Trending

Saturday, 11 April 2020

IKATAN SAKA KETURUNAN PEWARISAN SERTA TIPU DAYA JIN SAKA


IKATAN SAKA KETURUNAN, PEWARISAN SERTA TIPU DAYA JIN SAKA
Jin saka keturunan diwarisi melalui pertalian darah..jadi tak kiralah samada keturunan kita org baik baik ke jahat ke jika ada pertalian darah tetap akan ada ikatan ghaib saka tersebut ya shbt shbt budiman samada kita sedar atau tidak sedar atau sengaja tidak ambil tahu.
Mungkin kita berfikiran yg ayah atau datok kita CONTOHNYA org yg warak dgn serban sebesar bakul jadi tak mungkin mereka akan didampingi saka tersebut tambahan pula bila tengok mereka ok ok saja dan sihat walafiat tanpa sebarang gangguan jin saka pun ???
Nanti dulu yop..baca selanjutnya di bawah ya.
Stgh org mmg ditakdirkn tak akan diganggu jin saka keturunan walaupun ada ikatan sakanya TETAPI ada ASBABnya ...mungkin juga atas faktor mereka seorang yg sentiasa dekat dgn Allah Taala dan sentiasa pasrah , bnyk buat amalan serta senantiasa bertawakal kpda Allah jadi atas ASBAB sifat Ya Rahman Ya Rahim itu Allah jauhi mereka dari gangguan jin jin saka tersebut TETAPI harus diingati jika mmg sudah ditakdirkan di loh mahfuz kena gangguan juga..maka akan tetap kena walau pun sewarak mana pun dan sebaik mana seseorang hamba Allah itu ....wallahuallam.
Pada anak cucu pula yg penyegan buat suruhan Allah Taala solat pun macam biskut celup mcamana pula?
Jawabnya ...mmg adalah risiko besar utk diganggu jin saka sbb jauh dari rahmat Allah sbb enggan buat apa yg difardukanNya....maka sendiri fikir fikirkanlah kebarangkaliannya utk kena gangguan jin saka.
Ikatan ghaib saka keturunan sebenarnya sudah ada pun pada diri batin seseorang yg mewarisi saka itu semenjak di alam perut ibu lagi samada anda suka atau tidak suka atau samada anda hendak terima ke tak nak terima ya shbt shbt shbt..senang cakap bila dah terjadinya percantuman benih antara pendiri saka dan pasangannya sekaligus perjanjian saka tersebut dilanjutkan pertalian ghaibnya kepada anak pendiri saka dan dari anak pula dilanjutkan ke cucu cicit piut miut dan begitulah seterusnya ..wallahuallam.
Mungkin ramai masih tidak faham perbezaan makna antara mempunyai ikatan saka jin keturunan dan didampingi oleh jin saka keturunan???
Setiap pewaris yakni anak anak cucu cicit yg ada kenambungan pertalian darah@ blood line dari pendiri saka kesemuanya mesti ada ikatan ghaib saka keturunan / red hot inherited guardian spirits bonding TETAPI tidak kesemua pula didampingi oleh jin saka keturunan mereka dalam satu masa yg sama atau pun serentak.
Ini terjadi sebab jin jin saka akan memilih utk mendampingi mereka mereka yg tertentu berdasarkan salah satu asbab atau merit seperti dibawah atau antaranya seperti berikut :-
- Status seniority seseorang anak dlm satu keluarga
ATAU
Jantina seseorang anak
* contoh...jin pelesit hanya berdamping dgn pewaris wanita sahaja*
ATAU
Anak yg paling kuat bersemangat @ positif
ATAU
Anak yg paling lemah@ negatif
ATAU
Anak yang berkecenderungan meminati mistik atau keilmuan mistik
ATAU
Anak yg dipilih @ disyorkan oleh pendiri saka @ nenek moyang yg memulakan legasi atau disyorkan utk menjadi pewaris selanjutnya dari mereka yg sedang mewarisi legasi saka ketika itu ...senang cakap " THE CHOOSEN" .😁..WALLAHUALLAM.
Sekiranya terjadi kematian pewaris ...kebiasaannya jin saka akan beralih tempat mendampingi adik beradik yg lain pula yg ada ikatan ghaib tersebut atau mendampingi anak pewaris yg meninggal atau kedua dua situasi yg saya sebutkan tadi.
Jadi ikatan ghaib ini sebenarnya bagaikan satu tanda pengenalan /tag / magnet utk jin jin saka keturunan mengenalpasti pewaris yg berketurunan dari si pendiri saka yg membuat perjanjian saka dgn mereka pada masa lampau.
Sebab itulah..biasanya pada masa dulu bila Perawat merawat kes kes berkaitan saka mereka akn cuba mengumpulkan sebanyak mungkin keturunan dari keluarga pesakit dari pelbagai tingkat generasi bersama sama bertujuan utk memutuskan kesrluruhan ikatan ghaib saka tersebut agar tiada lagi tanda atau magnet yg menarik jin jin saka berdamping kepada generasi generasi selanjutnya dari keturunan pesakit ...wallahuallam.
Jin saka ini ibarat bom jangka...menanti masa yg sesuai utk bertindak CONTOHNYA bila kita sudah ada tanggungjawab dlm sesuatu hal contohnya sudah berkahwin misalannya jin saka akan menghasut melalui pawananya agar terjadi huru hara dlm sesebuah rumahtangga hingga membawa kpda penceraian dan keruntuhan rumahtangga.
Stgh jin saka pula akn menimbulkn asbab permusuhan antara menantu dan mertua hingga timbul perasaan prejudis , benci membenci dan buruk sangka sesama mereka..wallahuallam.
Banyak juga kes yg saya terima dari pesakit pesakit saya terutamanya golongan wanita atau isteri isteri bila mereka pergi menziarahi mertua mereka bersama suami badan terasa sakit dan lemah. Rasa menyucuk nyucuk dan sebagainya padahal sebelom dtg ok saja.
Dilanjutkn cerita..selepas pulang dari rumah mertua secara diam diam si wanita ni pun pi lah jumpa tok boh mau ..* panggilan bagi bomoh palsu ..hihi.
So... Tok boh mau pun mula menjampi ... puh kanan..puh kiri..taik kelawax atas simen..dan jin tok boh mau tu pun dgn suara serak lagi kasar bagi tau :-
" ini angkara jin sihir ni..mak mertua hang yg sihirkan hang sbb dari dulu dia mmg x suka hang kawin dgn anak dia"
Si wanita tu pun apa lagi percaya saja kata kata tok boh mau tu dan merah padam mukanya menahan marah bila dengar kata kata si boh mau ....alahai nampaknya mudah saja Si Tipah dah tertipu lagi dan Si Tok Boh Mau pula tersenyum sinis dan mengenyit mata pada jin saka keturunan Si Tipah yg berwujudkan mcm nenek tua tersengeh sengeh menyiringai sambil kira kepingan duit biru yg masyukkk sambil pekena pulut kuning yg panaih dan ayam bakax dgn jin jin belaan beliau ..🤣
Yg sebenarnya berlaku dan kenapa si wanita itu sakit ketika menziarahi mertuanya adalah tidak lain dan tidak bukan adalah angkara serangan jin saka keturunan dia sendiri yg punya keroje dan x ada pun kena mengena dgn sihir dari mertuanya ..hihihi😁
Nah kita lihat sendiri kan? hebat tak tipu daya dan permainan jin jin saka dlm memecah belahkan sesuatu hubungan antara mertua dan menantu hingga membawa permusuhan sesama ahli keluarga ..wallahuallam Bissawab.
Dlm keadaan lain..CONTOHNYA jika kita sudah tua dan sakit..dan ketika ini lah kita akan diganggu dgn pelbagai gangguan batin hingga jadi kacau bilau emosi dan hingga jadi x waras pun ada ditambah lagi dgn sakit fizikal yg ditanggung....wallahuallam.
Kesimpulannya..jin saka mmg tugasnya membawa asbab kerosakkan serta perpecahan kpda manusia contohnya dlm satu hubungan antara adik beradik..keluarga serta hubungan sesama manusia sebab jin jin saka ini mmg pandai dlm tipu daya dlm menimbulkn porak peranda sengketa sesama manusia dan mmg itulah tugas mereka yakni kuncu kuncu iblis dan syaitan utk hancurkan anak anak cucu Adam di dunia ini.
Saya discan ada ikatan saka tetapi saya tak rasa apa apa pun abg Sany?🤣🤣
Jawabnya...TUNGGUUUUUUU DULU YOP..just wait till your turn come up my frenz...apa pun moga anda semua dijauhi dari gangguan dan krosakan dari asbab jin jin saka ya.
Sesiapa yg ingin berubat apa saja masalah mistik @ gangguan jin gangguan jin @ penyakit medis @ penyakit penyakit ganjil ...silakan pm@ whasap:-
👉 013-5329682
(ABG SANY)
TERIMA KASIH.
THERE CAN BE ONLY ONE..

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts