Dalam beberapa hari lepas gempar seorang cikgu cantik dapat surat cinta, selepas kejadian cerita cinta yang cukup romantik itu agaknya banyak para lelaki yang skodeng facebook dan instagram cikgu cantik ini kan. Sebenarnya cikgu cantik ini disahkan memang seorang cikgu yang mengajar subjek bahasa inggeris di sekolah awam sekitar kuala lumpur.nama sebenar beliau adalah putri aishah binti sulaiman yang berumur 21 tahun. Gambar putri aishah mulai viral dilaman media sosial akibat mendapat sepucuk surat dari pada bapa salah satu murid didiknya, memang tak heran la kalau si bapa tersebut berminat berkenalan dengan cikgu ini, rupa cantik,muda, cikgu pulak tu laki mana yang tak ingin berkenalan kan.. Apapun korang layan gambar yang kami ‘BELANJA’ ini dengan hati yang girang hokey!.. enjoicee~.
GAMBAR DAN BIODATA CIKGU AISHAH Kisah seorang gadis cantik jelita yang dikenali sebagai ‘Cikgu Aishah‘ kian menjadi viral di media-media sosial sejak beberapa hari lepas. Bermulanya dengan gambarnya yang dikaitkan dengan surat perkenalan (Surat Cinta) seorang bapa kepada anak muridnya. Dalam kandungan surat itu, seorang bapa meluahkan hasratnya untuk berkenalan dengan seorang cikgu selepas terpesona dengan kecantikan dan gaya cikgu berkenaan. Namun, sebenarnya surat tersebut langsung tiada kaitannya dengan Cikgu Aishah. Padanan gambar cikgu Aishah bersama surat perkenalan itu hanyalah buatan daripada pihak-pihak tertentu. Ianya dianggap sebagai satu gurauan kreatif dan menghiburkan di laman-laman sosial, facebook, Whassap dan wechat. Tindakan ini semata-mata hanya bagi meraih dan menagih perhatian ramai. Masyarakat milenium kini sememangnya tertarik dan suka dengan cerita-cerita seperti ini. Perkara itu juga telah diperjelaskan sendiri oleh Cikgu Aishah atau Puteri Aishah. Surat yang dipadankan dan dicantumkan dengan gambarnya sebenarnya bukan ditujukan kepadanya. Tiada apa-apa yang perlu diperbesarkan katanya.
No comments:
Post a Comment