Trending

Sunday, 19 January 2020

SERUMPUN TEBU BERLAINAN MANISNYA ITULAH BANGSA MELAYU NUSANTARA


SERUMPUN TEBU BERLAINAN MANISNYA - ITULAH BANGSA MELAYU NUSANTARA
Oleh Sahabat Shahpaskal
1. Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sempena bulan Ogos ini iaitu bulan kemerdekaan Negara Malaysia dan Indonesia serta adik ceraian Malaysia, iaitu Singapura maka saya bentangkanlah perihal hubungan dua beradik rumpun melayu Malasia-Indonesia ini dalam konteks persaudaraan ghaibnya.
2. Untuk sebutan ringkas, saya panggil saja Nusantara yang terkandung juga Brunei. Ramai rasanya yang dah membaca tulisan saya terdahulu mengerti bahawa kesultanan Nusantara adalah titisan darah Nabi Ibrahim as dari isterinya Qenturah. Nasab ini bercampur-baur dengan sesama sendiri termasuklah dengan keturunan Nabi-Nabi cicit Ibrahim as menjadikan darah rajanya utuh.
3. Antara raja yang terkenal sebelum era kelahiran Nabi Isa as adalah Raja Mataram kuno yang juga merupakan cicit Nabi Sulaiman as. Kemudiannya di era permulaan Masehi, antara kerajaan terkenal adalah Kerajaan Sunda dan Kerajaan Sulawesi yang berlanjutan ke zaman lahirnya Rasullullah saw.
Kerajaan Sunda lama berpecah kepada dua beradik berlainan ibu, seorang kekal menjadi Raja Sunda dan seorang lagi membuka kerajaan Majapahit yang kemudian menjadi empayar di Nusantara.
4. Bagaimanapun tidaklah pulak terkhabar akan wujudnya susuk tubuh bernama Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba. Saya tak menolak secara total, takut-takut mungkin nama timang-timangan. Seperti Raja-Raja di Eropah yang rata-rata dari darah Raja kuno termasuk Namrud, perkahwinan silang antara raja-raja adalah amalan biasa.
5. Begitulah juga senario di Nusantara yang mana saya yakin kesemua Raja-Raja adalah bersaudara. Tidak timbul orang bugis lebih mulia dari orang sumatera atau orang acheh berdarjat lebih tinggi dari orang jawa.Memang benar semua manusia adalah sama tetapi harus diingat akan janji ALLAH SWT bahawa Keturunan Ibrahim as akan dijadikan Penguasa.
6. Maka sesuailah pulak Keturunan Muhammad saw adalah penguasa dan pemilik warisan Nabi-Nabi terdahulu khususnya warisan harta Nabi Sulaiman as. Sayugia itu, apabila kita percaya bahawa pemimpin akhir zaman yang bangkit kelak dari Timur, maka kita tidak dapat tidak wajiblah menyimpulkan bahawa pemimpin berkenaan adalah bernasabkan Rasullullah saw yang dipadu dengan nasab Raja-Raja kuno.
7. Dan nasab Raja-Raja kuno berkenaan mestilah nasab hidbrid yang dikutip dari kesemua nasab Raja berdaulat lagi dominan yang ada. Kalaulah Raja-Raja yang nasab keturunan telah menyatu, apalah sangat akan rakyatnya. Mereka lagilah menyatu.
8. Maka dengan itu, barulah wujud rumpun Nusantara yang sebenar-benarnya walaupun berbeza perilaku, budaya, mungkin sedikit perihal berbeza agama dan lokaliti. Dari keseluruhan senario ini, maka hadirlah susuk tubuh yang dikenali Pewaris Nusantara.
9. Dialah yang diberi hak waris bagi mentadbir dan mengetuai pemanfaatan harta warisan Nusantara milik moyangnya, Raja Mataram kuno yang juga cicit Sulaiman as. Tebaran harta ini meluas. Melalui tangannyalah akan disempurnakan apa yang telah tersimpan di Acheh, di bank-bank Eropah dan juga di gudang-gudang di Nusantara.
10.Pasti ada yang mengolok-olok akan hal ini, tetapi saya menasihatkan diri saya dan teman-teman, kalau kita bukan berdarah Rasullullah Saw yang menyatu dengan darah Raja-Raja Nusantara yang berdaulat, kita hanya sekadar rakyat biasa. Sedarlah diri kita siapa...Dan dalam konteks Malaysia, penyempurnaan harta-harta kita di Eropah, khususnya di England.
11.Ia sebenarnya peluang terakhir kita umat Melayu untuk berkeras dengan bekas penjajah kita, bangsa Inggeris berkaitan takrifan perjanjian kemerdekaan kita. Dalam konteks negara tetangga, Indonesia. Orang yang sama jugalah yang akan penyempurnakan harta-harta milik mereka di mana hasil pencairan harta inilah yang bakal membiayai ibu kota baru mereka di Kalimantan kelak.
12.Saya berharap, pewaris Tanah Melayu yang juga Pewaris Nusantara yang akan meletakkan tandatangannya nanti di atas perjanjian perlepasan harta umat Melayu ini mengarahkan pihak Inggeris menafsirkan sejelas-jelasnya Perjanjian Kemerdekaan khususnya dalam Perkara 153 berkaitan kontrak sosial demi hak umat Melayu dan Pribumi lain.
13.Jika Inggeris enggan, maka gigit jarilah mereka, harta ada tapi tak boleh dicairkan dan akan dilepaskan oleh pemilik asalnya yakni Raja Mataram kuno berkenaan.Saya amat yakin, individu berkenaan cukup cerdik dan pintar untuk enggunakan kelebihan peluang ini.
13.Untuk kita rakyat biasa, bersyukurlah kita masih punya pemimpin sebegini. Cuma isunya adalah masa... Insha Allah sedang disusun. Ini adalah hajat dunia, bukan hajat kita saja.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts