Trending

Tuesday, 21 April 2020

Antara Novatec BM Meyer dan Novatec AP


Antara Novatec BM Meyer dan Novatec AP.
Novatec dr BM Meyer adalah ori dan terjamin kualitinya. Sebaliknya Novatec AP ni diragui oleh ramai pelanggan dan byk pendapat diberikan oleh ahli PPDM mengenainya.
- Ada yg kata syarikat yg import Novatec AP tambah nutrisi di dlm baja tersebut bersesuaian dgn pokok durian dan di repack.
- Ada yg kata baja sama yg diimport dr Eropah cuma syarikat import saja yg berlainan.
- Ada juga yg kata baja tiruan.
3 andaian tu kita x pasti samaada betul ataupun tidak. Sy dah cuba kedua2 jenis baja Novatec tersebut iaitu produk BM Meyer dan AP.
Pemerhatian sy begini...
1) Warna baja Novatec antara 2 syarikat pengjmport tu adalah sama.
2) Bau kedua2 jenis baja tu pun sama.
3) Saiz butiran baja pun lebih kurang sama.
4) Kaedah larutan baja di dalam air pun juga sama.
5) Novatec AP pun ada tertera 10S di belakang beg cuma tidak ditulis bersama NPK di bahagian depan beg.
Cuma keberhasilan dan tindak balas pokok yg sy belum pasti lg sbb baru guna ptg td yg AP. Novatec BM Meyer sudah semestinya terbukti bagus.
Jika ada kawan2 yg dah guna Novatec AP yg tiada logo BM Meyer di belakang beg baja boleh nyatakan dan beri pendapat di sini.
Tulisan ni sekadar utk kita dpt pencerahan sebenar mengenainya sbb kedua2 jenis baja tu kita beli mahal hampir RM200 setiap beg.
Updated..
Setelah hampir 24 jam posting ni berada di group PPDM dan berdasarkan komen2 serta pendapat sifu2 baja serta pengguna Novatec drp kedua2 syarikat pengimport maka dptlah disimpulkan bahawa baja Novatec Premium dan Suprem drp BM Meyer dan AP adalah sama2 ori sebab semua kandungan nutrisinya sama dan kesan hasilnya kpd pokok durian pun sama2 berkesan. Novatec AP diimport terus drp Eropah. BM Meyer repacking sbb tu beg berlainan dgn yg AP.
Abaikan jika kurang bersetuju.




Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts