Memilki kawan yang baik adalah lebih penting daripada memiliki kawan yang ramai. Tidak kisahlah jika ada sejuta orang kawan sekalipun semua itu tidak bermakna jika tiada seorang pun yang setia di sisi anda dalam keadaan apa pun.
Jangan kata manusia, haiwan juga sebenarnya memerlukan teman dan mereka sebenarnya sangat “fleksible”, tidak kisah untuk berkawan dengan haiwan yang berlainan spesies daripada mereka. Seperti kucing ini, percaya atau tidak dia kini bersahabat baik dengan seekor anak memerang, dan kedua-duanya nampak comel dan sangat serasi!
Bagi yang mungkin tidak tahu kucing Bengal adalah spesies yang sangat aktif. Bagi mereka kawan atau peneman adalah sesuatu yang amat penting. Oleh kerana mereka aktif, suka bermain mereka memerlukan kawan untuk sentiasa mendampingi mereka, jika tidak mereka akan mudah kebosanan.
Persahabatan mereka bermula apabila tuan mereka, Pia Cuijpers, seorang penjaga zoo membawa seekor anak memerang, Pip pulang ke rumah. Pip ketika itu baru berusia beberapa hari dan sangat memerlukan penjagaan kerana tidak mendapat susu yang mencukupi daripada ibunya. Jadi, Pia membuat keputusan untuk membawanya pulang ke rumah.
Memandangkan Pip adalah haiwan sosial, Pia perlu mendapatkan kawan baik untuk anak memerang itu, kawan yang boleh sentiasa menemani Pip. Dia akhirnya memutuskan untuk mengambil seekor kucing Bengal sebagai temankepada Pip kebetulan dia juga mengenali beberapa orang kawan yang memiliki kucing Bengal. Sejak itulah semuanya bermula, mereka mula bersahabat apabila Pia membawa seekor kucing Bengal yang diberi nama Bengallegends Sam pulang ke rumah.
Sejak itu mereka berdua menjadi sangat rapat, seperti tidak boleh dipisahkan lagi. Mereka bermain dan berpelukan bersama sepanjang masa. Nampaknya mereka masing-masing sangat bertuah kerana memiliki kawan yang sangat memahami dan tidak akan pernah bosan melayan kerenah antara satu sama lain.
Persahabatan istimewa ini menunjukkan bahawa kucing Bengal adalah spesies yang penyayang, jauh dari sifat agresif yang dikaitkan dengan mereka.
Pip dan Sam nampaknya benar-benar semakin rapat. Katakan apa yang tidak dilakukan bersama? Semuanya dilakukan bersama- makan, bermain, tidur, memecahkan pekakas rumah atau menyepahkan makanan mereka di seluruh rumah.
Mereka juga sangat suka akan makanan, jika boleh mereka mahu sentiasa makan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga sentiasa inginkan perhatian, seperti anak-anak kecil. Nampaknya mereka bukan sahaja aktif, rapat malah mereka juga sangat manja!
Memandangkan Bengal tidak seperti kucing lain yang begitu aktif dan bertenaga, tidak hairanlah jika dia boleh memecahkan beberapa pekakas dan hiasan dalam rumah. Bengal juga dikatakan lebih kasar ketika bermain jika dibandingkan dengan kucing lain, jadi Bengal memerlukan ruang yang lebih besar untuk bermain.
Taman di hadapan rumah kini sudah menjadi taman permainan buat mereka. Pip begitu gembira kerana mempunyai kolam airnya sendiri manakala Sam kini lebih bebas kerana mempunyai kawasan yang lebih luas untuknya bermain dan berlari!
Sumber : Era Baru
No comments:
Post a Comment