Trending

Sunday, 19 January 2020

ARTIKEL SELINGAN HARTA KARUN DI ACHEH


ARTIKEL SELINGAN...HARTA KARUN DI ACHEH
Oleh Sahabat Shahpaskal
1. Assalamualaikum buat semua. Sebelum saya melepaskan artikel terakhir saya yang merupakan Bahagian Ke-Dua artikel terdahulu, saya selingkan dulu dengan artikel ringkas berikut.
2. Kisah dikongsikan ini taklah sepenting mana. Cuma nak gambarkan betapa pentingnya mendapatkan persetujuan dan kerjasama pewaris bagi satu penzahiran dan pemanfa'atan harta warisan bangsa. Kisah yang dikongsi ini adalah kisah benar yang masih ditungkus-lumuskan oleh pihak terbabit untuk penyelesaiannya.
3. Kisahnya begini. Ia berlaku awal tahun ini. Sekumpulan orang berdarjat Acheh telah datang ke Pulau Jawa, lebih khususnya Jawa Barat untuk bertemu seorang kiyai ulung di sana untuk memperolehi suatu barang yakni tumbuhan hidup yang benihnya turun -temurun dipusakai dari Rasullullah saw. Tumbuhan ini dijaga oleh khodam istimewa @ Raja Jin Islam yang merupakan raja golongan jin di zaman Nabi Sulaiman lagi.
4. Dengan asbab hasil @ buah dari tumbuhan ini (sebutan mudah - Pokok Nabi) sebagai 'tools' untuk satu kerja pengangkatan harta warisan, maka sekitar Nisfu Sya'aban baru lalu, terangkatlah harta warisan berupa longgokan ketulan emas. Jumlahnya mampu membeli sebuah pulau. Yaa... Jumlah nilai wangnya mampu membeli keseluruhan hartanah yang bergeran di Pulau Langkawi.
5. Bagaimana pun, orang besar Acheh ini gagal memperolehi satu barang berharga iaitu dua botol minyak wangian sebagai saguhati kepada khodam yang menaikkan harta terbabit. Walaupun berjaya memperolehi harta warisan terbabit tetapi mereka masih 'berhutang' dengan khodam yang mengangkatnya. Jika dijual emas-emasnya, pasti padahlah yang menimpa.
6. Orang besar Acheh ini tahu benar akan peristiwa tak lama dulu di mana sebuah pesawat terbang negara jirannya di'tarik
jatuh' dan terbenam ke dasar laut akibat membawa keluar jongkong emas warisan yang dikeluarkan dari bawah bumi di selatan negara jirannya yang mana upahan kerja oleh khodam belum dibayar.
7. Lantaran itu, orang besar Acheh kembali ke Tanah Jawa bertemu Pak Kiyai pemilik asal Pokok Nabi berkenaan sekitar
pertengahan Ramadhan lepas. Kerana desakan berkehendakan minyak wangi tersebut, langsung ditunggulah orang besar Acheh ini di masjid Pak Kiyai dengan harapan mereka akan perolehinya nanti.
8. Bagaimana pun, sesudah seminggu Syawal atau keseluruhannya hampir tiga minggu berkampung menunggu di masjid Pak Kiyai tersebut, Pak Kiyai pun menasihatilah orang besar Acheh ini supaya pulang dulu kerana tak mungkin diperolehi minyak dihajati kerana ia adalah hak orang Malaysia.
9. Diringkaskan cerita. Orang Malaysia itulah yang kita gelarkan Ramli Pulau Nangka. Maka, dipersyaratkan kepada orang besar Acheh bahawa Ramli inilah yang akan 'melepaskan' harta yang telah mereka angkat berkenaan. Apa agaknya perasaan orang Acheh bilamana harta pusaka warisan mereka, tapi pemutusnya dipegang orang Malaysia..?
10.Dah tu ada syaratnya pulak. Dari keseluruhan nilai harta, seperlima (20%) mestilah diserahkan kepada Ramli sebagai hak waris, baki empat perlima (80%) dibahagi dua antara Acheh (40%) dan Kerajaan Pusat Jakarta (40%). Segala macam mak nenek cukai, bahagian Ramli tidak boleh disentuh.
11.Persoalannya bila masa si Ramli ni nak sempurnakan, terserahlah kepada beliau. Yang pasti beliau memang dah wujud, jika tidak, pastilah peristiwa harta Acheh ini tak sebegitu jadinya. Tapi rasanya si Ramli pasti utamakan negaranya dulu, barulah nak tolong tanahair orang.
12.Di sini jelaslah kepada kita semua, peranan pewaris @ Ramli ni besar. Walau sejak dulu kita diuar-uarkan yang Acheh itu terawal Islamnya dan terbilang darjatnya, rupa-rupanya ada orang Malaysia telah diangkat ALLAH SWT akan hak dan kuasa pewarisannya mengatasi orang Acheh dan mampu menjangkaui ke dalam wilayah mereka.
13.Ada yang mempertikai dan mencurigai kesahihan Ramli dan kisah ini, silalah berhubung dengan pihak yang telah berjaya mendapat harta ini yakni orang besar Acheh. Diistilah orang besar kerana urusan pengangkatan harta warisan yang dibuat di Acheh itu adalah dibawah kelolaan kepimpinan mereka (kerajaan Acheh), bukan urusan individu.
Sekian, wassalam.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts