Setiap individu di dunia ini ada kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Ada yang diberikan anugerah fizikal yang tinggi, ada yang otaknya bijak dan lain-lain lagi. Malah dengan kelebihan ini ada yang dinobatkan sebagai pemegang rekod dunia. Ekaterina Lisina contohnya dianugerahkan pemegang rekod model tertinggi di dunia kerana fizikalnya luarbiasa!
Wanita berusia 32 tahun bernama Ekaterina Lisina ini adalah seorang model yang telah dinobatkan sebagai pemegang rekod di Guinness World Record. Bukan satu sahaja rekod yang dipegangnya, malah dua! Wow, luarbiasa betul!
Ekaterina Lisina memiliki ketinggian 6 kaki 9 inci (206 sm) yang membenarkan dirinya dianugerahkan sebagai pemegang rekod bagi model profesional tertinggi di dunia. Satu lagi anugerah yang diterimanya adalah pemilik kaki terpanjang dengan ukuran 4 kaki 3 inci (131 sm).
Selain berkerjaya sebagai model, Ekaterina Lisina juga pernah menjadi atlet bola keranjang. Dengan ketinggiannya yang sebegitu rupa, pasti wanita dari Rusia ini sering digeruni pihak lawan.
Biarpun begitu, pemegang rekod model tertinggi di dunia ini bersara dari bermain sukan tersebut selepas menyertai agensi permodelan ‘World’s Tallest Models’ pada 2014.
Menurut pemegang rekod model tertinggi ini, ibunya juga merupakan pemain pasukan Spartak tempatan dan ayahnya pula adalah jurulatih bola keranjang profesional.
No comments:
Post a Comment