Trending

Sunday, 19 January 2020

CERITA RINGAN ZIARAH KE CANDI PRAMBANAN JOGJAKARTA


CERITA RINGAN.....ZIARAH KE CANDI PRAMBANAN, JOGJAKARTA.
Oleh Sahabat Shahpaskal
1. Assalamualaikum.... Kali ni kita cerita ringan-ringan sikit. Artikel yang dijanjikan tu belum masanya nak dipaparkan.
2. Ni cerita perjalanan saya ke Jogjakarta untuk ziarah candi di Prambanan, candi utama yang terletak di tengah bandar Jogjakarta. Memang saya dah kerap datang ke Jogjakarta tetapi ini pertama kali ziarah ke candi berkenaan. Ziarah ni saya lakukan dua bulan dulu.
3. Tiket masuknya hampir 400 ribu rupiah atau mudahnya RM110.00 untuk pengunjung bukan warga tempatan. Warga tempatan hanya 40,000 rupiah saja atau kira-kira RM12.00. Kat dalam candi ni tak ada pun objek sembahan seperti berhala atau patung-patung. Di ruang dalam bangunannya hanyalah ruang legar seakan gua kira-kira 5m x 5m dengan ada ukiran timbul objek berupa manusia saiz kita sekarang.
4. Direkodkan kompleks candi ni pernah rosak teruk akibat gempa bumi tetapi telah berjaya dibaikpulih semula khasnya bagi binaan candi-candi utama. Secara ghaibnya, kompleks ini dijagai seorang ratu jin yang usianya dah berbelas kurun. Yang nak diceritakan ni dua kisah dari beberapa peristiwa mistis yang terkait dengan ziarah saya berkenaan.
5. Kisah pertama, saya sampai petang sabtu dari Kuala Lumpur dan disambut saudara saya di sana bersama pemandunya. Saya bermalam di hotel yang biasa saya bermalam. Hotelnya dekat je dengan airport, kira-kira 3 km jauhnya.
6. Kalau ikutkan aturcaranya, sebaik mendaftar masuk ke hotel, saya seharusnya keluar semula ke surau yang berada di dalam kawasan candi dimaksudkan untuk menunaikan sholat isyak. Entah macamana aturcara ditukar, cukuplah sekadar ziarah keesokan harinya (hari ahad).
7. Maka aktiviti yang ada, cari rumah makan untuk makan malam. Dapatlah satu restoran terbuka dengan binaannya dari buluh dan terletak di atas kolam buatan yang didiami gerombolan ikan tilapia sebesar telapak tangan.
8. Restoran ini masih baru, rasanya dalam 2-3 tahun usia. Cantik serta bersih tempatnya dan makanannya pun sedap terutama ikan bakar yang diambil terus dari sangkar. Harganya amat berpatutan, setara harga dinner plate kfc bagi setiap orang. Murah kan..?
9. Hari kedua (ahad), jam 11 pagi datang kembali untuk makan tengahari ke restoran semalamnya pasal nak cuba menu lain pulak. Selesai makan, ambil lah gambar sekeping dua dengan tab-phone buat kenang-kenangan. Sempatlah tengok tab ni, baterinya 72%.
10. Okeylah tu... dah selessi makan, langsung menuju ke kereta. Kereta sedara ni Daihatsu Xania, sebijik adik beradik Toyota Avanza kat tempat kita. Masuk je ke kereta, rasa tak sedap lah pulak. Bab orang ghaib datang bertemu masa makan, usah kiralah.
11. Perjalanan ke candi kira-kira 10 minit dari restoran ni. Sampai saja kat tempar parkir, dibukalah skrin tab. Konon-kononnya nak rakamlah gambar sekeping dua. Nah... Tu dia.... Skrin dah kelam, dah kehabisan bateri dan nampaklah indicatornya...low battery...hanya tinggal 2%.
12. Turun je dari kereta, usha-usha sikit orang ghaib yang datang, bertanyalah awat bateri tab ni bersisa 2% je. Langsung diberi amaran....jangan ada sebarang rakaman gambar dibuat.
13. Datang ni untuk berziarah, ziarah sajalah. Jangan sampai terlencong niat asal. Emmm... Patutlah kuasa bateri tab disedut keluar.. dan pelik juga yang sisa 2% tu boleh kekal untuk 3 jam berikutnya.
14. Hari isnin, saya pulang tetapi saudara saya orang tempatan tu diarahkan bermalam 2 malam lagi di masjid airport Jogjakarta tetapi pembantunya (pemandu) diarahkan balik ke rumah di Puworkerto yang jauhnya hampir 180km.
15. Masjid aiportnya agak besar dan kelihatan sibuk dengan orang ramai menghantar bakal haji. Isnin petang, saya dah di Kuala Lumpur tetapi saudara saya bermalamlah di masjid airport berkenaan.
16. Tak ada apa-apa berlaku. Dan malam keduanya pula, berlakulah perkara yang boleh dikatakan aneh lagi lawak. Ini cerita apa yang berlaku kat saudara saya. Sekitar jam 12 malam, beliau pun tidur dianjung luar dewan sholat masjid dengan berbantalkan bag backpack serta berselimutkan kain pelikat.
17. Selain dia, adalah lagi dalam sepuluh orang lain yang juga tidur dan beristirehat. Bagi mereka, masjid adalah tempat berehat di jalanan. Selanjutnya... Entah macamana beliau terjaga bila muazin melaungkan azan subuh. Beliau bangun dalam kehairanan sebab berada di satu surau yang asing berbanding masjidnya masa mula tidur.
18. Katanya, dilihat lampu-lampu berbeda, lantai pembaringan berbeda dan juga siling berbeda. Yang sama cuma posisi pembaringan. Bila ditanya kepada seorang ahli jemaah yang datang untuk sholat, surau ini di mana ? lantas diketawakan..
19. Selesai subuh, beliau keluar dari surau dan diamat-amati, rupa-rupanya surau tersebut adalah surau yang terletak di dalam kompleks candi yang sepatutnya saya bersholat isyak setibanya saya pada petang sabtu sebelum tu. Jarak surau ni dengan masjid airport hampir 8 km.
20. Kemudian beliau kembali semula ke masjid airport dengan menaiki ojek dengan bayaran 20 ribu rupiah atau kira-kira 6 ringgit. Kesimpulannya...Yaa.. Beliau dipindahkan tanpa disedari semasa tidur sejauh hampir 8 km pada posisi tidur yang sama. Khabarnya yang memindahkan beliau adalah Sheikh Syarif Hidayatullah aka Sunan Gunung Jati.
21. Pemergiannya ke surau berkenaan adalah sebagai mewakili saya yang tiba-tiba dikecualikan dari bersholat di situ. Itulah kebesaran Illahi yang menganugerahkan karomah kepada walinya.
Sekian, wassalam.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts