Trending

Sunday, 19 January 2020

POKOK MISTERI Oleh Sahabat Shahpaskal



POKOK MISTERI….
Oleh Sahabat Shahpaskal
1. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua…
2. Ada rakan bertanya apakah pokok yang dimaksudkan di dalam artikel lepas. Agak-agak pokok apa yaa…? Apakah ia pokok misteri atau asing dari pokok-pokok atau tumbuhan yang ada di negara kita..?
3. Pokok yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan adalah pokok pisang. Yaa… Pokok pisang yang dikenali Pisang Nabi. Pisang ini asalnya adalah dari benih yang dididik dari pokok pisang induk di zaman Rasullullah SAW. Carilah di internet atas nama Pisang Nabi, adalah tu nanti.
4. Ada kisah yang mengatakan Rasullullah SAW pernah berteduh di bawah pokok pisang ini dan pernah memakan buahnya. Kemudian Rasullullah SAW berpesan agar benih pisang ini dipanjangkan bakanya oleh keturunan Baginda.
5. Bagi yang membantah kisah ini, saya tanya satu saja soalan.. Apakah anda seorang keturunan teras Rasulllullah SAW..? Kalau yaa… Maka carilah saudara tua kamu yang benar-benar arif akan keturunannya kamu, maka kamu pasti tahu perkara ini. Kalau bukan, maka dengar atau tinggalkan saja penulisan ini. Tiada kerugian kepada mana-mana pihak…
6. Berbalik kepada pisang tadi. Pisang sebenarnya memainkan peranan penting dalam dunia ni. Dikhabarkan juga semasa kecil Nabi Musa a.s ketika dihanyutkan di Sungai Nil di dalam satu bekas bayi, bekas bayi ini diletakkan di atas rakit batang pisang. Maka sempena namanya, semua spesis pisang dikenali atas nama keluarga genetiknya ‘Musa sp’.
7. Kisah ni nak percaya boleh, tak percaya pun boleh. Yang boleh berinteraksi dengan golongan Raja Jin Islam, dipersilakan. Sebab kita tahu, jin-jin Islam ini khususnya raja mereka, umur mereka puluhan ribu tahun. Di zaman para Nabi, mereka dah pun hidup. Dan seterusnya kemudian, mereka menjadi pembantu kepada Rasul-Rasul ini.
8. Dan berlanjutanlah mereka ini (Raja Jin) menjadi pembantu kepada keturunan para Rasul (disini kita khususkan kepada keturunan Rasullullah SAW sebagai penutup para Rasul). Jadi, pisang baka dari zaman Rasullullah SAW ini juga dijaga oleh Raja Jin Islam dan ditakdirkan, Raja Jin Islam inilah juga penjaga kepada harta warisan para Nabi di Nusantara ini. Yaa… Rasullullah SAW pesan kepada keturunannya, tanam dan jagalah baka pisang ni..
9. Dah boleh hadam..? Jadi hubungannya dengan artikel lepas iaitu jongkong emas di Acheh adalah begini. Kiyai keturunan Habib juga berdarah Raja di Acheh telah bertahun mencari di manakah adanya pisang ini. Antara syarat untuk mengambil kembali harta jongkong emas terpendam dihajati mereka ialah dengan mengambil dulu Pisang Nabi ini sebagai simbolik bahawa seseorang itu tahu salasilah dirinya serta salasilah harta yang nak diangkat khasnya penjaganya.
10.Cari punya cari, jumpalah di Jawa Barat yang pokoknya dah berjantung. Ditempahlah dengan mahar 30 juta Rupiah atau kira-kira RM10 Ribu. Pertengahan Sa’aban lepas, dapatlah setandan buahnya lalu dibawa pulang ke Acheh. Nak jadi rezeki, berhasillah Habib ni mengangkat jongkong-jongkong emas dihajati… Tapi persyaratan untuk dicairkan nilai emas ni belum berjaya ditemui. Bab ni dah dihurai di artikel lepas.
11.Pisang ni istimewa. Jika masih kecil, diperingkat sulur, jika diambil pulang dengan diletakkan di dalam pot atau pasu untuk dibiakkan, sulur ini akan hilang ghaib. Kemudian muncul kembali. Begitulah seterusnya sehinggalah sampai masa sulur
ni setinggi hampir semeter barulah boleh dipindahkan ke tanah.
12.Mesti ada tanya, hilang macamana.. Hilang dengan pasunyalah, bukan anak pokok sahaja. Kalau bukan keturunan yang dibenarkan, hilang terus. Nak siramnya, air siraman pulak, mestilah air zamzam. Bajanya pulak adalah minyak wangian khas dari alam ghaib. Nak dapat minyak ni satu hal, kena cari kat Habib-Habib di Tanah Arab khususnya di Yaman. Habib-Habib ni nanti akan ‘bermunajat’ memohon kepada ALLAH SWT agar dikurniakan minyak-minyak ini.
13.Konon cerita, ada yang kata kalau pewaris yang berhak, tak payah minyak-minyak pun… Ko tahu ke yang Sultan Brunei tu sendiri berketurunan Syarif bergelut nak dapatkan minyak-minyak sebegini bagi kegunaan beliau untuk membajai telaga-telaga minyak Brunei agar terus bertakung minyaknya..? Minyak ni adalah asbab atau alat untuk berusaha. Setelah tu barulah bertawakal. Tak paham, belajor dulu..
14.Balik bab pisang ni. Waktu malam, dedaunnya bersinar seakan-akan ‘kulat malam’, iaitu sejenis cendawan hutan yang bercahaya waktu malam. Daunnya hijau berkilat dan pokok induk tidak banyak sulur benihnya. Cuma satu atau dua dan tak mungkin dibiakkan seperti mana pisang biasa.
15.Saya sendiri pernah bertanya kepada seorang ustad yang kini bertugas sebagai imam di sebuah surau di Lembah Klang ini tentang pisang berkenaan. Beliau adalah anak murid dari Pasentren Kiyai Kholil, Bangkalan di Madura. Beliau kata, beliau pernah makan sebiji pisang ni sewaktu di pasentren dulu.
16.Pisang tu masih belum masak tapi dah tua, dibelah dua dan dibubuh madu di dalam belahannya lalu ditangkup kembali dan distimkan. Katanya bagus untuk kesihatan. Kalau sesiapa yang dapat tu, memang bertuahlah..
17.Sebagai info tambahan. Saya pernah tulis yang jongkong-jongkong emas kat bank di Barat dulu, ada yang hilang dan ada yang wujud tapi tak boleh dialihkan. Jongkong yang hilang dan wujud secara kekal tapi tak boleh dialihkan atau kata mudah, tak layak diurusniagakan. Yang dah wujud, wujudlah tapi masih membatu kat dalam gudang.
18.Pasukan beberapa Pak Kiyai pintar negara jiran dengan kerjasama Presidennya telah ditaja datang ke sana untuk setelkan masalah ni namun gagal. Lebih aneh, semua mereka sepakat, kalau dicuba juga, padahlah. Padahnya boleh membawa kematian. Yang boleh menyelesaikannya adalah orang Malaya.
19.Kerana itu, boss besar perbankan di sana menuding jari ke sini. Tu agaknya sekarang berebut sakan nak jadi PM sebab tahu duit kiri-kanan penuh. Tapi…kita harus ingat. Jadikanlah kes emas Acheh sebagai pedoman. Sekian, wassalam.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts