Trending

Saturday, 11 November 2017

Tabut dalam Al-Quran



Tabut dalam Al-Quran
Kitab suci Al-Quran the Last Testament mengkhabarkan:
“Dan nabi mereka berkata kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan (Talut) itu ialah datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah (ketenteraman?) daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.”
(Al-Baqarah : 248)
Inilah satu-satunya ayat dalam al-Quran yang menyebut tentang tabut secara langsung. Mari kita mengembara ke dalam ayat ini untuk mendapatkan isi tersurat dan tersiratnya.
PERTAMA:
Mengapa hanya sekali saja disebut?
Ada beberapa kemungkinan. Boleh jadi ia perkara yang tidak penting kepada umat akhir zaman. Namun begitu, keterbalikan daripadanya juga mungkin. Boleh jadi ia penting lalu disebut sekali saja sebagai ‘penarik perhatian’. Apabila disebut sekali saja, orang akan tertanya-tanya tentangnya lebih daripada perkara-perkara yang disebut banyak kali.
Contoh:
Setiap hari kita menemui “solat, zakat, solat, zakat” ketika membaca al-Quran membuatkan kita pun lali untuk mengambil tahu tentangnya. Suatu hari, tiba-tiba kita terjumpa “tabut”, dengan penuh minat kita akan tertanya-tanya, “Apa benda tabut ni?” Ada kemungkinan begitu caranya Allah mahu menarik perhatian kita.
Dajjal tidak disebut secara langsung dalam al-Quran walaupun satu ayat, tapi kita mengakuinya sebagai perkara yang penting. Cuma kisah Dajjal ada dinyatakan dalam beberapa hadis sedangkan kisah tabut tidak begitu. Tapi di sini kita mendapat satu gambaran, sekalipun sesuatu perkara itu tidak disebut banyak kali ataupun tidak disebut langsung dalam al-Quran, hal itu tidak bererti ia tidak penting kepada kita.
KEDUA:
Siapa ‘nabi mereka’ itu?
Al-Quran tidak menjelaskan identitinya. Ayat 246-248 surah al-Baqarah hanya menamakannya sebagai “nabi mereka” (ada hikmahnya penggunaan nama “nabi mereka” ini yang akan kita sentuh di bawah nanti). Menurut Bible pula, peribadi itu ialah Nabi Samuel.
KETIGA:
Siapakah Talut?
Surah al-Baqarah ayat 246-251 mengisahkan kaum Bani Israil menuntut kepada Nabi X agar mereka diberikan seorang raja. Kononnya jika diberi seorang raja, mereka akan bersemangat untuk pergi berjihad. Sebelum itu Bani Israil dipimpin oleh para hakim.
Nabi X berasa ragu. Seandainyalah Tuhan memberikan mereka seorang raja dan raja itu mengisytiharkan jihad, mahukah mereka pergi berjihad? Maklumlah, Nabi X sedia faham kelakuan kaum Bani Israil yang banyak meminta itu ini tetapi sering saja melakukan kesalahan.
Apa yang dibimbangkan oleh Nabi X menjadi kenyataan. Setelah Talut dipilih menjadi raja dan Tuhan datangkan perintah supaya berjihad, hanya segelintir saja orang-orang Bani Israil yang mahu.
Antara punca keengganan mereka ialah perlantikan Talut (Bible menamakannya Saul). Mereka memandang Talut seorang yang tidak bangsawan lagi tiada harta kekayaan. Jadi mereka tidak suka orang yang lebih rendah kedudukannya menjadi pemerintah mereka. Tetapi Nabi X mempertahankannya kerana perlantikan Talut itu adalah atas wahyu Tuhan, mana boleh diubah-ubah. Lagi pula, Talut memang terbukti sebagai seorang yang berpengetahuan tinggi dan gagah.
Dan pulangnya tabut kepada Bani Israil setelah dirampas oleh orang-orang Palestin menjadi petanda keredhaan Tuhan kepada Talut.
Dalam Bible pada sifir Samuel 1 fasal 8, 9 dan 10 mengisahkan perihal yang lebih kurang sama dengan kisah daripada al-Quran. Cuma bahagian ‘kembalinya tabut sebagai petanda Saul sebagai raja yang diredhai Tuhan’ tidak saya temui.
KEEMPAT:
Apa itu ‘sakinah’?
Biasanya ia diterjemahkan sebagai ‘ketenteraman’. Maksudnya yang tepat hanya Allah yang tahu. Berikut adalah ayat-ayat al-Quran yang menyentuh ‘sakinah’.
“Dialah yang menurunkan SAKINAH ke dalam hati orang-orang mukmin supaya bertambah keimanan dan keyakinan mereka beserta keimanan dan keyakinan sedia ada; padahal Allah menguasai tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Fath: 4)
“Demi sesungguhnya Allah redha akan orang-orang yang beriman ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Muhammad) di bawah naungan pohon (di Hudaibiah), maka ternyata apa yang sedia diketahuiNYa tentang yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan SAKINAH ke atas mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.”
(Al-Fath: 18)
“(Ingatlah) ketika orang-orang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh dalam hati mereka- perasaan sombong angkuh secara jahiliah, lalu Allah menurunkan SAKINAH kepada RasulNya dan kepada orang-orang beriman,.......”
(Al-Fath: 26)
Nampaknya ia seperti satu ‘ketenteraman yang menguatkan’ hati/ jiwa. Wallahualam.
KELIMA:
Apa maksud bahagian ini: “datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah (ketenteraman?) daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat...”?
Peti tabut dikatakan mengandungi ‘sakinah’, dan menurut pemahaman kita ‘sakinah’ bukanlah benda mauju
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts