Masalah isi durian "MENGKAL" dan cara mengatasinya
.
.
Kalau di Thailand, isi durian Mengkal tu biasa. Mereka petik 3minggu lebih awal dari tempoh matang untuk tujuan eksport bagi tahan lama. Akibatnya ethelen gagal terhasil untuk memupuk buah masak. Namun di Malaysia apakah penyebabnya?

Di tempat kita ada 4 faktor yang dianggap menjadi punca mengakibatkan gejala buah durian mengkal. Dua faktor semulajadi manakala dua laginya adalah faktor tersendiri.
Faktor semulajadi:
1.) cuaca yang sangat panas
2.) Kekurangan Nutrien Kalium
1.) cuaca yang sangat panas
2.) Kekurangan Nutrien Kalium
Faktor tersendiri;
1.) pertumbuhan pucuk-pucuk baru
2.) lindungan pancaran cahaya matahari
1.) pertumbuhan pucuk-pucuk baru
2.) lindungan pancaran cahaya matahari
4 faktor yang saya sebutkan diatas antara punca umum yang kebiasaannya saban tahun kita dapati isi durian keras atau mengkal walaupun boleh mengikuti fasa berbuah dengan baik. Namun, inshaAllah kita cuba rungkai satu demi satu tentang masalah dan cara mengatasinya. Untuk episod pertama ni saya nak cerita dua faktor semulajadi dahulu.
.
.
1. Masalah cuaca yang sangat panas ini tidaklah begitu serius. Memandangkan pokok memerlukan hampir 4minggu cuaca panas berterusan untuk menghasilkan buah masak matang tanpa gugur awal. Namun ini tidak bermakna keperluan air tidak mencakupi kelangsungan pokok untuk bertahan. Bekalan air pada kuantiti sederhana pada masa ini memberi manfaat kepada pokok untuk menjaga putik buah dari gugur dan mengelakkan dari isi mengkal.

solusi:
-siram air dengan kadar 25liter setiap 5hari sekali.
-siram air dengan kadar 25liter setiap 5hari sekali.
-sungkupkan permukaan tanah dengan bahan kering untuk mengekalkan kelembapan tanah.
2. Kekurangan nutrien Kalium adalah perkara pokok dalam melestarikan prestasi buah dengan baik. Sememangnya pokok pada fasa pembentukan buah ini sangat memerlukan NPK pada high unsur "K" dan rendah unsur "N". Pandangan ini turut disokong oleh Jamil (1992), katanya Nitrogen tidak memberikan kesan signifikan terhadap bentuk pokok manakala Fosforus pula berkesan dalam meningkatkan ketinggian pokok. Kalium yang lebih memberi kesan terhadap bentuk pokok. Oleh yang demikian, pembajaan Kalium dengan kadar lebih tinggi kelihatan lebih sesuai dan wajar untuk melestarikan prestasi pokok. Justeru, apabila buah adalah sebesar telur ayam maka baja yang sesuai hendaklah ditaburkan hingga habis musim. Jika lewat maka ia akan menghasilkan buah mengkal.
solusi:
- tabur baja high unsur "K" 2kg sepokok setiap 2minggu apabila buah sebesar telur ayam/bola pingpong hingga habis musim.
Contoh baja: Novatec premium 15-3-20-2+10S+TE
- tabur baja high unsur "K" 2kg sepokok setiap 2minggu apabila buah sebesar telur ayam/bola pingpong hingga habis musim.
Contoh baja: Novatec premium 15-3-20-2+10S+TE
- sembur pottasium nitrate 150-200gram/20liter air setiap 15-20hari.
itu sahaja, 2lagi faktor tersendiri akan bersambung...
Moga membantu anda..
#SHARE ya jika bermanfaat!
.
.
Jangan terlepas info yg ingin saya kongsikan kpd anda berkenaan info pertanian ya! Klik "see first" dkt button following. Dan jangan lupa join channel telegram kami yg semestinya percuma untk anda! ☺️

No comments:
Post a Comment