyarakat hari ini mula berubah secara perlahan-lahan. Dengan bayaran yang agak tinggi dan ingin mencuba cabaran baru, maka lahirlah wanita-wanita yang cuba bersaing dengan lelaki.
Salah satunya adalah seorang mekanik wanita bernama Tantin Legapi Meneses. Mekanik berusia 21 tahun ini dikatakan mekanik paling hangat di Pampanga, Filipina, dengan wajah yang cantik serta bentuk tubuh yang menggiurkan.



Tapi, jangan tertipu dengan penampilannya, kerana dia boleh melakukan pekerjaannya lebih baik dari beberapa mekanik lelaki di luar sana.



Seperti yang diketahui, Tantin mempunyai kemahiran luar biasa dalam menyelesaikan masalah dan membaiki kereta. Dia sebenarnya berasal dari keluarga mekanik, yang mungkin salah satu sebab dia memilih bidang ini.
Tantin belajar di Sekolah Seni Dan Perdagangan TESDA Gonzalo Puyat di San Luis Mexico, juga di Pampanga untuk mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk bekerja sebagai mekanik. Hasil daripada pembelajarannya, sekarang ini dia dengan mudah dapat membaiki kereta.

Selain seorang mekanik yang berbakat, Tantin juga merupakan seorang cosplayer dan freelance model. Dan apabila dia berpakaian untuk melakukan pertunjukan, kamu pasti tidak akan mengetahui bahawa dia sebenarnya seorang mekanik!


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts