Saturday, 11 November 2017
Nabi Muhammad merupakan seorang yang amat sopan
Nabi Muhammad merupakan seorang yang amat sopan dalam setiap tutur kata, jujur, tiada pernah dusta dan luhur budi. Ini membuatkan Baginda dikagumi oleh sesiapa sahaja sehingga ke hari ini, Baginda SAW dikagumi di seluruh pelosok dunia kerana keperibadian yang amat luar biasa.Oleh kerana itu tidak menghairankan kerana di dalam Al-Quran, disebut sebagai manusia yang memiliki akhlak yang paling agung.
Muhammad inilah Hakikat "Siddiq" (Benar). Yang tidak pernah mendustakan.
Muhammad inilah Hakikat "Amanah" (Adil/dipercayai). Diri yang tidak pernah mengkhianati amanah.
Muhammad ini lah Hakikat "Tabligh" (Menyampaikan). Yang tidak menyembunyikan segala sesuatu.
Muhammad inilah Hakikat "Fatonah" (Ariffibillah/Kebijaksana). Memegang segala pengetahuan yang terang maupun terlindung. Khazanah sifat-sifatnya ditinggalkan kepada para sahabat-sahabat baginda sebagai tuntunan kita yang terkemudian.
1. SIDDIQ
Siddiq ertinya benar,benar adalah suatu sifat yang mulia yang menghiasi akhlak seseorang yang beriman kepada Allah dan kepada perkara-perkara yang ghaib. Sifat ini lihatlah pada Syaidina Abu Bakar r.a. Tiada pernah membantah dan was-was tentang perkara ghoib yang sukar dipercayai dan ia tetap membenarkan hakikatnya walau tentang isra' mikraj Nabi yang sukar dipercayai oleh sahabat yang lain.
Satu Hadis mengenai Syaidina Abu Bakar as-Siddiq:
"Allah akan menunjukkan kemuliaan-Nya kepada orang-orang secara umum, tetapi Dia akan menunjukkannya kepada Abu Bakar dengan cara yang khusus."
"Tidak pernah matahari terbit atau menetapkan pada seseorang, selain seorang nabi, lebih besar dari Abu Bakar."
"Jangan sesuatu yang diwahyukan kepada saya bahawa saya tidak mencurahkan ke dalam hati Abu Bakar."
"Tidak ada satu pun kepada siapa pun, saya wajib membayar hutang saya, kecuali Abu Bakar, kerana aku berhutang padanya banyak untuk itu Allah akan memberi pampasan dia pada hari kiamat."
"Jika saya mengambil teman dekat (khalil) selain Tuhanku, aku akan memilih Abu Bakar."
"Abu Bakar tidak mendahului kamu semua kerana banyak doa atau puasa, tetapi kerana rahsia yang ada di dalam 'HATI'nya."
..........
2.AMANAH
Amanah ertinya benar-benar boleh dipercayai,Adil dan tulus. Jika satu urusan diserahkan kepadanya, nescaya orang percaya bahawa urusan itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Oleh kerana itulah penduduk Makkah member gelaran kepada Nabi Muhammad SAW dengan gelaran ‘Al- Amin'.
Sifat ini lihatlah pada Syaidina Umar Al-Khattab,seorang yang bersifat tidak gentar dalam menegakkan agama, juga seorang yang tegas dan teramat adil.
Pernah menyamar sebagai rakyat biasa walaupun ketika itu beliau memegang jawatan khalifah untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya.
Malah beliau sendiri yang mengangkat guni-guni gandum dan minyak untuk diberi kepada golongan yang memerlukan.
Seorang pemerintah yang adil dan bertanggungjawab terhadap keselamatan, keamanan dan kemakmuran rakyatnya. Beliau tidak memilih kasta dan tiada soal status diri dan sesiapa yang didapati bersalah, tetap akan dihukum.Beliau juga pernah menjatuhkan hukuman ke atas anak pesuruhjaya Mesir, iaitu Umar al-Ash, yang telah memukul seorang Qibti yang kalah dalam perlumbaan kuda.
Tepat sekali jika yang dimaksudkan oleh baginda itu antaranya Umar al Khattab. Lebih-lebih lagi setelah beliau memeluk Islam, beliau tetap disegani dan ditakuti termasuklah syaitan.
Rahsia Saidina Umar Al Khattab mencapai tahap tersebut tidak lain ialah kerana beliau benar-benar tafaqquh fiddin (faham agama).
3.TABLIGH
Tabligh ertinya dakwah,menyampaikan dan menyebarkan agama. Segala firman Allah SWT yang ditujukan oleh manusia, disampaikan oleh Baginda. Tidak ada yang disembunyikan.
SIfat ini lihatlah pada Syaidina Uthman Al-Affan yang menjaga khazanah terpenting Al-Quran dengan
membukukannya,untuk menjamin supaya terpelihara. Berdakwah dipenjara shingga ramai yang memeluk islam,meluaskan empayar kerajaan Islam melebihi keluasan jajahan Rom dan parsi,membesarkan masjid nabawi pd 29 hijrah bagi menampung umat Islam yang semakin bertambah.
4. FATHONAH
Fathonah ertinya bijaksana,Ariff dalam keilmuan. Dalam menyampaikan ayat Al-Quran dan kemudian menjelaskannya dalam puluhan ribu hadis memerlukan kebijaksanaan yang luar biasa.
Baginda SAW harus mampu menjelaskan firman-firman Allah SWT kepada kaumnya sehingga mereka mahu memeluk Islam. Nabi juga harus mampu berdebat dengan orang-orang kafir dengan cara yang Ariff dan bijak dengan sebaik-baiknya. Ariffibillah?kebijaksannan ini dapat dilihat pada Syaidina Ali Al-Kharamah Wajha.
Nabi SAW memberinya gelar gerbang ilmu dan hikmah kepadanya. Dia pribadi yang paling berilmu, paling berani dan penceramah paling fasih. Ketakwaannya, kecintaan kepada Allah, ketulusan dan ketabahannya dalam menjalankan agama adalah diantara darjatnya yang begitu tinggi sehingga tak seorang pun dapat bercita-cita untuk mencapainya. Dia ahli politik islam teragung karena membenci diplomasi dan mencintai kebenaran serta keadilan, kebijakan politiknya adalah sebagaimana yang diajarkan Allah. Watak yang begitu luhur dan tiada tara, sehingga banyak ilmuwan yang takjub mempelajarinya dan membayangkannya sebagai manifestasi wakil Allah. Banyak di antara Yahudi dan Kristen yang mencintai dia, dan para filosof diatara mereka pun yang kebetulan tahu ajaran-ajarannya membungkukkan diri di depan lautan ilmunya yang tak tertandingi.” Banyak mengetahui hal-hal jalan langit melebihi jalan dibumi,ahli kahramah,ahli kerohanian.
Kesepakatan umum diantara para sejarawan dan penkaji Muslim adalah bahwa Syaidina Ali tidak pernah menjadi penentang islam,tidak juga bukan seorang Muslim dan tidak pernah sekali pun menyembah berhala.
Bereti setiap khazanah Rasulillah tidak pernah hilang termasuklah ilmu-ilmu Dan amalan rahsia baginda..
Labels:
agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About
Popular Posts
-
MANTRA UNTUK SEMUA JENIS JUDI AGAR MENANG. TANPA SYARAT TANPA PANTANG. Assalamualaikum Wr. Wb sahabat-sahabat yang aku hormati sem...
-
TAWASSUL WALI SONGO UNTUK MENDAPATKAN ILMU ASMA'. Assalamualaikum wbt wt....sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira dim...
-
RAJA DARI SEGALA RAJA SHOLAWAT. SHOLAWAT AL FATIH.. SAYYIDUSH SHOLAWAT. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahab...
-
VIRAL SEMULA DIMEDIA SOSIAL VIDEO BERDURASI HAMPIR SETENGAH JAM ADEGAN HENJUT ATIKAH SUHAIMI DAN IDRIS KHAS TERSEBAR MELUAS!! AWAS VIDEO ...
-
ASMA' SUNGE RAJEH LENGKAP. IJAZAH ASMA' RAJEH DIRAJEH. 2 Sanad. Assalamu’alaikum wr wb para sahabat-sahabat ahli Kampus seka...
-
KUNCI MEMANGGIL KHODAM DOA NURUN NURBUAT. DOA NURBUAT - NURUN NURBUWAH - CAHAYA KENABIAN. Itulah beberapa penyebutan doa ya...
-
AMALAN ILMU SYAHADAT GHOIB. CARA UNTUK MENEMBUS ALAM GHAIB. ILMU MERAGA SUKMA. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-...
-
Saya bawakan batu petir asli yakni item rare utk pakaian diri shbt shbt yg ikhlas dan yakin diri..inshaAllah Batu petir ini sanga t...
-
3 CARA MEMBUKA MATA BATIN. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di man...
-
Kenalan : Salam, ada ke cara ringkas contoh pengiraan kepingan atap genting untuk rumah ? Ambo : Wasalam, cara pengiraan asas yang amb...
No comments:
Post a Comment