Trending

Sunday 26 November 2017

NAMA PROTON AKAN BERTUKAR KEPADA “BAO TENG” DALAM MASA TERDEKAT


KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) baru Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrung dilapor mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina kepada nama “Bao Teng”.
Katanya ketika berucap dalam persidangan usahawan Malaysia-China ke 7 semalam, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi “Bao Teng” tetapi rakyat Malaysia menggelarnya “Pu Teng”.
Katanya, “Bao” bermaksud khazanah atau harta benda manakala “Pu” membawa maksud biasa.

Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan sebanyak 49.9 peratus sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), sebuah syarikat gergasi automotif negara China yang sebelum ini telah mengambil alih Volvo dari Sweden.
Penjualan saham itu sekaligus membolehkan Geely menguasai kepentingan sebanyak 51 peratus saham pembuat kereta Britain, Lotus melalui Proton dalam urus niaga bernilai RM277.85 juta, manakala baki 49 peratus lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd.
Proton Perkenal Kereta Terbang Di Malaysia Pada 2019.
Li Chunrong berkata, Proton juga akan melancarkan kereta pemanduan automatik dan kereta berkuasa elektrik sepenuhnya di pasaran Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrong berkata, syarikat itu akan memperkenalkan 3 model kereta canggih di pasaran Malaysia.
Beliau dipetik China Press berkata, Proton akan melancarkan kereta pemanduan automatik, kereta berkuasa elektrik sepenuhnya dan kereta terbang yang pertama pada 2019.
Katanya, selain model Boyue, syarikat itu akan menaik taraf dan mengubah suai 8 model sedia ada dalam usaha meningkatkan daya saing Proton.
Li ketika berucap pada Persidangan Usahawan Malaysia-China ke-7 semalam, turut mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina.
Katanya, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi “Bao Teng” tetapi rakyat Malaysia menggelarnya “Pu Teng”.
Beliau berkata, “Bao” bermakna khazanah atau harta benda, manakala “Pu” membawa maksud biasa.
Katanya, selaku lambang negara yang turut mewakili tamadun perindustrian Malaysia, Proton ialah kebanggaan rakyat Malaysia dan mempunyai sejarah gemilang khasnya pengambilalihan Lotus pada 1996.
Li berkata, bahagian pasaran Proton sehingga bulan lalu sudah stabil di tahap 13%, lebih baik berbanding tahun lalu.
Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan 49.9% sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), gergasi automotif China yang sebelum ini mengambil alih Volvo dari Sweden.
Urus niaga itu juga membolehkan Geely memiliki kepentingan 51% dalam pembuat kereta Britain, Lotus daripada Proton pada harga £51 juta (RM277.85 juta), manakala baki 49% lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd.
Proton yang ditubuhkan pada 1983, bergelut sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan.
Tuntutan terhadap kakitangan Proton
Li berkata, sejak mengetuai Proton mulai 1 Oktober lalu, beliau melalui surat terbuka kepada semua kakitangannya menyenaraikan 4 tuntutan.
“Pertama ialah saling menghormati, bertolak ansur dan integrasi demi mengejar kecemerlangan perniagaan, kedua ialah profesionalisme dan kejujuran, ketiga ketelusan pengurusan dan keempat mematuhi peraturan.”
Beliau turut menjadikan kangkung sebagai contoh untuk menggesa kakitangan Proton melakukan transformasi dalam tempoh ditetapkan.
Katanya, walaupun kangkung di Malaysia sedap, tetapi kemahiran tukang masak di kantin Proton tidak baik.
“Sebagai sebuah syarikat pengeluar kereta yang mewakili kemampuan keseluruhan sebuah negara, jika masak kangkung pun tak baik, macam mana kita hendak menambah baik kualiti produk?”
Beliau berkata, walaupun ketua bahagian sumber manusia berjanji akan memperbaiki kualiti masakan kantin dalam tempoh 2 bulan, tetapi beliau mahu ia dilakukan dalam masa 2 minggu.
Katanya, kualiti makanan di kantin Proton kini bertambah baik dan beliau mengalu-alukan orang ramai menilainya sendiri.
Tingkat kualiti perkhidmatan
Li berkata, matlamat Proton seterusnya ialah meningkatkan perkhidmatannya.
“Walaupun kualiti kereta Proton amat baik, tetapi kualiti perkhidmatan termasuk indeks kepuasan jualan (SSI) dan indeks khidmat pelanggan (CSI) sangat teruk, paling teruk di seluruh negara, tak pernah nampak seteruk ini.
“Kelak, dealer kereta yang tidak tahu membaiki kereta, tidak akan dibenarkan menjual kereta Proton.
“Hanya mereka yang mempunyai pusat sehenti 3S atau 4S iaitu sistem jualan mementingkan keperluan, sistem perkhidmatan profesional menyeluruh, bekalan alat ganti mencukupi dan tinjau selidik, boleh menjual kereta Proton.
“Kami juga akan memberi komisen tertinggi di negara ini, iaitu 1% hingga 1.3% komisen jualan kereta bagi 3 tahun pertama. Ketika ini, hanya 2 syarikat mempunyai dasar sedemikian di Malaysia, tetapi kemampuan mereka tidak setanding kami.”



Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts