Trending

Friday, 31 January 2020

Cara Menanam Benih Durian Musang King Yang Betul


Cara Menanam Benih Durian Musang King Yang Betul

Durian merupakan sejenis buah-buahan tempatan yang paling digemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini. Ada yang berpendapat, bahawa spesis yang dikatakan berasal dari kepulauan borneo kerana ianya banyak didapati tumbuh liar di dalam hutannya dan telah ditanam di Semananjung Malaysia dan tersebar luas di Asia Tenggara. Pada asalnya durian merupakan buah hutan yang dipungut dan disebarkan oleh haiwan dan orang asli tetapi kini ianya telah tersebar luas ke seluruh negara. Nama saintifik bagi durian ialah Durio zibethinus.
Durian Musang King merupakan tanaman yang semakin digilai ramai pekebun masa kini kerana rasanya yang paling sedap diantara semua durian serta harganya yang mahal. Klon ini dikenali sebagai raja kunyit sebelum di gelar musang king selepas didaftarkan pada tahun 1993 di Jabatan Pertanian Malaysia dengan kod D197.
Bagi anda yang baru berjinak-jinak menanam durian, saya sarankan anda tanam klon ini kerana isinya yang sangat sedap serta harganya boleh mencecah RM50 ke RM100 sekilo diluar negara. Durian musang king biasanya mula berbuah sekitar 4 ke 5 tahun dengan penjagaan yang cukup dan baja yang teratur. Sebelum mula menanam, anda perlu ketahui cara penanaman durian yang betul supaya pokok tumbuh dengan sihat dan subur.
CARA MENANAM DURIAN MUSANG KING
  1. 1.Mula-mula, pilih benih yang sihat dan dijamin ketulenannya, pastikan tidak ditipu oleh sesetengah penjual yang hanya mahu mengambil komisen (dropshippers). Setiap benih durian mempunyai daun yang berbeza, anda kena belajar bezakan daun musang king dengan durian lain.
  2. 2. Sediakan tapak penanaman durian dengan mengorek lubang 80x80x80 cm. Pastikan kawasan penanaman mempunyai cukup cahaya matahari dan berbukit, elakkan menanam di kawasan tanah rendah yang lembab dan sering berair.
  3. 3. Sebelum menanam benih, masukkan semua galian ke dalam lubang seperti tinja ayam yang sudah kering sebanyak 2-3 kilo, baja subur NPK 15.15.15 dan CIRP atau hormon akar. Biarkan selama 3-4 minggu untuk membunuh bakteria sebelum memasukkan benih.
  4. 4.Selepas menanam benih durian, pastikan pokok disiram dengan air setiap hari atau memasang sistem pengairan automatik (dripping) agar tanah sentiasa lembab untuk mempercepatkan akar tumbuh.
  5. 5. Pokok durian perlu di pagar dengan net hitam seluas 2×2 kaki untuk mengelak belalang memakan daun dan mengelak cahaya matahari terus terkena pada benih durian.
  6. 6. Untuk mencegah penyakit seperti hawar daun dan seranggan penyakit kulat pada daun, sembur dengan racun kulat seperti Monceren atau Decis sekali setiap 1 bulan.
  7. 7. Pembajaan perlulah dilakukan sekali dalam 2 atau 3 bulan dengan baja subur NPK 15.15.15 untuk membantu percepatkan pertumbuhan pokok durian.
  8. 8. Bila pokok berumur 5 tahun, tabur dengan baja penggalak buah dan kurangkan baja subur. Paling penting adalah mencegah penyakit kanker batang, jika ternampak daun durian mula kering dan gugur, itu petanda kanker batang atau serangan anai-anai / serangga di bahagian akar.
Sekian dulu artikel malam ini. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog, jangan lupa like, share dan follow fb saya Donny ien untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts