Trending

Sunday, 12 April 2020

DETIK PERMULAAN KIRAAN



DETIK PERMULAAN KIRAAN
Dalam tempoh 1,000 hari dari sekarang, iaitu pada tahun 2024. Akan genaplah tempoh 100 tahun kejatuhan empayar Islam yang diasaskan oleh insan agung Baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.
Pada lebih 96 tahun dulu tepatnya tahun 1924 itulah detik bermulanya era Islam dan umatnya berada 'didalam cengkaman kegelapan' oleh musuh-musuh kufar melalui pengkhianat dalaman munafik Islam sendiri.
Di Tanah Melayu ini.
Kurang setahun dari tarikh 2024 itu akan berlangsung PRU yang ke 15. Adakah masih wujud dan terzahir sekali lagi kekuatan Melayu dan Islam sebagai tonggak Kuasa Ummah tanahair pada waktu itu? Sedangkan di waktu ini, di saat ini sahaja telah ramai Ulama', Mursyid, Pejuang dan Cendiakawan yang dijemput pulang oleh Ilahi.
Sekarang.
Terpulang di tangan kita semua orang Melayu dan juga umat Islam.
Mahu terus gelap dan ditumbangkan lagi?
atau,
BANGKIT menyatu muafakat padu mencapai KEMENANGAN?
Lantas,
Bagaimana capai KEMENANGAN dan apa caranya?
Maka,
Ini solusi dan kriteria yang perlu kita kukuhkan melalui KEBANGKITAN KEKUATAN DIRI,
iaitu :
Kuasai Ilmu Dunia Akhirat
Kuasai Solah dan Amalan
Kuasai Politik dan Ekonomi
Kuasai Dakwah dan Media Sosial
Kuasai ISLAM, IMAN dan EHSAN
Kuasai Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat.
Kuasai Silat dan budaya
Kuasai kerendahan hati
Kuasai 'musuh hati' yang berada didalam dan yang di luar.
JAUHI! ☝️
Pertelingkahan sesama sendiri
Kepentingan sendiri
Kepentingan nafsu mazmumah diri
Pada ALLAH kami berserah..
Kerana MASA kita sudah terlalu SUNTUK!


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts