Trending

Thursday, 9 November 2017

Arab Saudi Part 9



Arab Saudi Part 9

Bayangkan sejak lahir kehidupan serba mewah sewaktu usia hampir senja tiba2 kemewahan yang dikecapi jjadi sebaliknya homestay free jadi rakyat marhaen terkurung dlm penjara janji !!
3 tahun siasatan secara senyap dilakukan oleh pihak berkuasa Arab Saudi
PDRM dan SPRM wajah ikut langkah seperti ini tidak perlu lah nak buat sidang akhbar nak umumkan itu umumkan ini 😝😝😝

Agensi

 PADA 11 malam Ahad lalu, tetamu Hotel Ritz-Carlton di Riyadh dikejutkan dan bersama pelawat, mereka yang makan di situ diarah berkumpul di lobi bersama bagasi masing-masing tanpa mengetahui sebabnya.

Ketika mereka dibawa menaiki bas untuk dipindahkan ke hotel lain, pegawai kanan kerajaan membuat persiapan kedatangan ‘tetamu’ baru yang kemudian diketahui tahanan profil tinggi yang hidup mewah serta ‘tidak disentuh’ undang-undang.

Menurut Guardian, mulai tengah malam, bas tiba membawa kerabat diraja Arab Saudi termasuk putera, ahli perniagaan terkemuka, pengawal mereka serta anggota keselamatan yang menahan mereka.

Menjelang subuh, lebih 30 tokoh terkemuka Arab Saudi, termasuk kerabat yang dekat dengan Raja Salman, dikurung dalam hotel berkenaan selepas didakwa terbabit dalam rasuah.
Namun, mereka tidak diberi bilik di hotel lima bintang itu, sebaliknya tidur atas tilam nipis dalam dewan besar hotel menunggu nasib mereka ditentukan selepas penahanan yang diarah Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Daily Mail menyiarkan gambar mereka yang ditahan itu tidur atas tilam dalam dewan hotel berkenaan.

Menurut akhbar itu, sumber di Arab Saudi menyatakan antara yang berada dalam dewan berkenaan ialah pelabur bilionair Putera Al-Waleed bin Talal, iaitu anak saudara raja Arab Saudi yang asetnya dianggar berjumlah AS$18 bilion, termasuk ekuiti dalam Twitter, Lyft dan Citigroup.
Reuters melaporkan, antara yang ditahan ialah 11 putera, empat menteri dan 10 bekas menteri.
Tuduhan terhadap mereka termasuk penggubahan wang haram, rasuah, pemerasan dan mengambil kesempatan jawatan bagi kepentingan diri.

Turut ditahan Putera Miteb bin Abdullah yang sebelum ini Menteri Pengawal Keselamatan
Bank-bank Arab Saudi sudah membekukan akaun mereka yang ditahan dan akhbar Al-Asharq Al-Awsat melaporkan pihak berkuasa melarang penerbangan keluar pesawat persendirian tanpa kebenaran.

Semalam, Peguam Negara, Saud al-Mojeb, berkata: “Semalam bukan permulaan tetapi melengkapkan fasa pertama operasi anti-rasuah.

“Siasatan dilakukan secara senyap bagi menjamin tiada gangguan”
Menurutnya, pasukan penyiasat mengumpul bukti sejak tiga tahun lalu dan akan berterusan mengenal pasti suspek lain.
 

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts