Trending

Sunday, 19 January 2020

APAKAH KITA BERSEDIA MENUJU PEMERINTAHAN KEKHALIFAHAN


APAKAH KITA BERSEDIA MENUJU PEMERINTAHAN KEKHALIFAHAN...?
Oleh Sahabat Shahpaskal
1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saat dan ketika ini situasi sosial dan politik kita berkecamuk. Ada yang otai mahu terus kekal berkuasa, barangkali ada misi tertentunya yang belum dilunaskan. Yang agak muda pulak tapi dah berdekad jadi penunggu setia tak habis-habis meroyan kemaruk jawatan tapi dikhabarkan pengampunannya ada kecacatan.
2. Mungkin Mahkamah Persekutuan perlu mensahihkannya nanti, tambahan pulak sat lagi beratur panjang VVVVIP yang bakal memohon pengampunan serupa. Nak calonĺ lain yang muda belia dan kakak separti-nya pulak lahir kat luar Tanah Melayu dengan kod IC-nya '71' mungkin tak selari dengan kehendak perlembagaan.
3. Emm.... Pening jugak. Realitinya.... Kita ketandusan pemimpin yang benar-benar layak untuk menerajui negara untuk dekad akan datang. Nak ambil dari parti yang kalah, langgar konvensyen la pulak. Melainkan tatacara pemilihan untuk barisan kabinet dipilih berdasarkan siapa yang lebih layak, dialah dilantik tanpa mengira parti. Cakap mudahnya, sistem kerajaan perpaduan dilaksanakan dimana pemilihannya dibuat melalui budi bicara YDP Agong.
4. Jadi bagaimana pulak untuk mempunyai YDP Agong mempunyai kuasa mutlak..? Makanya... Marilah kita lihat kembali aspek tertubuhnya pemerintahan pasca merdeka di mana perlembagaan kita didasarkan kepada persetujuan kemerdekaan oleh Inggeris dulu. Ye lah.. Asalnya Inggeris nak jadikan tanahair kita sebagai negara naungannya dibawah Malayan Union tetapi ditentang rakyat.
5. Inggeris bukanlah sayang sangat kat kita ni, kan kita masih,duk atas pokok. Inggeris ni cerdik dalam bab berhelah. Bagi mengurangi tentangan Raja-Raja Melayu yang bertahkta semasa tamatnya Perang Dunia Kedua, Inggeris menggantikan Raja-Raja yang diketahui menentang secara tegar gagasan Malayan Union dengan individu yang mesra mereka. Ini fakta sejarah. Sejarah tidak menipu. Tik-tok tik-tok.....kita pun merdekalah dengan satu set persetujuan atau lebih dikenali dengan 'kontrak sosial'.
6. Impak terbesarnya adalah penerimaan warga pekerja import dari India dan China sebagai warganegara secara 'jos soli' atau bahasa pasarnya, diborong sekali gus. Asalnya hampir semua mereka ni menjadi kuli Inggeris dan bila sampai Inggeris ni nak angkat kaki, kos bawak balik mereka ke negeri asal si mamat Inggeris tak nak tanggung. Maka jadilah pekerja import ini warganegara...yang mana sebahagian kecilnya kini sedang menggigit tangan dan kaki kita.
7. Berbalik kepada bagaimana YDP Agong yang akan datang mampu mempunyai kuasa mutlak..? Okey, kita tebak satu persatu urutannya. Harus diingat, ini tiada elemen kekerasan tetapi semuanya bakal berlaku secara sukarela. Dijangkakan YDP Agong berkuasa mutlak ini adalah Pewaris sebenar Tanah Melayu, yang sekarang bernama Malaysia. Beliau dah semestinya dianugerahi ALLAH SWT daulat yang cukup ampuh dari sebarang kacau-ganggu bersifat ghaib dan juga zahir.
8. Beliau adalah seorang berdarah langsung dari Muhammad SAW agar daulat atas nasabnya mengatasi mana-mana daulat individu pemerintah lain. Dipersiapkan serba cukup akan ilmu akal, agama, karomah dan ilmu laduni agar mampu mengatasi perlecehan orang awam ke atasnya. Juga beliau dikenali golongan jin serta makhluk lain termasuklah haiwan.
Maka eloklah kita kongsikan seperenggan sumpah memegang jawatan beliau nanti sebagai tambahan kepada sumpah yang biasa dibaca oleh YDPA ketika majlis angkat sumah berkenaan.
9. Ianya berbunyi...."sesungguhnya juga aku bersumpah memikul amanah Muhammad Rasullullah SAW, moyang Agung aku yang memilih aku sebagai pewaris ke atas segala harta warisan para Nabi ALLAH dan aku berjanji mentadbir, mengurus, mengagih serta memanfaatkannya mengikut yang disyariatkan tanpa ada pengecualiannya. Jika aku gagal menunaikan amanah yang diperturunkan ini secara sengaja dalam hal aku sihat lagi waras, maka ke atas akulah laknat balasan ALLAH SWT baik yang tertunda mahupun bersifat serta merta hatta panahan halilintar sekalipun.
10."Sumpah perenggan berkenaan dibaca sebanyak 3 kali berturut-turut. Antara larangan mutlak tubuh badan yang menerima pewarisan adalah seperti meminum arak dan dadah, melanggan perempuan untuk perzinaan, rasuah, perjudian, berbunuhan, pecah amanah termasuklah menjarah harta rakyat dan negeri, zalim kepada rakyat serta angkuh. Secara amnya, peribadi Rasullullah SAW itulah pedoman pentadbirannya.
11.Emm... Ada berani....? Tak berani, duk tepi...Harus diingat. Perlantikan sebagai Pewaris adalah atas ketentuan 'dipilih, bukan memilih'. Hanya ajal sahaja yang boleh dijadikan alasan penolakan. Sayugia itu, ingatan untuk saya dan rakan-rakan semua, kita tak perlulah taksub untuk menjadi Pewaris. Ini adalah hak dan ketentuan ALLAH SWT dan Rasul-NYA. Dikhuatiri kita ketulahan yang memungkinkan ajal jadi taruhan.
12.Siapa kita untuk menentang amanat dan pilihan Rasullullah SAW sedangkan nanti kitalah terhegeh-hegeh mengejar safa'atnya. Atas dasar inilah, perkara pertama Pewaris ini diberi tanggungjawab adalah untuk melepaskan sangkutan ghaib dan misteri ke atas harta-harta Tanah Melayu baik yang dah berada di dalam negara maupun yang tersimpan di luar negara. Dan tidak ketinggalan juga yang utuh tersimpan didalam perut bumi Tanah Melayu.
13.Harus diingat, Pewaris ini adalah juga berdarah asal Parameswara dan jika dipilih sebagai YDP Agong, ia bukanlah luar biasa. Bagaikan sireh pulang ke gagang sahaja, tiada yang aneh lagi misteri. Dan dengan mengambil hukum khumus yang mensyariatkan 1/5 harta adalah milik peribadinya dan 4/5 lagi untuk manfaat awam DIBAWAH tadbiran mutlaknya, maka secara amnya beliau berkuasa penuh mengawal nadi kewangan negara.
14.Situasi negara yang dicekik hutang, dah tentulah kita semua mendambakan negara sifar hutang. Maka secara otomatisnya sudah pastilah YDP Agong baru ini menjadi tonggak rakyat untuk memaling-semula kehidupan rakyat yang hidup serba payah kembali selesa. Diharapkan setelah itu nanti, akan lahirlah masyarakat yang tidak lagi mementingkan politik. Apa jua kesulitan dan kekangan kewangan yang munasabah sebagai rakyat, lantas terus dibantu melalui saluran langsung dari YDP Agong. Habis pak menteri jadi apa..? Penyamun...? Jawablah sendiri..
15.Dan ini kisah luar negara pulak iaitu di England. Ramai cerdik pandai kat negara kita yang tahu bahawa istana Inggeris kini terdesak untuk memanfaatkan simpanan emas Tanah Melayu yang dibawah simpanan mereka khususnya untuk menjadi perisai kewangan bagi menghadapi Brexit. Untuk itu, istana Inggeris telah berkali- kali meminta pihak tertentu di negara kita untuk tampil membantu....tapi hingga kini semuanya gagal.
16.Begitu juga pihak di Germany yang mahukan penunaian emas di gudang mereka.Sebenarnya tugas 'melepaskan' sangkutan ke atas harta-harta ini adalah 'sebahagian kecil' dari senarai tugas Pewaris. Difahamkan perlepasan harta-harta tersebut bukanlah dilepaskan buta-buta saja tetapi terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi Inggeris. Di sinilah satu dari 'daulat' sebenar Pewaris dizahirkan. Yaa... ada galang-gantinya akan 'perlepasan' tersebut. Jika Inggeris gagal mematuhinya, maka status-quo harta-harta tersebut kekal. Dan pakat tengok sajalah sampai bila-bila...

17.Saya bolehlah ramalkan akan syarat-syaratnya. Antaranya semakan semula perjanjian kemerdekaan khususnya berkaitan taraf kewarganegaraan, keistimewaan Raja-Raja, kedudukan Agama Islam dan lain-lain lagi. Juga pemisahan undang-undang negara dengan dibatalkan penyandaran undang-undang kita kepada Common Law Inggeris.
18.Antara perkara besar yang saya jangkakan adalah kuasa perlucutan hak menjadi warganegara akan terletak sepenuhnya kepada YDP Agong dan diwartakan melalui Warta Di-Raja. Selain itu, pentakrifan dan penguat-kuasaan perkara dipersetujui dalam Perjanjian Kemerdekaan diutuhkan kembali. Banyaklah perkara susulan diperkemaskan. Mungkin ada yang kata, semua ini diterbataskan oleh perlembagaan, tapi kuasa ALLAH SWT mengatasi segalanya. Dan jangan lupa, insha ALLAH kurang LEBIH SETAHUN lagi kita akan menghadapi PILIHAN RAYA UMUM KE 15. Dah bersediakah kita...?
19.Dalam bab perlantikan Raja-Raja oleh Inggeris menggantikan Raja sedia ada ketika pasca Perang Dunia Kedua, saya tak nak sentuh. Biarlah ianya diuruskan oleh pihak berkepentingan. Isu ni sensitif. Lagi pun itu bukan urusan saya selaku penukil. Cuma yang jadi minat saya ialah bagaimana corak pemerintahan di bawah YDP Agong baru nanti. Sekali lagi, harus diingat ini bukanlah kudeta atau rampasan kuasa. Ianya bakal terjadi secara semulajadi dan melalui persetujuan semua pihak. Macamana saya tahu..? Itu sebenarnya bukan rahsia.
20.Tanyalah golongan pintar lagi kasyaf, jawapannya masih sama. Atau munajat sajalah ke hadrat ALLAH SWT, mohonlah petunjuk-Nya. Tak ada cara untuk menembusi tabir dunia ni melainkan dengan izin-NYA. Sekali lagi ingin saya tegaskan khasnya kepada puluhan insan yang mengaku Pewaris. Pewarisnya hanya ada satu. Ia pilihan Rasullullah SAW ke atas seorang dari jutaan cucu-cucunya. Bukan dipilih oleh para wali atau orang perseorangan atau gerombolan manusia...melainkan dipilih sendiri oleh insan yang dinobatkan oleh majalah milik asing The Time sebagai Insan Paling Berpengaruh Sepanjang Zaman iaitu MUHAMMAD SAW.
21.Sebagai pelapor ilmu, wajarlah saya sekaki lagi ingatkan diri saya dan teman-teman, tak perlulah terpedaya dengan orang perseorangan di luar sana yang mengaku Pewaris. Itu bohong belaka. Jadi, kita biarkanlah proses semulajadi yang menzahirkan siapa sebenarnya Pewaris tanpa perlu kita menyibukkan diri mempromosi atau meng-iakannya. Bagaimana kehidupan rakyat setelah perkara besar ini selesai..? Insha ALLAH atas redha-NYA, semuanya bakal menyelesakan rakyat jelata. Ini bakal saya kupaskan dalam tulisan Part #2 saya nanti. Sekian, wassalam


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts