Trending

Thursday, 9 November 2017

ARAB SAUDI PART 8


ARAB SAUDI PART 8...

(REPOST)
DI AMBANG PERANG TELUK KETIGA

Susulan kunjungan Trump mengadap Raja Salman dan pemimpin-pemimpin dunia Islam:

1. HUBUNGAN BAIK SAUDI-AMERIKA
Tidak menjadi perkara pelik dengan kunjungan Trump ke Riyadh. Sejak Arab Saudi ditubuhkan, Amerika (Zionis) adalah rakan paling karib mereka. Kalau bukan kerana hegemoni barat, tak mungkin Arab Saudi tertubuh.
Penubuhan Arab Saudi bertitik tolak dari rancangan Zionis untuk menjatuhkan khilafah Uthmaniah. Setelah pengasasnya Theoderl Herzl gagal memujuk penguasa Uthmaniah Sultan Abdul Hamid menyerahkan Palestin kepada Yahudi, mereka telah mendoktrin gabenor Hijaz, Syarif Husain supaya memberontak menentang Uthmaniah dengan api nasionalisme. Dakyah zionis, arab Quraisy kononnya lebih layak menjadi khalifah berbanding keturunan turki.
Setelah Uthmaniah lumpuh 1916, mereka minta Syarif Husain menyerahkan Palestin tetapi beliau enggan. Lalu dihasut pula penyangak jalanan keturunan badwi Al Saud dari Riyadh untuk menakluk jajahan Hijaz. Mereka dibantu oleh persenjataan barat, ditambah perisa wahabi-sufi untuk mengislamikkan kempen. Bayarannya adalah Baitul Maqdis perlu diserahkan kepada Yahudi.
Lalu berlakulah apa yang berlaku. Yahudi berhasil merampas peta Palestin, manakala keluarga Saud berjaya menakluk Hijaz, Najd di samping Riyadh dan kawasan sekitar untuk menubuhkan kerajaan arab keluarga saud, Arab Saudi. Wilayah-wilayah teluk yang kecil dibahagikan kepada kabilah-kabilah sokongan membentuk UAE, Qatar, Kuwait dan sekitar. Tanah-tanah ini menjadi lembu susu yang dibela untuk diperah hasil mahsul mengalir ke barat jua.
Perjanjian itu masih lagi kekal ke hari ini. Setiap penguasa Saudi dan proksi Yahudi iaitu Amerika wajib meneruskan hegemoni ini. Tidak ada seorangpun yang boleh keluar dari sistem yang telah diatur baik ini.

2. POLITIK KELUARGA SAUD
Barat bijak mengatur langkah agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini daripada sekutu baik mereka. Tidak cukup sekadar memegang kepala raja, kaum kerabatnya turut dijadikan alat. Mana-mana raja yang tidak mendengar kata, kaum kerabat yang telah dipegang ini yang akan bertindak secara dalaman untuk memastikan mereka terikat.
Mereka akan pastikan kaki-kaki mereka berada di posisi yang sepatutnya untuk memainkan peranan yang sepatutnya. Pengarah risikan, duta ke Amerika, Menteri Luar dan para kapitalis adalah kedudukan-kedudukan utama yang menjadi pengawal Amerika terhadap Saudi. Mereka boleh bertindak daripada mengugut, campur tangan hinggalah ke peringkat membunuh. Raja Faisal pernah cuba keluar dari sistem ini, malangnya beliau mati dibunuh.
Raja Salman di awal pemerintahannya menunjukkan kesungguhan untuk membawa perubahan dalam budaya keluarga Saud, dan juga politik Arab Saudi. Malangnya dengan usia yang berbaki dan kudrat yang dimiliki, misi itu gagal. Kini beliau sudah jadi sebahagian daripada sistem.
Ramai berbangga Mekah Madinah semakin maju. Pembangunan pesat sekeliling tanah haram. Namun sedarkah kita, Menara tertinggi iaitu Hotel Hilton betul-betul dihadapan Masjidil Haram adalah simbolik umat Islam telah berjaya ditawan Zionis. Hasil binaan Uthmaniah yang hampir hilang di sana juga adalah simbolik tiada lagi kuasa umat Islam.

3. TRUMP TUKAR ARAH
Trump di masa kempen memilih pendekatan yang kontradik daripada mana-mana naratif calon Presiden lain. Beliau membawa agenda isolation dan tidak mahu menghabiskan khazanah Amerika untuk agenda geopolitik. Sebaliknya beliau mahu memfokuskan pemulihan taraf ekonomi dan sosial rakyat. Makes America Great Again, katanya.
Kempennya juga keras dengan Islam. Agresif menyokong perjuangan Israel. Menganggap Islam punca segala keganasan dan huru-hara dunia.
Namun setelah menjadi Presiden, beliau seolah baru sedar hakikat sebenar dunia politik, khususnya politik Amerika dan pengaruh Zionis. Perjumpaan pertama beliau dengan Obama telah menampakkan reaksi terkejut dan cuaknya. Untuk tidak mengulang nasib John F Kennedy, Trump terpaksa menjilat semula ludahnya.
Sangat takut Trump dengan orang belakang tabir. Amalan biasa Presiden Amerika yang baharu adalah berjumpa dengan jiran dahulu, seperti Canada atau Mexico. Tetapi ini sampai ke Riyadh, dan sampai ke tempat Dinding Meratap Israel. Trump juga berjaya diguna-gunakan dengan mudah.
Beliau sanggup tarik balik polisi ketat terhadap umat Islam di Amerika, semata-mata untuk menghadap Raja Salman. Menerima kalung emas dan habuan paling besar dalam sejarah, si anak pula didermakan 100 juta begitu mudah, maka selamatlah Trump sebagai batu bata projek mega Zionis.

4. SERANGAN KE ATAS IRAN
Jangkaan bahawa Iran bakal diserang sudah sampai ke tahap Ilmu yakin, bukan zhon lagi. Tiba-tiba sahaja Iran dikaitkan dengan IS walaupun yang banyak kaitan dengan IS dan al-Qaeda sebenarnya Saudi. Pemimpin Arab semakin rancak mengecam Iran tiba-tiba. Al-Sisi yang didokong Azhari pembenci Wahabi dengan mudah bermesra-mesraan dengan pemerintah Saudi. Urusniaga senjata terbesar dalam sejarah dunia dibuat mengatasi rekod urusniaga senjata sepanjang zaman.
Kenapa Iran? Kerana itulah ancaman paling bahaya kepada globalisasi. Selagi Iran ada, selagi itu Israel tidak selamat. Jika dibiarkan, umat Islam bakal menyedari siapa sebenar kawan dan siapa lawan. Makin lama ditangguh, makin bertambah pengaruh dan kekuatan mereka.
Sebaik proksi Amerika yang menganut syiah, Reza Pahlavi berjaya diguling dalam revolusi Iran 1979, barat pantas mengumpulkan kekuatan Arab untuk mengekang kebangkitan Ayatullah yang juga syiah. Iraq menjadi pemuka hadapan kempen perang teluk, didokong oleh semua negara arab kecuali Syria di bawah Hafez Asad, walaupun beliau dan Saddam dari parti sosialis Baath yang sama.
Kempen itu gagal. Iran gagal dilumpuhkan. Tapi Iraq pula menanggunf kerugian dan hutang berganda. Saddam yang tertekan menawan Kuwait, mengakibatkan tindakan balas NATO arab sehingga Iraq kembali berundur. Begitupah seterusnya misi pencerobohan tentera Amerika. Habis madu, sepah dibuang.
Bermula Afghanistan, kemudian Iraq, dicetuskan pula Arab Spring melanda Tunisia, Libya, Mesir, Yaman dan paling teruk Syria, Islam tidak diberi peluang untuk bangkit sekali-kali. Alat menjayakan pelan ini adalah umat Islam yang gopoh lagi jahil. Apabila negara-negara ini telah lumpuh, mudahlah laluan mereka untuk membantai Iran.

5. SEKTARIAN TERUS MENJADI ALAT
Mudah sekali untuk mengajak dunia Islam mendokong perang ke atas Iran. Guna sahaja terma jihad sunni melawan syiah. Tentu semua akan bangkit penuh jiwa raga. Waktu itu Israel bukan lagi ancaman Islam. Amerika langsung tidak zalim. Boleh dibuat kawan yang ikhlas memerangi syiah.
Kuasa barat menyebelahi Sunni. Kuasa Timur pula mempertahan Syiah. Barat menjolok Wahhabi. Timur pula mendokong Sufi.
Percayalah ia tidak akan terhenti di situ. Jika kempen Sunni Syiah berjaya, kempen Wahabi Sufi pula dimainkan. Sehinggalah tercapai agenda pemetaan baru, dan peta Israel Raya wujud di atas timbunan darah umat Islam yang tidak tahu mengapa mereka membunuh dan mengapa mereka dibunuh.
Walaupun umat ini pernah menyaksikan keberkesanan racun sektarian dalam meruntuhkan khilafah Uthmaniah, tetapi kejahilan masih tebal dek tersilap memahami manhaj ilmu yang sebenar. Racun ini akan terus diguna dan diguna, tanpa perlu menukar label dan tarikh luput sekalipun.

6. SASARAN SETERUSNYA
Berdasarkan beberapa hadis akhir zaman, mungkin Iran berusaha memohon sokongan dari negara umat Islam. Namun zionis terlebih dahulu telah membeli pemimpin Islam melalui saudagar-saudagar arab mereka. Bukankah NATO arab sudah terbentuk? Permohonan Iran tidak akan dihiraukan, dan mereka terpaksa bergantung harap dengan kuffar lain yang punya ihsan, atau punya kepentingan.
Sasaran sebenar bukan Iran, tetapi Palestin. Tanpa Iran, gerakan jihad di sana ibarat patah kaki. Mungkin akan bermula di Lubnan dahulu menentang Hizbullah. Sungguh pertukaran Khaled Mesyaal kepada Ismael Haniyyeh amat-amat menggusarkan barat.
Berdasarkan Hadis juga, dalam kalut berperang di Iran, bakal berlaku krisis kerabat Saud. Mungkin mereka akan berperang sesama sendiri, merebut takhta dan ghanimah. Negara sekitar turut sama bertelagah. Kerana Sungai Tigris sudah semakin surut.
Zionis cuma bertepuk tangan sambil mencicip pop-corn. Kelak mereka pula akan pegang kunci tanah haram.
Susulan dari Hadis juga, mungkin Iran bakal dibelasah teruk. Peluang segera diambil untuk menghapuskan terus Hizbullah seterusnya pejuang Palestin.
Namun mereka tidak akan mampu melawan kuasa Allah. Mereka tidak sedar tindakan itu akan menggali kubur sendiri. Mereka bakal hilang punca. Masadepan semakin hampir untuk pembebasan al-Quds. Waktu Imam Mahdi dan para Anbiya bersolat di sana sudah terlalu dekat.

7. BERPIHAK ATAU BERKECUALI?
Soalan yang perlu dijawab, siapa perlu kita bersama dan siapa perlu kita sokong? Atau apakah tuntas untuk menjadi pemerhati dari jauh?
Sunnah yang diajar baginda Nabi SAW tidak pernah begitu. Dalam pertembungan antara Rom dan Parsi, baginda memihak kepada Rom. Bukan memberi wala' atau bergabung, kerana selepas itu Rom pula yang diperangi. Reaksi baginda sekadar mengharapkan mereka menang ke atas Parsi.
Ulama menjustifikasikan tindakan baginda itu kerana Rom adalah ahli kitab yang turut bertuhankan Allah, sedang Parsi penganut Majusi yang syirik. Persamaan yang dikongsi bakal melicinkan langkah kehadapan. Selain itu, bangsa Rom memiliki jatidiri yang lebih bagus berbanding bangsa Parsi.
Lalu siapa Rom yang perlu disokong dan siapa Parsi hari ini? Hakikatnya Rom dan Parsi sudah tidak lagi sama hari ini. Rom yang baginda sokong adalah Roman Byzantine, penganut Kristian Ortodok yang kini kembali berpengaruh di Rusia. Sedang Rom di barat adalah pewaris Roman Katolik, yang sudah berpecah belah dan berevolusi, kini dikuasai Protestan, kemudian Evangelis dan Anglican. Parsi pula adalah sebuah bangsa di Iran, Iraq, dan negara-negara Khurasan di Asia Tengah. Kini penganut Majusi boleh dibilang dengan jari. Yang dominan adalah muslim sunni dan syiah, juga terdapat Yahudi dan agama kecil lain. Ramai juga atheis dan masih komunis.
Bukan pewaris bangsa Rom atau Parsi yang perlu dipilih, tetapi kriteria yang baginda Nabi guna. Diantara dua pihak, siapakah yang lebih baik jatidirinya, dan siapa yang lebih dekat dengan Islam ataupun lebih kecil mudaratnya terhadap Islam.
Patutkah orang Islam berkecuali, sedang Nabi sendiri berpihak? Maka pilihlah pihak dan kumpulan yang tepat. Jadikanlah al-Quran dan Hadis sebagai kacamata, kerana ia sebaik-baik petunjuk.
Selamat menghadapi akhir zaman yang sangat menguji iman dan taqwa. Bekalkan diri dengan kelengkapan yabg sepatutnya.

 

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts