Trending

Monday 20 November 2017

Billionair Melayu No 2 Paling Kaya Di Malaysia Ini Memiliki 4 Jet Dan 40 Helikopter


Inilah dia Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, bilionair Melayu yang paling low profile sekali di negara ini

Dahulu, Tan Sri Syed Azman merupakan seorang pegawai perisikan tentera yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Beliau telah dianugerahkan pangkat Mejar setelah berkhidmat selama 13 tahun. Dan pada tahun 1993, beliau berhenti, kemudian memulakan perniagaan kereta terpakai bersama isteri.
Selepas memulakan perniagaan, anak jati Sungai Petani, Kedah ini berulang-alik dari Malaysia ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di sini. Beliau yang tidak memiliki AP pada ketika itu terpaksa berkongsi dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut.
Untuk makluman, AP bermaksud ‘Approved Permits’ yang membolehkan seseorang untuk menjual beli kenderaan import secara sah.
Setelah beberapa tahun bertungkus-lumus, akhirnya kerajaan setuju mengurniakan AP kepada beliau. Perniagaan kereta terpakai Tan Sri Syed Azman kemudian mula menjadi sebutan ramai.
Namun begitu, kerajaan mengambil keputusan untuk memberhentikan pemberian AP secara terbuka dan hanya menawarkan franchise AP.
Nak dapatkan franchise AP bukan senang. Seseorang itu perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar. Contohnya, jika anda ingin menjual kereta Mercedes di Malaysia, syarikat tersebut yang berpangkalan di Jerman perlu melantik anda sebagai pengedar yang sah. Kemudian barulah kerajaan boleh memberikan franchise AP kepada anda.
Bagi Tan Sri Syed Azman, nasib menyebelahinya apabila syarikat automotif gergasi Honda dari Jepun meletakkan kepercayaan tinggi terhadap beliau lalu melantiknya sebagai pengedar kereta jenama tersebut di Malaysia.
Dan selepas Honda, beliau mendapat hak untuk mengedar kereta Chevrolet dan Suzuki pula.
Mula-mula jual kereta. Tapi macam mana Tan Sri Syed Azman boleh terlibat dalam industri penerbangan seperti helikopter?


Sebelum ini, beliau pernah berkata, rutin hariannya banyak dihabiskan di atas jalan raya kerana banyak menjalankan urusan perniagaan di merata tempat. Jadi beliau pun bosan. Kemudian, seorang rakannya mencadangkan untuk beliau membeli sebuah helikopter. Daripada bosan atas jalan raya, lebih baik terbang di udara.
Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta (RM5.858 juta) untuk digunakan ke sana sini. Tetapi ada masanya helikopter itu tidak digunakan. Bila tak pakai, beliau sewakan saja kepada sesiapa yang mahu guna.
Ketika itulah beliau sedar bahawa permintaan helikopter sebenarnya tinggi di Malaysia, satu perkara yang tidak pernah diketahuinya sebelum ini. 5 tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar.
Hari ini, beliau memiliki sebuah syarikat penerbangan yang diberi nama ‘Weststar Aviation’. Manakala kontrak pertama yang didapatinya pada 2008 itu kini bernilai RM8 bilion!

Tan Sri Syed Azman memiliki lebih 40 buah helikopter dan 4 buah jet persendirian. Selain itu, kontrak bagi membawa pekerja pelantar minyak yang didapatinya pada 2008 kini bernilai RM8 bilion. Nilai ini telah menjadikan beliau antara lelaki Melayu paling kaya di Malaysia sekarang.
Lebih menarik, jumlah itu belum lagi termasuk perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan, dan macam-macam lagi yang dimilikinya. Jadi boleh bayangkan tak betapa kayanya beliau?



Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts