Trending

Thursday, 9 November 2017

ARAB SAUDI PART 11


ARAB SAUDI PART 11...

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dunia telah disibukkan dengan senario peperangan Syria. Pada penghujung tahun 2016 saya telah katakan agar diperhatikan dengan teliti pergolakan di Arab Saudi untuk 2017 kerana bagi saya, jalan menuju perang dunia ketiga & seterusnya akan bermula dengan detik2 yang bakal membawa pada keruntuhan dinasti Saud.

Kita telah melihat pada awal & pertengahan 2017 pergolakan2 yang aneh di Palestin & saya katakan dahulu ia nampaknya seperti suatu persediaan bagi Israel melancarkan siri peperangan di jazirah Arab. Hubungan diplomatik antara Israel - Saudi juga lebih ketara pada tahun 2017.

Mutakhir ini dengan perletakan jawatan Perdana Menteri Lubnan yang jelas didalangi oleh Saudi, retorik pergeseran antara Lubnan / Hezbollah/ Iran lwn gabungan Saudi/Israel sudah semakin jelas.
Saya berkata mekanisma wayang sulit yang sedang beroperasi untuk mencetus peperangan antara Israel - Saudi - Iran ini hanyalah suatu front/topeng penipuan skala besar2an yang sebenarnya didalangi oleh sebuah pakatan sulit kuasa2 geopolitik yang tersembunyi Yahud Khazar (dalam kerajaan Israel) + Yahud Krypto (dalam kerajaan Saudi + Iran) yang dirancang supaya hasil keputusannya akan hanya menguntungkan mereka akhirnya.

Naratif zahirnya adalah Israel dirancang beroleh keuntungan besar. Namun dalam percaturan realpolitik apa pun boleh berlaku. Boleh jadi Israel ataupun Iran yang dipilih. Tapi yang pastinya yang pertama rentung ialah Arab Saudi.

Jika peperangan di jazirah Arab ini mula tercetus & merebak mengheret kesemua negara Arab, saya yaqin bahawa ALLAH SWT tidak akan membiarkan keadaan melarat kali ini dan pastinya akan ada susuk "game changer" yang akan muncul untuk menggagalkan perancangan pelan induk "The Greater Israel" ini.

Dalam konteks pakatan 3 negara Yahud Khazar + Yahud Krypto ini, jika ia (Imam) muncul maka menurut penilaian ahadits maka urutannya bagi saya ialah jazirah Arab akan pertama sekali tumbang kepadanya, diikuti oleh Baitul Muqaddis dan kemudian Farsi/Iran. Selepas Iran, menyusul tumbangnya Rum dan kemudiannya Konstantiniyah/Turki.

DINASTI SAUD - JALAN MENUJU PERANG DUNIA KETIGA BERMULA DENGAN KERUNTUHAN DINASTI SAUD

1 comment:

  1. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

About

Popular Posts