Trending

Friday 31 January 2020

Khasiat Campuran Air Kelapa Dengan Limau Nipis Mampu Turunkan Bacaan Kencing Manis Dan Darah Tinggi


Minum Campuran Air Kelapa Dengan Limau Nipis Boleh Turunkan Bacaan Kencing Manis Dan D-arah Tinggi

Bila kali terakhir anda minum air kelapa dengan limau nipis? kalau nak fikirkan, entah apa rasanya bila air kelapa di campurkan dengan perahan limau nipis. Ini pasti akan berubah apabila anda habis membaca artikel ini.
Petua ini hasil perkongsian dari Dayyan Haadiyyan. Menurut perkongsian beliau, Amalan meminum air kelapa dengan limau nipis baik untuk penghidap kencing manis dan darah tinggi.
Ini cara penyediaannya:
  • Campurkan sebiji air kelapa muda dengan setengah biji limau, lagi masam lagi bagus. Tetapi PERINGATAN orang yang ada gastrik tak boleh minum masam sangat.
  • Minum sehari satu dan dua kali sahaja, insyallah bacaan gula kencing manis dan sarah tinggi akan turun dan normal kembali. Sebelum minum doa dulu, semoga dengan izin Allah air kelapa muda dengan limau nipis ini membantu di dalam masalah kesihatan kita.
  • Hanya Allah SWT sahaja yang bisa menyembuhkan segala penyakit tersebut.
Berikut merupkan sebab kenapa anda perlu minum air kelapa:
1. Membantu Penghadaman
Jika anda selalu rasa kembung dan susah untuk menghadam makanan, air kelapa boleh membantu proses penghadaman anda.
Ini kerana air kelapa mengandungi kadar serat tinggi yang boleh membantu dan mencegah masaalah pencernaan . Tambahan pula, air kelapa dapat mengurangkan berlakunya refulks asid dalam perut anda.
2. Mengurangkan Berat Badan
Kalau di banding dengan minuman yang lain, kandungan lemak Air Kelapa sungguh rendah membuat anda tidak perlu takut berat badan anda naik kalau anda minum banyak skali pun. Kalau anda hendak minum sesuatu selain dari air kosong sambil mengekalkan berat badan anda air kelapa sesuai sebagai pilihan.
3. Menggalakkan Penghidratan
  • Apabila anda berseman ataupun menjalankan aktiviti fizikal, badan anda akan kehilangan mineral penting yang membuat anda rasa letih.
  • Daripada anda minum Air Isotonik yang penuh dengan gula, anda boleh menggantikan mineral yang hilang dengan cara yang lebih sihat. Air Kelapa membawa kesan yang sama seperti minuman Isotonik dalam menggantikan elektrolit yang hilang ketika bersenam.
  • Satu cawan Air Kelapa mengandungi 294 mg Kalium dan 5 mg Gula semulajadi. Kandungan gula yang rendah dibandingkan dengan minuman Isotonik menjadikan ia alternatif yang sihat.
4. Penjagaan Kulit
Kepada yang hendak memiliki kulit yang sempurna, air kelapa boleh memastikan kulit anda licin berseri. Apabila anda minum air kelapa ia membantu memulihkan kelembapan semulajadi kulit anda.
Kulit yang kering selalunya bererti kulit yang rosak. Kulit bergantung kepada lapisan Lipid untuk melawan iritasi kulit yang disebabkan oleh bakteria, virus dan kulat.
Apabila kulit anda menjadi kering, ia hilang keupayaan semulajadi untuk melawan bakteria meningkatkan potensi tumbuhnya jerawat.
Kalau anda sedar, banyak produk kecantikan yang popular di pasaran mengandungi ekstrak buah kelapa kerana kebaikanya dalam penjagaan kulit telah lama terbukti.
5. Kaya Dengan Nutrien & Vitamin
Berbeza dengan jus lain yang ada di pasaran, air kelapa mengandungi dos Vitamin dan Nutrien yang penting untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat.
6. Menurunkan Tekanan Darah
  • Tahap elektrolit yang tidak seimbang di dalam badan boleh menyebabkan tekanan darah yang tinggi.
  • Kerana Air kelapa ini mempunyai kandugan elektrolit yang mencukupi dan boleh digunakan untuk mengimbang semula kandungan elektrolit dalam badan.
  • Kajian yang boleh dijumpai di dalam West Indian Medical Journal 2005, menunjukan air kelapa dapat mengurangkan kadar tekanan darah 71% dari perserta kajian tersebut.
Semoga petua ini bermanafaat buat kita semua, insyallah.
Sumber : Dayyan HaadiDayyan.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts