Nak Tuk Kung. PENGHORMATAN UNTUK SPIRIT TEMPATAN.
Untuk mereka yang tidak faham Nak Tuk Kung tu apa, biarlah saya terangkan. Nak Tuk Kung adalah di anggap sebagai penjaga ghaib sesuatu kawasan. Sebelum kita teroka sesuatu kawasan. adalah 100% perlu kita mencari dan merisek serta memberi penghormatan kepada kuasa ghaib kawasan tersebut. Oleh kerana ini adalah Tanah Melayu, kebanyakan orang Cina percaya akan wujud nya spirit yang mendiami kawasan tersebut dan 100% orang Cina percaya Nak Tuk Kung adalah berasal dari kaum Melayu kerana mereka adalah orang asal di kawasan tersebut. Pernah terjadi di Batu Pahat semasa membuka tanah untuk bina rumah baru, kontraktor tidak membuat penghormatan kepada Nak Tuk Kung, tractor berantai terbalik dan lori terbalik. Bila mereka melakukan penghormatan, kebiasaan nya patung yang di gunakan adalah berbentuk orang tua yang memakai songkok. TIADA DI BENARKAN MAKANAN TIDAK HALAL. Cerut, kemenyan dan buah serta nasi berlauk ayam, kambing atau ikan akan di hidangkan Bersama buah buahan. Jadi ia sebenar nya adalah satu budaya orang Cina Lama yang memberi penghormatan kepada spirit kawasan tersebut. Tidak pernah Nak Tuk Kung ada datang dari kaum lain selain kepercayaan ia adalah pribumi kawasan tersebut. Sebenar nya ia adalah penghormatan yang banyak di amalkan oleh generasi lama. Harap dengan penerangan ini, tiada lah menjadi kesangsian yang bercelaru sehingga ada tomahan yang tidak berasas. Pemujaan seperti ini sudah semakin hari semakin pudar dengan pengurangan di kawasan bandar. Tetapi di kawasan kampung, banyak lagi Nak Tuk Kung akan di jumpai. Ia juga di anggap sebagai penjaga keharmonian dan keselamatan sesuatu kawasan. Ramai anak Melayu generasi tua tidak rasa janggal. Hanya anak anak muda kini rasa hairan dan akan menyoal wujudnya tradisi pengamalan nenek moyang kita. Semoga ini dapat beri sikit pencerahan.
No comments:
Post a Comment