Trending

Sunday, 19 January 2020

CERITA SANTAI SEJARAH MAHKOTA KESULTANAN MELAKA


CERITA SANTAI SEJARAH MAHKOTA KESULTANAN MELAKA...
Oleh Sahabat Shahpaskal
1. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan taulan serta haters sekalian. Buat sementara ni, saya tak kongsikan dahulu sambungan Part #2 tulisan saya yang lalu. Kita tunggu sat untuk siaran hari istimewa, mungkin nisfu Sya'aban atau selepas tu.Artikelnya panjang sikit. Harap bersabar yaa..
2. Kali ni kita bicarakan tentang mahkota Kesultanan Melaka. Apa yang mendorong penulisan saya pasal bab mahkota ni tak lain tak bukan terbit dari ceramah agama orang Pahang iaitu Ustad Dato Badlishah Alauddin bertajuk Mengapa Raja Melayu Pakai Mahkota.
3. Bab mahkota Kesultanan Melayu ni saya tau lama dah. Baru sekarang ni nak saya ulas. Sebenarnya sejarah yang saya tahu tentang mahkota Sultan Melaka ni menyamai dengan penceritaan Ustad berkenaan. Jadi, tengok videonya kat fb beliau ('ustad badlishah fans') dan dengarlah penjelasan bagaimana Raja Muzaffar Shah terpaksa membuang mahkota ini ke laut kerana 'berat'nya mahkota ini sehingga memberi kesan kepada kapalnya ketika beliau berhijrah membuka kerajaan di Perak.
4. Bagi kesultanan atau raja berdaulat, mahkota adalah regalia atau alat kebesaran di raja yang utama. Baik bagi golongan muslim mau pun bukan muslim, mahkota ini ada penunggunya. Yang memahami dan nampak makhluk alam sebelah, mata halus mereka mampu melihat khodam yang menjaga mahkota ini. Bukan calang-calang beb...
5. Biasanya berbentuk macam manusia dan juga binatang yang bersifat ganas seperti singa atau harimau. Khodam ini adalah penjaga keturunan penguasa atau raja dan disimbolkan perumah khodam adalah mahkota kerana duduknya kat atas kepala raja berkenaan. Kalau Rasul-Rasul pun ada khodam walaupun mereka tak memerlukan mahkota. Rasullullah SAW sendiri pun ada khodamnya walaupun beliau tak ada mahkota. Nabi Musa a.s, Nabi Sulaiman a.s dan Nabi-Nabi lain juga punyai khodam. Bacalah kupasan saya terdahulu.
6. Berbalik kepada mahkota tadi. Agak-agak ke mana perginya mahkota ini...? Tak mungkin dilempar ke dasar air lalu tenggelam macam besi buruk. Atau cuma sekadar mahkota itu objek simbol yang tidak bermakna..? Hemat saya, mahkota tersebut diambil pulang ke pangkuan pemilik asalnya yakni Penguasa Ghaib Selat Melaka.
7. Jangan tanya siapa beliau. Cukuplah kalau dikatakan ia 'Penjaga Selat Melaka' dan beliau ada hubung-kait dengan Nabi Sulaiman a.s. Secara umum, tubuhnya seperti manusia tetapi bertubuh agam dan kalau beliau mengharungi Selat Melaka, kedalaman air lautnya hanya sekadar pinggang beliau. Sekadar info, Selat Melaka dalam puratanya sekitar 20-30 meter. Nampak tak logik kan..? Mesti ada tanya saya, dah nampak ke..? Yaa… Saya Nampak.
8. Sekarang timbul persoalan. Mengapa mahkota tu tak nak berada bersama Raja Muzaffar Shah semasa beliau ke Perak..? Apakah beliau tidak layak memegang dan menjunjung daulat mahkota tersebut....atau sememangnya direzabkan untuk diserahkan kepada seseorang keturunannya yang lain di satu masa kelak..? Kalau soalan ini diajukan kepada saya, saya memilih senario kedua.
9. Ini alasan saya. Raja Muzaffar Shah adalah anak Sultan Mahmud Shah yang mana semasa mengasaskan kesultannya di Perak, ayahnya masih ada. Maka mahkota berkenaan yang masih daulatnya terletak di sebelah bapanya. Contoh kat dalam negara kita pun ada. Selagi ayahanda masih hidup, penurunan tahkta kepada anak beserta daulatnya hendaklah dibuat secara beradab dan penuh tertib. Dan tertakluklah kat khodam penjaga daulat ni nak ikut atau tak. Itupun kalau daulatnya masih ada. Khodam daulat ni boleh lari. Macam seakan-akan saka. Bezanya mereka khodam pembantu.
10.Saya tak naklah menghuraikan kisah mahkota dan kesultanan secara akademik. Saya memilih untuk membentangkan pengkisahan yang mana Mahkota Melaka ini bakal diserahkan kepada pewarisnya yang sah bersama beberapa lagi barangan berdaulat iringan bernilai tinggì sedikit hari lagi. Mengikut makluman yang diberikan, ianya dijangkakan sebagai hadiah untuk kita rakyat negara ini sempena menyambut Ramadhan al-Mubarak.
11.Lanjutan itu, saya lebih suka melihat apakah implikasinya apabila disempurnakan penyerahan mahkota ini kepada waris
terpilihnya - yang mahkota berdaulat ini saya gelarkan Mahkota DiRaja Kesultanan Melaka. Individu yang menerima mahkota ini nanti bolehlah kita takrifkan sebagai Pewaris Sebenar Kesultanan Melayu Melaka dan tak berlebihan kalau saya gelarkan beliau adalah Pewaris Tanah Melayu.
12.Saya tidaklah mengkesampingkan kedaulatan Kesultanan Kedah yang wujud lebih awal tetapi berdasarkan pengalaman, kedaulatan ghaib Gunung Jerai masih tertakluk kepada kedaulatan dari Tanah Jawa-Sunda. Silalah baca kembali tulisan lalu bagaimana gagalnya rakan saya mengambil emas Gunung Jerai kerana kegagalan beliau menziarahi kerajaan ghaib Padjajaran.
13.Pewaris yang menerima mahkota itulah juga saya gelarkan Ramli Pulau Nangka dan hanya beliaulah yang sehingga kini
diwatikahkan sebagai penyempurna duit warisan di Bank Negara. Juga selanjutnya penyempurna untuk kesemua harta jongkong emas warisan yang masih tersimpan di bank-bank Eropah dan yang masih di dalam bumi. Maaflah, ia bukan tugas dan hak kerabat sekarang. Ertinya pewaris tu bukanlah dari salasilah seperti digebang-gebangkan oleh seorang penulis satu buku epik berkaitan Nasab Rasullulah Dan Raja-Raja Melayu. Emm… Kuat juga menipunya yaa…
14.Sekali lagi dijelaskan, pewaris ni adalah keturunan Raja Kecil Siak yang merupakan anak Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang merupakan waris keturunan sah Kesultanan Melaka. Walau umum dimomokkan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang ini tak punya waris atau zuriat, itu tak benar sama sekali dan cerita ini sekadar nak memunasabahkan penurunan tahkta kepada Keturunan Bendahara...dan seterusnya kepada Keturunan Temenggong sekarang ini. Saya amat yakin segalanya akan terungkai dalam masa terdekat ini. Kun faya kun...
15.Setelah itu, bagaimana ya penerimaan Raja-Raja Melayu yang ada..? Seharusnya mereka memberi kerjasama penuh kepada pewaris yang berhak ini, sebabnya sebahagian kecil harta-harta yang dizahirkan khususnya yang dah pun ada dalam genggaman negara akan juga mereka dapat. Nampak peratusannya kecil tapi berbilion juga lah.. Saya pasti pewaris tak akan tuntut apa-apa pun dari mana-mana kesultanan yang ada. Tak perlu pun sebab beliau memegang hak daulat se-Tanah Melayu.
16.Cuma masalah besarnya, macamanalah pulak pewaris cucu Parameswara ni nak diletak-taraf dalam sistem monarki negara kita ekk...? Saya amat pasti Perdana Menteri kita dah sedia maklum akan hal ini, tahulah nak buat macamana. Tu agaknya PM kita ni garang semacam je sekarang. Dan apa pulak reaksi Soltan Melaka Beta-Is-Better…? Selebihnya, tak dapet la den nak memikirnyo...Maka itu, marilah kita berikan pendapat sama-sama.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts