Tuesday, 7 November 2017
AWAS WASWAS
السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَم
*AWAS WASWAS*
•••••••••••••••••••••••••
Was² adalah bisikan daripada syaitan dan akan malas nak buat ibadat dan akan meninggalkan dari buat ibadat.
Ibnu Abas kata was² adalah penyakit org mukmin.
Syaitan duduk dalam hati manusia.
Syaitan ada dua jenis iaitu syaitan dari jenis syaitan dan syaitan dari jenis manusia(manusia yg bersifat syaitan)
Hanya org mukmin sahaja yg terkena penyakit was².
Bila terkena bisikan was², dia akan rasa solatnya tak sah.
APAKAH KESAN WAS² DALAM DIRI SESEORANG?
Kesannya bila dia was² dalam solat hingga boleh membatalkan solat.
Was² ini bila terkena seseorang hingga akan ada rasa nak bunuh org.
Was² akan merosakkan ibadat.
ADAKAH WAS² MENGAKIBATKAN KITA LALAI ATAU RASA MALAS NAK BUAT IBADAT?
Kita sendiri yg membuka ruang diganggu syaitan.
Was² perlu diubat.
UBAT WAS²:
Ambil sikap tak peduli(jangan layan/fikir was²)
JANGAN DIIKUT GANGGUAN SYAITAN ITU.
Sabar bila terkena penyakit was².
Ini adalah ujian dan kita perlu menentang godaan syaitan dan iblis.
Pahala org yg memerangi was² dgn sabar akan dapat pahala berjihad.
Dan cuba menghindari was².
Kita kena tegas dgn diri kita sendiri supaya menghilangkan sifat was².
SEKIRANYA WAS² DALAM SOLAT ADAKAH BOLEH SUJUD SAHWI DAN ADAT DALAM MASYARAKAT YG BOLEH BUAT KITA WAS²,BAGAIMANA USTAZ?
Boleh sujud shawi.
Bila kita was² dalam masyarakat(cth nampak sesuata adat yg masyarakat buat)kita diam dan tak redha dalam hati.
Adat yg bertentangan boleh merosakkan akidah.
Dan boleh juga kita bertanya utk hilangkan was².
Cth bila kita nampak tali/tangkal hitam di tangan seseorang,kita boleh bertanya.
Ini yg boleh menjadikan was² pada pandangan kita bila org memakainya.
Syaitan menganggu hati manusia.
Was² dari syaitan seolah~olah syaitan berdoa supaya mengikutnya. hingga kita terlupa rakaat solat.
Dan ada juga was² ketika mengambil wuduk sehingga basah baju.
BACA 3KALI SURAH AN~NAS SEBELUM SOLAT UTK HILANGKAN WAS² DARI SYAITAN.
SAYA ADA PENYAKIT KENCIING TAK LAWAS DAN WAS² KETIKA MENGAMBIL WUDUK,MOHON PENJELASAN USTAZ.
Jika hanya rasa terkeluar,jangan difikirkan kecuali jika nampak pada kain ada kesan air kencing,barulah itu najis dan kena basuh kain serta ambil wuduk semula.
KETIKA KITA SOLAT KITA TAK KHYUSUK,ADAKAH DITERIMA SOLAT KITA?
Wuduk kena sempurna dan apa yg kita makan akan menjadikan kita khyusuk dalam solat.
Diterima atau tidak solat,hanya Allah yg maha mengetahui.
Jika cukup 13rukunnya,maka sahlah solatnya.
KETIKA SOLAT JANGAN RAGU² DGN IMAM KERANA IMAM ITU SUDAH DILANTIK DAN BERSANGKA BAIK SERTA BERLAPANG DADA.
SAYA ADA WAS² NAK BERKAWAN DGN ORG,MOHON PENCERAHAN USTAZ.
Kena buang was² itu.
Ambil apa juga pengalaman dari kawan² kita.
Jangan bersangka buruk dgn kawan² dan hapuskan sifat bersangka buruk dgn kawan².
SYAITAN BERSIFAT MENJAUHKAN ATAU MEMUTUSKAN SILATURAHIM.
Yg baik dari kawan kita,kita ambil dan yg buruk kita ketepikan.
BAGAIMANA SYAITAN MANUSIA YG MENJADIKAN KITA WAS?
Cth syaitan manusia ialah katakan kita nak pergi masjid,tiba² isteri kita kata nantilah bang duduk² dulu...ini contoh syaitan manusia.
Dan ada org kata janganlah dengar ceramah ustaz itu,ustaz itu tak bagus...Ini juga antara contoh syaitan jenis manusia.
SAHKAH BERWUDUK DARI AIR KOLAH YG ADA IKAN DAN DALAM BILIK AIR YG ADA TANDAS?
Ikan bukan najis,wuduknya sah.
Mengambil wuduk dalam bilik air yg ada tandas,hukumnya makruh.
Jangan mengadap tandas ketika mengambil wuduk.
Tutup tandas ketika mengambil wuduk.
APA HUKUM WAS² DGN SUAMI,SUAMI KATA DIA DAH TAK ADA DUIT TAPI DIA BAWA MAKANAN DAN SAYA WAS² SUAMI DAPAT DUIT DARI MANA?
Ikut sahaja apa yg suami kata,jika suami kata dia pinjam duit kawan,ikut sahaja.
Jika masih was² dgn makanan yg suami beri maka jangan makan makanan itu.
Dan adalah lebih baik kita jangan ada was² dgn suami.
Semua ini adalah tanggungjawab suami.
CTH...JIKA SUAMI TAK SOLAT,ISTERI TAK BERTANGGUNGJAWAB APA² DAN JIKA ISTERI TAK SOLAT,INI MENJADI TANGGUNGJAWAB SUAMI DAN JIKA SUAMI TAK PERNAH SURUH, SUAMI AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN.
Jika suami bawa makan,bersangka baik sahaja dgn suami kerana suami juga tahu hukum haram dan halal.
Utk perempuan yg haid,perempuan itu kena kenal pasti itu haid atau darah istihadah.
Serta amalkan surah An~Nas utk jauh dari penyakit was².
ADAKAH WAS² AKAN TERGANGGU KUALITI IBADAT KITA?
Ya ..pasti akan terganggu kualiti ibadat kita.
SAYA WAS² KETIKA SOLAT BERJEMAAH,BOLEHKAH SAYA BATALKAN SOLAT KERANA TERGANGGU DARI JEMAAH SEBELAH?
Tak boleh membatalkan solat dan jangan fikirkan gangguan jemaah sebelah.
Jika kita terganggu dgn gangguan jemaah sebelah,kita boleh singgung siku kita sedikit pada dia utk sedarkan dia.
SAYA NAK BERNIKAH DALAM 3BULAN LAGI TAPI WAS²,APAKAH PASANGAN SAYA BOLEH MEMBIMBING SAYA,MOHON PENJELASAN USTAZ.
Ini adalah keraguaan dari syaitan.
Perlu dihindarkan gangguan itu.
SAYA KERJA JUAL IKAN DAN BAJU BERBAU IKAN.KAWAN SAYA KATA TAK SAH SOLAT SAYA,BENARKAH USTAZ?
Tak menjadi masalah.
SEMOGA KITA TERHINDAR DARI PENYAKIT WAS².
KITA PERLU PERBAIKI DIRI KITA SENDIRI SUPAYA JANGAN BERPANJANGAN WAS² ITU.
WAS² ADALAH UJIAN DARI ALLAH DAN KITA KEMBALILAH KEPADA ALLAH KERANA KITA ADALAH HAMBA ALLAH.
Labels:
agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About
Popular Posts
-
MANTRA UNTUK SEMUA JENIS JUDI AGAR MENANG. TANPA SYARAT TANPA PANTANG. Assalamualaikum Wr. Wb sahabat-sahabat yang aku hormati sem...
-
TAWASSUL WALI SONGO UNTUK MENDAPATKAN ILMU ASMA'. Assalamualaikum wbt wt....sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira dim...
-
RAJA DARI SEGALA RAJA SHOLAWAT. SHOLAWAT AL FATIH.. SAYYIDUSH SHOLAWAT. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahab...
-
VIRAL SEMULA DIMEDIA SOSIAL VIDEO BERDURASI HAMPIR SETENGAH JAM ADEGAN HENJUT ATIKAH SUHAIMI DAN IDRIS KHAS TERSEBAR MELUAS!! AWAS VIDEO ...
-
ASMA' SUNGE RAJEH LENGKAP. IJAZAH ASMA' RAJEH DIRAJEH. 2 Sanad. Assalamu’alaikum wr wb para sahabat-sahabat ahli Kampus seka...
-
KUNCI MEMANGGIL KHODAM DOA NURUN NURBUAT. DOA NURBUAT - NURUN NURBUWAH - CAHAYA KENABIAN. Itulah beberapa penyebutan doa ya...
-
AMALAN ILMU SYAHADAT GHOIB. CARA UNTUK MENEMBUS ALAM GHAIB. ILMU MERAGA SUKMA. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-...
-
Saya bawakan batu petir asli yakni item rare utk pakaian diri shbt shbt yg ikhlas dan yakin diri..inshaAllah Batu petir ini sanga t...
-
3 CARA MEMBUKA MATA BATIN. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di man...
-
Kenalan : Salam, ada ke cara ringkas contoh pengiraan kepingan atap genting untuk rumah ? Ambo : Wasalam, cara pengiraan asas yang amb...
No comments:
Post a Comment